JOHOR BAHRU: Polis menahan 14 individu termasuk seorang ketua sindiket dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM11.6 juta, dalam tujuh serbuan di sekitar bandar raya ini dan Iskandar Puteri, Rabu lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata dua lelaki tempatan, enam lelaki warga asing dan enam perempuan warga asing berumur lingkungan 22 dan 52 tahun itu, ditahan antara pukul 3.40 petang dan 8.30 malam.
"Dalam operasi ini, JSJN Kontinjen Johor berjaya membongkar tempat memproses dan pembungkusan dadah serta merampas pelbagai dadah iaitu serbuk dan pil ekstasi, syabu, ketamin, pil erimin 5, MDMA (methylenedioxymethamphetamine) serta bahan-bahan kimia untuk memproses dadah itu.
"Anggaran berat bagi kesemua dadah yang dirampas ialah 198.54 kilogram dan dadah tersebut boleh digunakan seramai 1.24 juta penagih dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Johor CP M Kumar.
Khaw berkata selain itu polis turut menyita enam kenderaan, 14 jam tangan pelbagai jenama, barang kemas, wang tunai RM204,069 serta dolar Singapura $22,970 dengan nilai keseluruhan sitaan harta dianggarkan berjumlah RM1.17 juta.
Beliau berkata modus operandi sindiket yang mula aktif sejak Januari lepas itu, dengan menjadikan kondominium dan rumah teres berpagar serta berpengawal yang disewa sebagai lokasi memproses dan membungkus dadah, sebelum diedarkan ke pasaran negara jiran melalui jalan darat.
Khaw berkata sindiket berkenaan didalangi seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun dan lima daripada 12 warga asing yang ditahan itu, mempunyai rekod dikehendaki di negara masing-masing.
Beliau berkata berdasarkan siasatan antara taktik sindiket terbabit ialah membungkus dadah dalam bungkusan jus minuman selain mencetak dadah seperti ubat-ubatan termasuk ubat tahan sakit bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
"Saringan awal ke atas kesemua suspek mendapati tiga daripada mereka positif dadah. Kesemua individu ini direman tujuh hari bermula Khamis sehingga Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya sambil menambah kewarganegaraan kesemua 12 warga asing itu masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2024
![Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas Ketua sindiket antara 14 ditahan, dadah RM11.6 juta dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717221583_KhawKokChin.jpg)
Kok Chin (tiga, kanan) bersama Ketua Polis Johor M.Kumar (tiga, kiri) menunjukkan antara pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM11.6 juta yang dirampas. - Foto Bernama
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Polis bongkar makmal memproses dadah, rampas senjata api, dadah bernilai RM120 juta Polis bongkar makmal memproses dadah, rampas senjata api, dadah bernilai RM120 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737269334_KhawKokChin.jpg)
Polis bongkar makmal memproses dadah, rampas senjata api, dadah bernilai RM120 juta
Polis berjaya membongkar kegiatan sebuah makmal pemprosesan dadah yang dipercayai didalangi sindiket antarabangsa, menerusi tiga serbuan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
![Polis Terengganu rampas dadah bernilai lebih RM7 juta Polis Terengganu rampas dadah bernilai lebih RM7 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735027281_dadah.jpg)
Polis Terengganu rampas dadah bernilai lebih RM7 juta
Polis Terengganu berjaya merampas dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM7.8 juta dalam operasi trafik di Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu.
![Polis tahan lima sekawan, bongkar makmal proses dadah Polis tahan lima sekawan, bongkar makmal proses dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61731311896_KhawKokChin.jpg)
Polis tahan lima sekawan, bongkar makmal proses dadah
Lima sekawan yang aktif menjalankan kegiatan memproses dan mengedar dadah ditahan, selain pelbagai jenis dadah bernilai RM3 juta dirampas di Pulau Pinang.
![JSJN tumpas 193 sindiket dadah, tahan 612 ahli sejak Januari JSJN tumpas 193 sindiket dadah, tahan 612 ahli sejak Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41729233665_IGPRazarudinGISB.jpg)
JSJN tumpas 193 sindiket dadah, tahan 612 ahli sejak Januari
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) menumpaskan 193 sindiket dadah dan menahan 612 ahli dalam tempoh Januari hingga September lepas.
![Polis rampas dadah bernilai hampir RM900,000 disorok di apartmen Polis rampas dadah bernilai hampir RM900,000 disorok di apartmen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723016291_TBdadah.jpg)
Polis rampas dadah bernilai hampir RM900,000 disorok di apartmen
Polis merampas dadah berjumlah RM895,662 di sebuah apartmen di Batu Pahat yang dijadikan stor serta pusat pembungkusan sebelum diedarkan ke seluruh Johor.
![Polis tahan seorang suspek, rampas 107 paket ketulan mampat disyaki ganja Polis tahan seorang suspek, rampas 107 paket ketulan mampat disyaki ganja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722848052_tbPolisPahang.jpg)
Polis tahan seorang suspek, rampas 107 paket ketulan mampat disyaki ganja
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 107 paket plastik lutsinar mengandungi ketulan mampat dedaun kering seberat 111,663.51 gram disyaki ganja.
![JSJN rampas dadah bernilai RM64.9 juta sejak Mac JSJN rampas dadah bernilai RM64.9 juta sejak Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721449239_rampasdadah.jpg)
JSJN rampas dadah bernilai RM64.9 juta sejak Mac
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas dadah bernilai RM64.9 juta bagi tempoh Mac hingga Mei pada tahun ini.
![Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721123744_tokandadah.jpg)
Tokan dadah ditahan bersama dua pucuk pistol di Alor Setar
Polis menahan dua lelaki dan merampas dua pucuk pistol serta pelbagai jenis dadah dalam dua tangkapan di Taman Lam Foong, di Alor Setar.
![JKDM rampas 30 kg dadah bernilai RM3.2 juta di KLIA JKDM rampas 30 kg dadah bernilai RM3.2 juta di KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719811153_NorlelaIsmail.jpg)
JKDM rampas 30 kg dadah bernilai RM3.2 juta di KLIA
Jabatan Kastam merampas kira-kira 30 kilogram dadah bernilai RM3.2 juta dalam dua operasi di KLIA.
![Sindiket edar dadah guna but kereta diubah suai tumpas Sindiket edar dadah guna but kereta diubah suai tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714382127_DatukKhawKokChin.jpg)
Sindiket edar dadah guna but kereta diubah suai tumpas
Polis merampas dadah bernilai RM13.5 juta selepas menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Puchong.