ISKANDAR PUTERI: Johor merancang untuk membuka 10 lagi pusat data di negeri berkenaan bagi menarik pelabur luar sekali gus meningkatkan pertumbuhan kadar ekonomi serta peluang pekerjaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor Lee Ting Han berkata setakat ini di negeri itu telah mempunyai lapan pusat seumpamanya.
Beliau berkata dua daripadanya yang terletak di Iskandar Puteri, Johor Bahru dan Sedenak, Kulai telah beroperasi sepenuhnya dan berjaya menarik pelanggan masing-masing dari dalam dan luar negara.
"10 pusat data yang dirancang untuk dibuka masih berada di pelbagai fasa termasuklah di peringkat pembangunan, perancangan dan pematuhan syarat-syarat oleh kerajaan negeri ini.
"Dua daripadanya termasuk yang berada di sini (Iskandar Puteri) telah beroperasi sepenuhnya," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran pusat data milik syarikat Equinix di Nusatech Park, di sini pada Isnin.
Jelas Lee lagi, kelebihan pusat data yang dibangunkan di Johor ini ialah mempunyai tenaga boleh diperbaharui dan ia dikendalikan oleh sebuah syarikat pusat data antara yang terbesar di dunia.
"Kepentingan dan kelebihan wujudnya pusat data ini supaya kita ada usaha untuk mengasah semula kemahiran dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja di Johor dengan turut dirancang inisiatif melibatkan juga institusi pendidikan yang ada di Johor.
"Ia kerana industri ini merupakan satu industri baharu dan berkait rapat dengan pembangunan kecerdasan buatan," katanya.
Terdahulu, sejak dua tahun lalu, Johor telah meluluskan lebih RM90 bilion ringgit pelaburan menerusi sektor industri pusat data di negeri ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024

Ting Han berkata setakat ini di negeri itu telah mempunyai lapan pusat seumpamanya. - Foto BERNAMA
AWANI Ringkas: Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 Februari 2025
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
1️⃣ Geran lebih RM3 juta buat usahawan mikro Sabah
2️⃣ Dipenjara dua bulan curi baju, tudung dan selipar
3️⃣ Ismail Sabri perlukan pemantauan rapi
#awaniringkas
AWANI Global: Siapa pemenang persaingan global AI
Siapakah yang menguasai dan menerajui perlumbaan AI masa kini? Apakah impak perkembangan AI genaratif dan cabaran mengoptimumkan kapasiti model AI?
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.
Diskusi dan analisis bersama TS Dr Aznul Qalid mengenai persaingan AI pasca ChatGPT dan Deepseek dalam AWANI Global 9 malam ini.

Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi, seperti yang tular di media sosial.

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.

UMNO, BN Sabah harus dominan pada PRN demi kemajuan Sabah - Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus menjadi parti dominan semula di Sabah pada pilihan raya negeri (PRN) ke-17 akan datang.
Dipenjara 2 bulan, denda RM1,000, curi baju, tudung, selipar
Seorang suri rumah dipenjara dua bulan dan didenda RM1,000 kerana mencuri beberapa barangan, termasuk pembersih muka di sebuah pasar raya.
Zahid yakin SPRM, belum sempat ziarah Ismail Sabri
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dan berlaku adil ke atas empat pegawai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.

Lebih 400,000 pengunjung meriahkan Pesta Perarakan Chingay Johor Bahru
Pesta perarakan yang dihiasi lebih 85 kenderaan berhias itu mengelilingi bandar raya di sini sejauh kira-kira 7.8 kilometer.

Dua beranak maut: Pengawal keselamatan terkilan tak jenguk kereta mangsa
Seorang pengawal keselamatan meluahkan rasa terkilan tidak menjenguk kereta BMW di mana dua beranak ditemukan maut pada Khamis.

Tender projek LRT Johor Bahru belum dibuka - Loke
Tender untuk projek transit aliran ringan (LRT) Johor Baharu masih belum dibuka lagi.

Polis tahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar di Johor
Polis Johor menahan dua lelaki tempatan dalam insiden kejar-mengejar dari jalan Harmonium hingga ke susur keluar pekan Ulu Tiram malam tadi.

Puspakom jalankan siasatan dalaman isu video tular petugas ditampar
Puspakom telah menjalankan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian seorang pelanggan menampar petugas pemeriksa kenderaan.

Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.

Lelaki maut dengan empat kesan tembakan
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah telah ditubuhkan untuk siasatan secara menyeluruh.

Taktik bungkus dadah guna plastik menyerupai wang kertas tumpas
Polis berjaya menumpaskan sebuah sindiket pengedaran dadah yang menggunakan pembungkus plastik menyerupai wang kertas untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Mangsa banjir di Johor kekal 36 orang petang ini
Kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.

Pembantu stor mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual
Seorang pembantu stor mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.