Projek Transit Aliran Massa (MRT) dilihat sebagai permulaan perjalanan baharu kepada negara yang menjadi 'game changer' dan penanda aras kepada semua perancangan di masa hadapan.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia merupakan projek berpaksikan rakyat yang holistik, dan bukan sekadar sebuah pengangkutan awam.
"Kerajaan memandang dan melakukan kajian mendalam dari segi kehidupan rakyat, mengambil kira jaringan rangkaian, kepadatan penduduk, aliran trafik, keperluan pengguna dan sebagainya.
"Malah lebih daripada itu, kita juga memberi penekanan khusus terhadap kesalinghubungan batuan pertama dan terakhir, 'first and last mile connectivity'," katanya dalam catatan terbaharunya di laman blog NajibRazak.com.
Najib dijadual merasmikan Fasa 1 MRT Laluan SBK (Sungai Buloh-Kajang) meliputi 12 stesen antara Sungai Buloh dan Semantan, esok.
Najib berkata beliau terpaksa mewarisi legasi pucuk pimpinan terdahulu yang merencana pembinaan pengangkutan awam bandar tetapi tidak memikirkan rakyat dan kesan jangka panjang.
"Misalnya, rakyat digalakkan menaiki tren KTM di sesuatu kawasan, tetapi dari sudut pandang rakyat atau pengguna mungkin ada masalah untuk mereka bergerak dari rumah ke stesen tersebut.
"Kebanyakan masalah ini adalah masalah legasi, saya warisi daripada pucuk pimpinan terdahulu yang merencana pembinaan pengangkutan awam bandar bukan dengan memikirkan rakyat dan kesan kepada mereka di kemudian hari atau pada jangka masa panjang," katanya.
Bagaimanapun, Najib berkata kerajaan kini telah merencana pengubahsuaian dan transformasi perkhidmatan pengangkutan awam negara sebagai satu daripada fokus utama negara dengan melakukan pelbagai penambahbaikan terhadap kemudahan LRT, Komuter, bas, teksi dan yang terkini projek MRT.
"Kini, saya gembira menyatakan bahawa hasil usaha terkini itu telah sedia untuk rakyat nikmati bermula 16 Disember ini," katanya.
Bagi Fasa 1 MRT Laluan SBK, sebanyak 112 bas pengantara turut disediakan di stesen-stesen dengan laluannya termasuk kawasan tumpuan dan kawasan perumahan.
Inisiatif ini memberi pengguna pilihan, sama ada menggunakan bas pengantara untuk ke stesen MRT dan seterusnya destinasi akhir di dalam bandar, atau memandu kenderaan persendirian dan menggunakan kemudahan Park-And-Ride yang disediakan di beberapa stesen MRT terpilih. -- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2016

Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) bersama rakan online duduk di kerusi untuk merasai pengalaman menaiki transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) dari Stesen Mutiara Damansara ke Stesen Pusat Bandar Damansara. -Gambar fail
AWANI Tonight: Political financing: Understanding challenges behind the bill
As the government gathers input on the Political Financing Bill, Dr. Tricia Yeoh of the University of Nottingham Malaysia highlights key issues and challenges hindering the bill's passage.
AWANI Tonight: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli hospital
Mourners gathered at Al-Ahli Arab Baptist Hospital to bid farewell to Palestinian victims of Israeli strikes on Gaza City, amidst widespread destruction and debris.
AWANI Tonight: M'sia ready to accept 15 Palestinian prisoners
Malaysia is prepared to accept 15 Palestinians released from Israeli prisons and resettle them here, says Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan.

Liga Super: Jumlah penyertaan pasukan hanya diketahui hujung bulan depan - MFL
Dengan hanya berbaki 44 hari lagi, ia akan menjadi tempoh yang sangat kritikal, terutama buat kelab yang sedang bergelut dengan isu kewangan.

Dua kanak-kanak hilang, dikhuatiri lemas di Batang Mukah
Mangsa Dexper Kiu Kuang Wei, 10, dan adik perempuannya Susie Kiu, 7, dikatakan tiba-tiba tenggelam dan hilang dibawa arus.

Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLIA selepas isytihar kecemasan
Datuk Kapten Norazman Mahmud mengesahkan kejadian itu, dengan menyatakan terdapat kecemasan dalam penerbangan.
#AWANITonight | 18 March 2025
#AWANITonight with Hafiz Marzukhi
-Malaysia ready to accept 15 Palestinian prisoners
-Gaza: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli Hospital
-Malaysia ready to accept 15 Palestinian prisoners
-Gaza: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli Hospital

Bazar Kraf Aidilfitri tampilkan batik tempatan, songket dan kraf tangan
Pelbagai karya pengusaha batik tempatan, tenunan songket dan hasil kraf tangan seperti beg anyaman, dokoh dan manik buatan tangan ditawarkan pada Bazar Kraf Aidilfitri di Kompleks Kraf Conlay di sini.

Polis serbu stor dan makmal haram, rampas dadah dianggar RM40 juta
Polis merampas pelbagai dadah seberat 274.14 kilogram dianggar bernilai RM38.9 juta dalam serbuan di stor dan makmal pemprosesan haram di empat lokasi berasingan di sini Khamis lepas.

Palestin desak campur tangan segera antarabangsa henti genosid Israel di Gaza
Tentera Israel menyerang Semenanjung Gaza awal pagi Selasa, membunuh lebih 320 orang dan mencederakan ratusan yang lain.

Hari Kebangsaan: MRT laluan Putrajaya dipenuhi wajah-wajah ceria
Perkhidmatan MRT beroperasi selama 24 jam pada 30 dan 31 Ogos bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan.

Lorong bas Jalan Klang Lama: Pengguna jalan raya diharap beri maklum balas membina - Exco
Pengguna jalan raya di laluan projek percubaan lorong bas di Jalan Klang Lama, di sini diharap dapat bekerjasama dan memberi maklum balas membina sepanjang tempoh percubaan perkhidmatan itu.

Rapid Rail lakar sejarah, rekod sejuta pengguna dalam sehari
Jumlah itu adalah yang paling tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.

Koc wanita MRT laluan Putrajaya mula Isnin ini - Rapid Rail
Koc wanita bagi Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini.

Deloitte Malaysia, MRT Corp tandatangani perjanjian hak penamaan stesen MRT
Deloitte Malaysia telah melancarkan stesen MRT Deloitte TTDI pada Selasa, menandakan integrasinya ke dalam rangkaian 29 stesen di sepanjang laluan MRT Kajang.

Kadar kes gangguan seksual wanita di pengangkutan awam berjaya diturunkan
Kejayaan berkenaan berikutan pengenalan koc wanita selama tiga bulan di MRT Laluan Kajang bermula September lalu.

Penganggur tunjuk kemaluan di MRT didenda RM2,000
Tindakan seorang penganggur menunjukkan kemaluannya kepada seorang wanita di Transit Aliran Massa (MRT), mengundang padah apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Jumaat.

Rapid KL nafi berlaku letupan libatkan tren MRT
Rapid KL menafikan berlakunya letupan atau kebakaran melibatkan sebuah tren Transit Aliran Massa (MRT), laluan Kajang petang tadi seperti yang tular menerusi media sosial.

Dua perkhidmatan percubaan bas perantara bagi laluan T545 dan T569 bermula Isnin
Kedua-duanya akan beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 11.30 malam dengan kekerapan setiap 15 minit dan tambang RM1.

Gangguan seksual: Percubaan operasi koc wanita MRT laluan Kajang hujung bulan ini
Percubaan operasi bagi koc wanita untuk perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang akan dimulakan pada hujung bulan ini.