Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memandang serius laporan yang mendakwa terdapat syarikat yang menjalankan aktviti pengumpulan data dan pengeluaran kad data dokumentasi bagi warga asing.
"Saya memandang perkara ini cukup serius, tetapi kita sebut di sini bahawa ia tiada kena mengena dengan Jabatan Pendaftaran Negara atau Jabatan Imigresen," katanya kepada media selepas menghadiri Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.
Beliau mengulas demikian berhubung kenyataan KDN hari ini yang membuat laporan polis di Putrajaya menafikan kaitan kementerian itu dalam kegiatan pengumpulan data dan pengeluaran kad data dokumentasi bagi warga asing.
Kenyataan tersebut menyebut bahawa KDN tidak pernah melantik pihak Mega Management Consultancy Sdn Bhd untuk menjalankan pengumpulan data maklumat dokumentasi pekerja asing, warga asing atau mana-mana individu yang mempunyai masalah kerakyatan di Sabah.
Selain itu, KDN juga menerima maklumat berhubung kegiatan beberapa syarikat dan pertubuhan mengumpulkan maklumat, mendaftar dan mengeluarkan kad dokumentasi kepada warga asing terutamanya kepada pendatang asing tanpa izin (PATI).
"Selepas melihat laporan itu saya minta ketua-ketua pengarah berkaitan untuk meneliti sama ada itu adalah benar atau palsu, kalau benar tindakan keras mesti diambil.
"Mungkin sudah berlaku berapa kes namun saya tidak tahu, tetapi apabila ada laporan sebegini kita laporkan segera kepada pihak polis untuk menyiasat punca siapa yang melakukannya," katanya.
Dalam pada itu, berhubung laporan kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengenai terorisme pada 2018 yang mengekalkan Malaysia sebagai "sumber dan titik transit" kumpulan pengganas seperti IS, Abu Sayyaf, al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah semalam, menteri tersebut berkata pihaknya maklum tentang perkara itu.
"Kita tahu sejak beberapa tahun kebelakangan ini Malaysia adalah negara tumpuan transit yang dikaitkan dengan kumpulan-kumpulan pengganas namun apa yang penting adalah apa yang kita lakukan di sini untuk menentukan supaya elemen seperti ini kita tidak biarkan," katanya.
Oleh demikian, katanya peranan Bahagian Anti Pengganas, Polis Di Raja Malaysia amat penting bagi menahan dan mendakwa mereka yang terlibat ke muka pengadilan termasuk menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Bukti yang diberikan AS itu adalah satu kenyataan dan disebabkan itu kita akan terus pantau ambil langkah pencegahan dan lain-lain. Ini memang ada dalam pengetahuan kita,"katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 03 2019
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan pada Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) hari ini. - Foto BERNAMA
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur IPT, AI antara fokus KPT
Pembangunan infrastruktur di institut pengajian tinggi dan program pengantarabangsaan universiti antara fokus Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Belanjawan 2025.
KLTA dalam proses wujud garis panduan standard pelancongan menjelang TMM 2026
KLTA sedang dalam proses mewujudkan garis panduan mengenai standard pelancongan bagi pemain industri sektor itu dalam menguruskan aktiviti perniagaan mereka menjelang TMM 2026.
LKIM kaji semula keluasan kawasan PNK
LKIM akan mengkaji semula persempadanan kawasan PNK sebagai usaha menambah baik pengurusan dan penyampaian perkhidmatan setiap PNK kepada nelayan.
GLIC tegaskan komitmen sokong kerangka Ekonomi MADANI, pacu pertumbuhan
GLIC komited menyokong kerangka Ekonomi MADANI dengan memanfaatkan penyasaran modal dalam sektor pertumbuhan dan bernilai tinggi.
Forum Ekonomi Wanita ASEAN 2025 akan diadakan pada Jun tahun depan
Forum Ekonomi Wanita (WEF) ASEAN 2025 yang akan dijadualkan berlangsung dari 19-21 Jun, 2025 bertujuan menyokong Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Britain negara pertama bakal tamatkan pengeluaran arang batu
Britain bakal menjadi negara G7 pertama yang akan menamatkan pengeluaran tenaga arang batu pada Isnin dengan penutupan loji terakhirnya, Uniper's Ratcliffe On Soar di Midlands, England.
SpaceX selamat mendarat di ISS bawa pulang angkasawan terperangkap
Anak kapal SpaceX yang menjalankan misi bagi membawa pulang dua angkasawan terperangkap di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada Februari, dilaporkan sudah selamat berada di makmal orbit, semalam.
Jepun bakal adakan PRU pada Oktober
Bakal Perdana Menteri baharu Jepun, Shigeru Ishiba pada Isnin,menyatakan hasratnya untuk mengadakan Pilihan Raya Umum pada Oktober.
Ketua polis daerah di Seoul dipenjara 3 tahun
Bekas ketua polis daerah di Seoul dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh mahkamah, selepas didapati bersalah dalam insiden rempuhan ketika sambutan perayaan Halloween sehingga mengorbankan lebih 150 orang, dua tahun lalu.
Kecekapan, kredibiliti PDRM dapat selesaikan isu GISB - Saifuddin
Beliau berkata sekiranya jelas berlaku ekploitasi terhadap wanita dan kanak-kanak, kesalahan seksual kanak-kanak mahu pun pemerdagangan manusia, tindakan perlu diambil.
Tujuh tahun ulang-alik JPN, wanita lega anak angkat dapat dokumen pengenalan diri
Selepas tujuh tahun berusaha mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk anak angkat perempuannya, seorang wanita menarik nafas lega apabila berjaya memperoleh kad pengenalan hari ini.
KDN nafi laporan Pasukan Petugas Khas kes Pastor Raymond Koh diubah
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa Laporan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kehilangan Pastor Raymond Koh yang dikemukakan kepada keluarga dan peguam telah diubah.
Dua lagi Baitul Mahabbah bakal dibuka
Kerajaan akan membuka dua lagi pusat jagaan Baitul Mahabbah yang dikendalikan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) khusus untuk kanak-kanak warga asing berumur di bawah 10 tahun.
Mpox: KDN tumpu kawalan di empat pintu masuk utama negara
KDN memberikan tumpuan di empat pintu masuk utama negara dalam usaha membantu Kementerian Kesihatan mengekang penularan mpox atau cacar monyet.
Tiada kompromi terhadap pegawai langgar integriti - Shamsul Anuar
Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai di kementerian itu yang terlibat dengan pelanggaran integriti seperti salah guna kuasa dan rasuah.
KDN sedia laksana pusingan kerja lebih kerap, bendung salah laku - Saifuddin
KDN sedia melaksanakan pusingan kerja yang lebih kerap dalam agensi-agensinya untuk membendung salah laku yang boleh merosakkan imej kementerian.
KDN galakkan taklimat kewarganegaraan diadakan bersama JPN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggalakkan sebarang taklimat berkaitan isu, proses serta permohonan kewarganegaraan diadakan dengan penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Malaysia rangka strategi capai penarafan Tahap 1 dalam laporan JNAS
Malaysia kembali mencapai kedudukan Tahap 2 dalam laporan JNAS mengenai Pemerdagangan Orang bagi tahun 2024.
Trend laporan orang hilang tidak menyaksikan peningkatan mendadak - Saifuddin Nasution
Trend laporan terhadap insiden orang hilang kekal sekitar 900 kes setiap tahun dari 2020 sehingga tahun ini.