KOTA TINGGI: Seorang remaja maut, manakala bapanya yang memandu sebuah lori cedera di kepala apabila kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori lain di Kilometer 82 Jalan Johor Bahru-Mersing di sini pada Sabtu.
Kejadian sebelum simpang masuk ke Felcra Sungai Ara kira-kira jam 11.35 pagi itu melibatkan lori jenis Hino dipandu Mohd Azrul Hafis Kamisan, 39, dan seorang penumpang iaitu anaknya, Nur Alif, 15, dengan lori jenis Foton dipandu Mohd Haris Rapmay, 49.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, dalam kemalangan itu, lori Hino dalam perjalanan dari Jalan Johor Bahru menghala ke Mersing, manakala lori Foton pula sedang diletakkan di bahu jalan kiri hala yang sama.
"Ketika sampai di tempat kejadian, pemandu Hino telah hilang tumpuan akibat terlelap semasa memandu, lalu hilang kawalan dan melanggar lori Foton yang sedang parkir di bahu jalan kiri hala yang sama.
"Pemandu Foton yang berada di Surau Felcra Berhad di seberang jalan tersebut hendak menunaikan solat duha terkejut mendengar bunyi kemalangan lalu terus cuba membantu mangsa kemalangan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, akibat kemalangan itu remaja tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada seluruh bahagian badan, manakala bapanya cedera di bahagian kepala.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Artikel asal di Sinar Harian: Remaja maut, bapa dipercayai terlelap ketika memandu
Sinar Harian
Sat May 08 2021

Kemalangan membabitkan dua buah lori di Kilometer 82 Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi pada Sabtu. -Foto Sinar Harian

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 13 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbincangan PKR Pusat, Sarawak menjurus kepada usaha perkukuh kerajaan
Hasrat PKR Sarawak untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-13 (PRN13) masih dalam perbincangan, kata Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek.
10 Berita Pilihan - (13 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Constantine Tassoulas angkat sumpah sebagai presiden baharu Greece
Constantine Tassoulas mengangkat sumpah sebagai Presiden Greece pada Khamis, memulakan tempoh perkhidmatan lima tahunnya selepas memenangi pilihan raya pada 12 Februari lepas, lapor Xinhua.

Penentuan bayaran perundingan GP swasta pada peringkat akhir - Dzulkefly
Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam peringkat akhir perbincangan bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi penentuan bayaran perundingan pegawai perubatan am (GP) swasta.

Warga emas hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi ditemukan maut
Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia di dalam bilik sebuah hotel di sini hari ini, selepas dilaporkan hilang ketika keluar ke pusat fisioterapi pada Selasa lepas.

LHDN, MyDigital ID perkukuh kerjasama ke arah kelestarian pendigitalan negara
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan MyDigital ID Sdn Bhd memperkukuh kerjasama dalam pembangunan serta memperluas penggunaan identiti digital di Malaysia.
Tumpuan Jumaat – 14 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Hampir 80 peratus pekebun kecil minyak sawit tempatan patuh peraturan EUDR - Johari
Kira-kira 70 hingga 80 peratus pekebun kecil kelapa sawit tempatan telahpun mematuhi Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Muatan kereta tercampak atas jalan raya dalam nahas dua lori di Bukit Tagar
Mangsa berusia 38 tahun dibawa keluar daripada lori oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba.

Nahas 2 lori: Remaja maut, bapa dipercayai terlelap ketika memandu
Akibat kemalangan itu remaja tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada seluruh bahagian badan.