KUALA LUMPUR: Pelajar daripada bukan kelas peperiksaan yang pulang bercuti sempena Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan kembali ke asrama.
Sebaliknya, mereka perlu mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) masing-masing, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Menurutnya, Kementerian Pendidikan (KPM) membuat ketetapan itu sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19 serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Kita ingin memastikan anak-anak kita yang bakal menduduki SPM pada Februari dan Mac ini berada dalam keadaan yang terlindung dan mereka dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat dan teratur.
"Kita akan terus pastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah berasrama khususnya, dapat terus ditingkatkan.
"Pada masa sama, kami juga meningkatkan pemantauan sekolah-sekolah di bawah KPM bagi memastikan segala SOP dipatuhi dengan baik dan kita dapat mengurangkan risiko jangkitan di sekolah," katanya.
Secara umum, katanya, sesi persekolahan tahun 2021/2022 bagi penggal ketiga yang bermula 9 Jan lalu berjalan dengan teratur dan lancar.
Bagaimanapun, mutakhir ini, ramai yang membincangkan mengenai peningkatan kes COVID-19 dalam sektor pendidikan.
Katanya, berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM), dari 1 Jan hingga 1 Feb 2022, terdapat 118,238 kes COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 8,451 kes atau 7.15% adalah berkaitan sektor pendidikan.
Dalam tempoh sama, Radzi berkata, terdapat 303 kluster di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 100 (33%) kluster melibatkan institusi pendidikan di bawah KPM, 86 (28.38%) institusi pendidikan lain dan 117 (38.62%) sektor lain.
"Daripada 100 kluster yang melibatkan keseluruhannya 5,494 kes, 96 kluster melibatkan institusi bawah KPM sementara empat kluster institusi swasta berdaftar dengan KPM.
"Daripada 96 itu, 84 melibatkan institusi berasrama iaitu 76 asrama harian dan lapan berasrama sepenuhnya.
"Jika kita ambil kira keseluruhan 1,918 institusi berasrama bawah KPM, 84 kluster ini adalah bersamaan 4.38%.
"Untuk yang bukan berasrama, terdapat 12 kluster dan daripada 12 ini, dua sekolah menengah, selebihnya sekolah rendah.
"Dua belas kluster ini, jika dibandingkan dengan keseluruhan 8,356 institusi bukan asrama bawah KPM, jumlah kluster adalah sama dengan 0.14%," katanya.
Tambahnya, data tersebut jelas menunjukkan, sebahagian besar kluster yang melibatkan institusi di bawah KPM adalah yang berlaku di sekolah asrama, iaitu 87.5%.
Radzi berkata, untuk minggu akan datang bermula Isnin, sekiranya anak-anak bergejala, ibu bapa perlu memastikan mereka tidak datang ke sekolah.
Ini adalah penting supaya persekitaran persekolahan akan terus berada dalam keadaan selamat dan risiko jangkitan dapat dikurangkan.
Astro Awani
Sat Feb 05 2022

Berdasarkan data KKM, dari 1 Jan hingga 1 Feb 2022, terdapat 118,238 kes COVID-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu, 8,451 kes atau 7.15% adalah berkaitan sektor pendidikan. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Banjir: PdPR diteruskan, pastikan pelajar tidak keciciran - Fadhlina
Fadhlina berkata pihak sekolah sememangnya bersedia untuk melaksanakan kaedah PdPR termasuk menyediakan bahan kepada pelajar.

Banjir: Lapan sekolah di Perlis ditutup esok, pelajar belajar secara PdPR
Rose Aza berkata keputusan untuk menutup sekolah itu diambil bagi memastikan keselamatan pelajar dan guru terjamin.

Tiga sekolah di Kempas laksana PDPR akibat pencemaran bau
SK Kampung Maju Jaya, Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah ditutup hari ini akibat pencemaran bau.

Sekolah di Pulau Pinang dibenar PdPR sepanjang gangguan bekalan air
Namun bagi pelajar Tingkatan Lima dan Kolej Pra-Universiti, mereka akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah kerana peperiksaan yang telah dijadualkan.

Banjir: Dua sekolah di Pekan laksana PdPR esok
Dua sekolah di daerah Pekan akan meneruskan sesi pembelajaran melalui keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bermula Selasa.

PdPR hanya dilaksana apabila sekolah ditutup, bacaan IPU lebih 200 - Fadhlina
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) hanya akan dilaksanakan apabila sekolah ditutup dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek

Banjir: Sesi persekolahan tidak tangguh, KPM beri kelonggaran PdPR
Kementerian beri perhatian khusus baik pulih semua sekolah yang terjejas akibat banjir dalam tempoh dua minggu sebelum sesi bermula.

Tiada lagi penggiliran, sekolah sesak sejak awal pagi namun keadaan teratur, terkawal
Keadaannya hampir sama ketika zaman sebelum pandemik, cuma kali ini ia lebih teratur dan mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.

JENDELA bantu lancarkan PdPR di pedalaman Selangor
Melalui JENDELA, beberapa lokasi struktur menara komunikasi sedia ada telah dinaik taraf daripada teknologi 2G kepada 4G.

Murid pulang bercuti Tahun Baharu Cina tidak dibenar kembali ke asrama
KPM membuat ketetapan itu sebagai usaha mengawal jangkitan COVID-19 serta melindungi calon Sijil Pelajaran Malaysia.