PUTRAJAYA: Trend laporan terhadap insiden orang hilang kekal sekitar 900 kes setiap tahun dari 2020 sehingga tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata trend dalam tempoh lima tahun itu tidak menyaksikan peningkatan kes orang hilang seperti didakwa di media sosial.
"Dari 2020 sampai Jun 2024, pola laporan polis terhadap insiden orang hilang ini ialah kekal dengan angka 900.
"Daripada kes orang hilang yang dilapor, peratusan yang ditemui (dijumpai semula) itu tinggi iaitu antara 85 hingga 90 peratus," katanya kepada media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.
Saifuddin Nasution berkata demikian ketika mengulas penemuan kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang hilang di pusat beli-belah di Iskandar Puteri, Sabtu lepas, dijumpai selamat di sebuah hotel murah di Batang Kali, Selangor awal pagi tadi.
Beliau berkata komitmen KDN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) jelas iaitu satu kes membabitkan orang hilang adalah perkara serius dan tindakan segera akan diambil.
Justeru, beliau berkata orang awam harus memainkan peranan dengan membuat aduan mengenai orang hilang kepada polis.
Saifuddin Nasution berkata balai polis di seluruh negara boleh menerima aduan berkaitan orang hilang, dan kes yang dilapor di Petaling Jaya, Selangor misalnya tidak semestinya tidak boleh dilaporkan di Ipoh, Perak.
Beliau berkata apabila aduan diterima, polis akan membuat penyisihan untuk menentukan sama ada kes tersebut melibatkan kategori kanak-kanak di bawah 18 tahun, elemen jenayah, orang diplomatik, atau kepentingan ekonomi.
"Sekiranya ada elemen jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah akan membuka fail manakala Jabatan Pengurusan mengambil kes tidak membabitkan elemen jenayah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024
![Trend laporan orang hilang tidak menyaksikan peningkatan mendadak - Saifuddin Nasution Trend laporan orang hilang tidak menyaksikan peningkatan mendadak - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721718236_tbSaifuddinNasution.jpg)
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan ucapan pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini. - Foto Bernama
![Culik Albertine Leo: Suspek kelima direman tujuh hari Culik Albertine Leo: Suspek kelima direman tujuh hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721729797_tbpenculikankanakk.jpg)
Culik Albertine Leo: Suspek kelima direman tujuh hari
Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco Galleria di Iskandar Puteri pada Sabtu, direman tujuh hari.
![Pentadbir institusi pendidikan perlu patuhi garis panduan terima sumbangan - Fadhlina Pentadbir institusi pendidikan perlu patuhi garis panduan terima sumbangan - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721729240_tbFadhlinaSidek.jpg)
Pentadbir institusi pendidikan perlu patuhi garis panduan terima sumbangan - Fadhlina
Pentadbir institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan dinasihat supaya mematuhi garis panduan dalam menguruskan sumbangan.
Ibu bapa Allahyarham Zulfarhan sujud syukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan
Sebaik sahaja keputusan dibacakan, ibu bapa Zulfarhan Osman sujud tanda syukur dan lega dengan keputusan Mahkamah Rayuan.
Ibu bapa mana tidak marah, mayat anak dikebumikan dalam keadaan menyayat hati' - Hakim
"Ibu bapa mana yang tidak kecewa, marah, sedih dan menangisi pemergian anak kesayangan mereka apabila mayat si mati (Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain) dikebumikan dalam keadaan yang cukup memilukan dan menyayat hati," kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Hadhariah Syed Ismail.
[TERKINI] Sidang Media: Kepulangan rakyat Malaysia dari Bangladesh
![Suri rumah mengaku tidak bersalah aniaya anak tiri hingga cedera Suri rumah mengaku tidak bersalah aniaya anak tiri hingga cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721728851_tbsurirumahtuduh.jpg)
Suri rumah mengaku tidak bersalah aniaya anak tiri hingga cedera
Tertuduh, Nor Hidayah Che Awang, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan.
![Selangor rindu sentuhan berbisa Faisal Halim Selangor rindu sentuhan berbisa Faisal Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721721561_faisalhalim.jpg)
Selangor rindu sentuhan berbisa Faisal Halim
Selangor FC merindui sentuhan berbisa Faisal Halim selepas pasukan itu kini berdepan prestasi kurang memuaskan.
Pantau Agenda Reformasi: Agenda pembangunan belia kerajaan Madani
Sempena sambutan 76 tahun penubuhan MBM, apa selepas ini? Agenda memperkasa pembangunan belia seiring dengan kerangka Malaysia MADANI dan Model Pembangunan Belia MADANI 2030 (MPBM 2030)? Umur belia diturunkan bawah 30 tahun bermula 2026, bersediakah kita?
![3 penyokong JDT didenda RM100 bakar suar di perkarangan Stadium Darul Aman 3 penyokong JDT didenda RM100 bakar suar di perkarangan Stadium Darul Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721728318_tbsuarJDT.jpg)
3 penyokong JDT didenda RM100 bakar suar di perkarangan Stadium Darul Aman
Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman denda RM100 setiap seorang terhadap tiga penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana membakar suar di perkarangan Stadium Darul Aman.
![Wanita mengaku tidak bersalah 28 pertuduhan pecah amanah Wanita mengaku tidak bersalah 28 pertuduhan pecah amanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721720572_pecahamanah.jpg)
Wanita mengaku tidak bersalah 28 pertuduhan pecah amanah
Seorang wanita mengaku tidak bersalah atas 28 pertuduhan pecah amanah jenayah melibatkan jumlah lebih RM500,000.
![Trend laporan orang hilang tidak menyaksikan peningkatan mendadak - Saifuddin Nasution Trend laporan orang hilang tidak menyaksikan peningkatan mendadak - Saifuddin Nasution](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721718236_tbSaifuddinNasution.jpg)
Trend laporan orang hilang tidak menyaksikan peningkatan mendadak - Saifuddin Nasution
Trend laporan terhadap insiden orang hilang kekal sekitar 900 kes setiap tahun dari 2020 sehingga tahun ini.