KUALA LUMPUR: Koc wanita bagi Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd., Amir Hamdan.
Beliau berkata pelaksanaan inisiatif berkenaan adalah bagi menyediakan perjalanan yang lebih selesa dan selamat bagi penumpang wanita yang merangkumi 60 peratus daripada jumlah pengguna rel.
Selain itu, ia adalah kesinambungan daripada projek perintis koc wanita di MRT laluan Kajang yang dilaksanakan pada 18 Sept tahun lepas.
Amir berkata sebanyak 36 stesen dan 49 tren di MRT laluan Putrajaya telah dipasang dengan pelekat khas berwarna merah jambu bagi memudahkan pengguna mengenal pasti koc wanita yang terletak di bahagian tengah setiap tren.
"Sejak diperkenalkan, inisiatif koc wanita telah mendapat sambutan yang baik daripada pengguna dan data yang dicerap menunjukkan bilangan aduan berkaitan kes gangguan seksual di MRT laluan Kajang telah menurun daripada purata 3.2 kes kepada dua kes sebulan," katanya pada sidang media di KL Sentral di sini hari ini.
Amir berkata kira-kira 300 hingga 400 penumpang boleh dimuatkan pada dua koc wanita laluan MRT Putrajaya bagi setiap perjalanan dan polis bantuan juga turut ditugaskan bagi membuat pemantauan secara berkala di dalam tren dan stesen untuk memastikan etika penggunaan koc wanita dipatuhi semua pengguna rel.
Terdahulu, Amir bersama pengurusan Rapid Rail menghiburkan hampir 100 penumpang Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya bermula dari stesen Datuk Keramat ke KL Sentral dengan mengadakan nyanyian Muzikal Raya bagi membangkitkan suasana Aidilfitri yang bakal disambut minggu depan.
Sembilan buah lagu raya didendangkan yang diketuai kumpulan Alun Tradisi antaranya 'Balik Kampung', 'Selamat Hari Raya' dan 'Bila Takbir Bergema'.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024

Sebanyak 36 stesen dan 49 tren di MRT laluan Putrajaya telah dipasang dengan pelekat khas berwarna merah jambu bagi memudahkan pengguna mengenal pasti koc wanita. - Foto Astro AWANI

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Koc wanita diperluas ke LRT Ampang/Sri Petaling mulai 31 Dis - Rapid Rail
Laluan Ampang/Sri Petaling akan menjadi laluan ketiga di bawah kendalian Rapid Rail yang memperkenalkan kemudahan koc wanita ini.

Koc wanita MRT laluan Putrajaya mula Isnin ini - Rapid Rail
Koc wanita bagi Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini.

Kadar kes gangguan seksual wanita di pengangkutan awam berjaya diturunkan
Kejayaan berkenaan berikutan pengenalan koc wanita selama tiga bulan di MRT Laluan Kajang bermula September lalu.

Gangguan seksual: Percubaan operasi koc wanita MRT laluan Kajang hujung bulan ini
Percubaan operasi bagi koc wanita untuk perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang akan dimulakan pada hujung bulan ini.

Koc wanita diceroboh: Bagaimana pula dengan hak kesamarataan jantina?
Koc wanita dikhaskan untuk golongan wanita. Jika golongan lelaki menggunakan koc khas tersebut, keselesaan kaum Hawa telah diceroboh.

Koc wanita diceroboh ... lelaki di Malaysia buta huruf ke?
Kebanyakan koc khas ini diceroboh golongan lelaki, terutamanya warga asing yang turut mengambil kesempatan meraba atau sengaja menggesel tubuh pada penumpang wanita.

Jadi mangsa gangguan seksual, RapidKL disaran sedia koc wanita
Orang ramai marah dengan apa yang terjadi dan berharap ada tindakan proaktif diambil untuk mengelakkan golongan wanita terus menjadi mangsa.