Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita, daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal, dua tahun lepas.
Majistret Siti Hajar Ali, membebaskan Sam Ke Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.
Siti Hajar dalam penghakimannya berkata mahkamah membuat keputusan berkenaan bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada pukul 3 pagi selain keadaan bahaya itu sendiri dicipta oleh kumpulan basikal lajak tersebut.
"Berdasarkan keterangan pasukan penyiasat, terdapat pokok besar di laluan berkenaan dan pencahayaan malap walaupun terdapat lampu di tembok pembahagi jalan.
"Aktiviti itu (basikal lajak) sudah umum diketahui di situ (lokasi kejadian), terdapat aduan mengenai perlumbaan basikal lajak di situ.
"Adalah munasabah mereka yang lalu di situ akan menjangka situasi terjadi, namun, hanya terpakai kepada penduduk di situ dan mereka yang selalu menggunakan jalan itu.
"Ia tidak adil kepada pengguna yang jarang menggunakan jalan itu atau penduduk yang tidak tinggal di situ," katanya.
Menurut Siti Hajar, siasatan turut mendapati tertuduh tidak berada di bawah pengaruh alkohol, tidak menggunakan telefon bimbit serta memakai tali pinggang keledar ketika memandu sekali gus membuktikan tertuduh memandu dalam keadaan bertanggungjawab dan berjaga-jaga.
Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya menjaga anak-anak bagi mengelak kejadian itu berulang malah pihak polis diminta untuk bertindak tegas berhubung aktiviti berkenaan.
"Maka bersandarkan kepada alasan-alasan yang saya nyatakan sebentar tadi, jika saya memutuskan tertuduh untuk membela diri, beliau memilih untuk berdiam diri bagi pertuduhan dikemukakan terhadap beliau.
"Persoalannya adakah saya akan mensabitkan beliau berdasarkan kepada keterangan dikemukakan pihak pendakwaan. Jawapan saya adalah tidak.
"Dengan itu, tertuduh mesti dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri," kata Siti Hajar.
Mengikut pertuduhan, Sam, yang memakai baju T berwarna putih didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada 3.20 pagi, 18 Feb 2017.
Dia didakwa menyebabkan kematian Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.
Dia dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000, jika sabit kesalahan.
Sam terdahulu didakwa di mahkamah sama pada 28 Mac 2017 dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Faizal Mokhtar.
Seramai 46 saksi pendakwaan dikemukan sepanjang perbicaraan yang bermula Ogos 2017 dengan 214 eksibit.
Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu tertuduh dikembalikan serta merta dan wang jaminan RM10,000 dikembalikan kepada penjamin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 28 2019

Sam Ke Ting (kiri) dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal pada 18 Januari 2017. -Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Jurujual wanita rugi RM45,979 ditipu sindiket pelaburan wang asing
Seorang jurujual wanita mendakwa kerugian RM45,979 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket pelaburan tukaran wang asing yang menjanjikan pulangan lumayan dalam kejadian di sini baru-baru ini.

Pengamal perubatan alternatif ditahan disyaki cabul jurujual wanita
Suspek kini direman selama empat hari hingga Rabu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Nahas 8 remaja berbasikal: Jurujual dibebas, dilepas tuduhan memandu melulu
Majistret Siti Hajar Ali membebaskan Sam Ke Ting tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.