Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat R. Thinakaran, 62, kira-kira 4.20 petang tadi.
"Pegawai perubatan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh telah hadir ke tempat kejadian untuk mengesahkan kematian dan pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati si mati dalam keadaan terlantar di atas katil dan tiada sebarang kecederaan lain pada tubuh si mati.
"Susulan itu, mayat dihantar ke Unit Forensik HRPB untuk dibedah siasat pada 14 Mac bagi mendapatkan punca kematian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes disiasat di bawah laporan mati mengejut (SDR) dan tiada sebarang unsur-unsur perbuatan jenayah dan foul play.
Abang Zainal Abidin berkata pada 4.49 petang, 11 Mac lepas pihaknya menerima maklumat seorang lelaki warga tempatan tidak pulang-pulang selepas keluar dari rumahnya di Taman Pulai Height, Kampung Kepayang dengan menaiki kereta jenis Honda Accord berwarna kelabu.
-- BERNAMA
