PUTRAJAYA: Pihak berkuasa tempatan telah diarah melaksanakan pemantauan dan keperluan penambahbaikan terhadap infrastruktur awam di kawasan berisiko banjir susulan peralihan fasa Monsun Timur Laut (MTL) pada November ini hingga Februari 2024.
Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memaklumkan ia termasuk mengenal pasti kawasan parit, longkang, pembetung dan kolam takungan yang berisiko menyebabkan kejadian banjir dan seterusnya melaksanakan kerja pembersihan serta penyelenggaraan bagi melancarkan aliran air.
"Tapak projek pembangunan juga akan dipantau bagi memastikan saliran air seperti kolam takungan dan kebersihan kawasan pembangunan berada dalam keadaan baik," menurut KPKT dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut KPKT, Pasukan Gerak Cepat (MTL RED Team) juga akan diletakkan dalam keadaan bersiap siaga agar sentiasa bersedia memberi respons pantas sekiranya khidmat bantuan penyelamatan diperlukan.
MTL RED Team akan ditempatkan di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Terengganu, Selangor, Pahang, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor.
Dari segi kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), KPKT memaklumkan terdapat kekuatan seramai 15,639 anggota, iaitu 13,435 pegawai sepenuh masa (PSM) dan 2,204 pegawai bomba bantuan (PBB) dengan 80 peratus pegawai dan anggota bomba dibekukan cuti hingga Februari 2024.
"JBPM juga telah bersedia dengan kekuatan logistik sebanyak 1,150 jenis kenderaan angkut ringan, kenderaan angkut berat dan kenderaan marin pelbagai jenis untuk kegunaan menghadapi MTL 2023," menurut KPKT.
JBPM juga telah mengenal pasti sebanyak 4,795 lokasi titik panas banjir melalui data terbuka Jabatan Pengairan dan Saliran serta pemantauan daripada balai bomba seluruh negara dan daripada jumlah tersebut, Sarawak merekodkan jumlah kawasan berisiko banjir yang paling tinggi iaitu 1,034 kawasan diikuti Kelantan (595), Pahang (554) dan Sabah (520).
Bagi pengurusan bencana banjir, KPKT memaklumkan Pelan Pengurusan Operasi Pembersihan Sisa Pasca Banjir telah disediakan sebagai panduan kepada semua agensi yang terlibat untuk memastikan proses pengurusan kerja pembersihan sisa pascabanjir lebih teratur dan berkesan.
"Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) serta syarikat konsesi sentiasa bersiap siaga dalam menjalankan operasi pembersihan pascabanjir berdasarkan pelan yang telah disediakan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023
KPKT mengarahkan PBT mengenal pasti kawasan parit, longkang, pembetung dan kolam takungan yang berisiko menyebabkan kejadian banjir. - Gambar fail
Perlu penyasaran FDI untuk pembangunan ekonomi yang berkesan - Pakar
Penganalisis Ekonomi, Prof Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid, berkata, penekanan kepada nilai tambah domestik, pembangunan lestari, dan kesejahteraan rakyat adalah kunci kejayaan FDI.
Inflasi meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024
Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Oktober 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 130.9 pada bulan
yang sama tahun sebelumnya.
yang sama tahun sebelumnya.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dakwaan rasuah: Adani Group hilang projek lapangan terbang, tenaga di Kenya
Adani Group dari India kehilangan projek pembesaran lapangan terbang dan tenaga di Kenya selepas pengasasnya, Gautam Adani didakwa di Amerika Syarikat.
Lelaki Myanmar mengaku bersalah korek mata
Warga Myanmar yang mengorek biji mata kiri seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Butterworth hari ini.
Rexy kecewa Wei Chong-Kai Wun terlepas tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF
Katanya, gandingan di ranking ke-14 dunia itu mempunyai peluang cerah apabila sebelum ini berada dalam kumpulan lapan terbaik.
Pantau Belanjawan: Usaha Malaysia kekal kompetitif dalam ekonomi ASEAN
Menurut artikel Forbes bertajuk "Looking To Trade In Southeast Asia?", Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ASEAN sebagai platform perdagangan strategik dengan akses mudah ke 10 pasaran serantau. Ikuti perbincangan untuk menilai sejauh mana Malaysia benar-benar menonjol berbanding negara jiran seperti Indonesia dan Vietnam yang turut menjadi destinasi popular pelaburan langsung asing (FDI).
Pulau Pinang sambut ketibaan penerbangan terus pertama HK Express dari Hong Kong
Penerbangan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada pukul 8.30 malam semalam.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Padah bakar bunga api, dua beradik didakwa di mahkamah
Dua beradik dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan melakukan khianat membakar bunga api sehingga menyebabkan kebakaran di Dewan Arena Square Teluk Intan.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Bekalan ikan dijangka kurang 10 peratus, mencukupi sepanjang MTL
Jabatan Perikanan ambil langkah awal dan proaktif bagi memastikan kestabilan bekalan ikan sepanjang tempoh MTL iaitu November hingga Mac tahun depan.
LKIM sedia peruntukan bantu nelayan terjejas banjir
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyediakan peruntukan sebanyak RM200,000 dalam bentuk bakul makanan untuk membantu nelayan terjejas banjir.
JKM mula agih barangan keperluan musim tengkujuh di Tumpat
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mula mengagihkan 28 barangan keperluan untuk kegunaan lebih 700 ketua isi rumah dari 13 kampung gugusan pulau di Tumpat.
JBPM siap siaga hadapi MTL, tumpukan 4,619 lokasi kerap banjir
Data daripada PRABN serta JPS menunjukkan jumlah lokasi banjir berkenaan berkurangan berbanding 5,648 lokasi pada 2023.
Penduduk Pahang diminta bersiap siaga hadapi Monsun Timur Laut
Penduduk di negeri ini diminta bersiap siaga menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) atau lebih dikenali musim tengkujuh di Malaysia yang dijangka bermula esok sehingga Mac tahun depan.
KDN atur gerak 66,042 anggota hadapi Monsun Timur Laut
Jumlah itu melibatkan anggota PDRM, RELA dan APMM selain 10,540 pelbagai jenis aset.
Stok bekalan ikan mencukupi tampung keperluan musim Monsun Timur Laut
Setakat ini sebanyak 1,600 tan metrik ikan sejuk beku dalam simpanan stok penimbal bagi menampung keperluan pada musim berkenaan.
Monsun Timur Laut: Aktiviti hutan simpan, taman eko Selangor ditutup sementara
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengumumkan penutupan sementara semua aktiviti rekreasi di Hutan Simpanan Kekal dan Taman Eko Rimba di bawah seliaannya bermula 15 November ini.
Waspada, Malaysia dijangka berdepan Monsun Timur Laut lebih awal - TPM Zahid
Malaysia dijangka berdepan dengan Monsun Timur Laut (MTL) lebih awal iaitu pada minggu keempat bulan ini, berbanding ramalan awal.