Pengarah Perhutanan Negeri Selangor, Azhar Ahmad berkata, penutupan sementara berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang risiko kemalangan kepada pengunjung berikutan musim Monsun Timur Laut.
“Dimaklumkan bahawa penutupan sementara semua aktiviti rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal dan Taman Eko Rimba di bawah Pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
“Penutupan sementara bermula 15 November hingga 31 Januari 2025,” katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.
Monsun Timur Laut membawa hujan lebat terutamanya kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, Barat Sarawak dan Timur Sabah manakala Monsun Barat Daya secara relatifnya menunjukkan cuaca yang lebih kering.
Ia menyaksikan empat hingga enam episod hujan lebat berterusan sepanjang Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada Mac tahun depan. - Sinar Harian