KUALA LUMPUR: Lebih sejuta pengguna Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel dan Transit Aliran Massa (MRT) di Lembah Klang berjaya direkodkan dalam masa sehari pada Rabu.
Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, jumlah itu adalah yang paling tertinggi pernah dicapai sejak penubuhannya.
Dalam kenyataan sama, Rapid Rail berkata, Laluan Kelana Jaya mencatatkan bilangan penumpang sebanyak 287,102, Laluan Ampang/Sri Petaling 224,184, Laluan Monorel 61,236, Laluan Kajang 274,302 dan Laluan Putrajaya 157,767.
Kesemua jumlah tersebut menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,004,59, peningkatan lebih 35 peratus berbanding tarikh sama pada tahun 2023 iaitu sebanyak 739,818.
Lonjakan itu dipacu dengan beberapa inisiatif yang digerakkan antaranya ialah proses penambahan kapasiti tren di Laluan Kelana Jaya dan Laluan Kajang dan pembukaan beberapa lokasi tarikan baharu di sepanjang jajaran rel.
Selain itu, Rapid Rail turut berkata beberapa acara berskala besar yang diadakan di sekitar stesen rel dan musim cuti sekolah turut menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang.
Sasaran membawa sejuta penumpang sehari juga berjaya dicapai enam bulan lebih awal daripada jangkaan yang ditetapkan.
Kejayaan itu juga disifatkan sebagai satu perkembangan yang positif selaras dengan visi dan misi syarikat induk Rapid Rail iaitu Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) dalam memajukan mobiliti dan memperkayakan pengalaman pengguna pengangkutan awam.
Antara lain, ia menjadi titik pengukur baharu untuk Rapid Rail sentiasa menyediakan perkhidmatan
yang lebih baik serta dapat menarik lebih ramai pengguna untuk beralih kepada pengangkutan awam pada masa hadapan.
Rapid Rail juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penumpang di atas sokongan berterusan terhadap perkhidmatan yang disediakan.
Farhan Hakimi
Fri May 31 2024

Beberapa acara berskala besar yang diadakan di sekitar stesen rel dan musim cuti sekolah turut menyumbang kepada peningkatan jumlah penumpang. - Foto BERNAMA

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Gangguan perkhidmatan: Operasi LRT Kelana Jaya kembali normal mulai 6 pagi Rabu
Rapid Rail memohon maaf kepada para penumpang di atas kelewatan dan kesulitan yang dialami.

Kesesakan di Stesen LRT Jelatek berpunca masalah mekanikal tren
Masalah mekanikal pada tren menjadi punca berlaku kesesakan di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek seperti yang tular di media sosial pagi ini.

Pembukaan semula LRT Laluan Kelana Jaya lancar, gangguan sistem sementara berjaya diatasi
LRT Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi hari ini dengan stabil, walaupun terdapat gangguan sementara kepada sistem keselamatan bukan kritikal.

Eskalator terbakar di Jalan Ampang bukan seliaan Rapid Rail
Rapid Rail Sdn Bhd hari ini menjelaskan eskalator di Jalan Ampang di sini, yang terlibat dengan insiden kebakaran awal pagi tadi, bukan di bawah seliaan pihaknya.

Rapid Rail umum penutupan sementara Plaza Stesen LRT Masjid Jamek
Rapid Rail mengumumkan penutupan sementara kesemua pintu keluar atau masuk di Plaza Stesen LRT Masjid Jamek mulai Khamis.

Kanvas tersekat bawah tren MRT, ramai terkandas
Hujan lebat dan angin kencang menyebabkan gangguan perkhidmatan MRT di Damansara apabila kanvas sebuah papan iklan terjatuh pada landasan.

Monorel Jalan Imbi-Hang Tuah dijamin selamat - DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi jaminan perkhidmatan monorel antara stesen Jalan Imbi dan Jalan Hang Tuah adalah selamat.