KUALA BERANG:Seorang peniaga yang juga pengamal perubatan alternatif bergelar "ustaz" ditahan selepas disyaki mencabul seorang jurujual wanita ketika mangsa mendapatkan rawatan.
Suspek berusia 52 ditahan itu kira-kira jam 4 petang Sabtu di sekitar daerah Hulu Terengganu.
Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, mangsa yang berusia 30 tahun itu telah mendapatkan rawatan perubatan dengan suspek pada 22 November lalu.
Katanya, suspek mendakwa mangsa terkena buatan orang dan meminta izin mahu memegang mangsa untuk tujuan perubatan.
Mangsa membenarkan suspek memegangnya dan ketika itu suspek dikatakan mengambil kesempatan mencabul mangsa selain turut mencekik leher mangsa.
Selepas selesai menjalani rawatan, suspek memaklumkan yang dia akan datang ke rumah mangsa bagi melihat keadaan rumah bagi tujuan rawatan.
Mohd Adli berkata pada 24 November lalu, mangsa sekali lagi mendapatkan rawatan dan kali ini suspek meminta izin untuk menciumnya, namun mangsa tidak membenarkan suspek berbuat demikian.
Jelas Mohd Adli, curiga dengan rawatan dilakukan itu, suspek berkunjung ke pusat perubatan terbabit untuk bertanya lanjut berhubung proses rawatan dilakukan suspek.
Bagaimanapun, mangsa dimaklumkan suspek sudah digantung tugas dan pihak pusat perubatan itu meminta mangsa membuat laporan polis.
Mohd Adli berkata suspek kini direman selama empat hari hingga Rabu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
Nur Fazlizai Ali
Sun Dec 06 2020

Mangsa membenarkan suspek memegangnya dan ketika itu suspek dikatakan mengambil kesempatan mencabul mangsa selain turut mencekik lehernya. -Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pengamal perubatan alternatif ditahan disyaki cabul jurujual wanita
Suspek kini direman selama empat hari hingga Rabu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.
.jpg)
Hidap busung dan lintah keluar dari pusat, Awie nekad berubat hingga ke Indonesia
Awie terpaksa berulang-alik ke Indonesia untuk menjalani rawatan alternatif selepas doktor mengesahkan dirinya tidak mempunyai sebarang penyakit.