KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang bekerjasama dengan Universiti Tsinghua di China untuk menjalankan penyelidikan terhadap kajian lapangan menggunakan biodiesel sawit dalam enjin kenderaan buatan China.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata kerjasama tersebut turut melibatkan kajian makmal dan kebolehlaksanaan penghasilan biojet sawit sebagai bahan api penerbangan mampan (SAF).
"Selain itu, pihak MPOB juga mengadakan kerjasama dengan enam universiti tempatan berkenaan kajian percubaan enjin diesel dengan menggunakan adunan biodiesel B30," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (BN-Tanjung Piai) yang ingin tahu sama ada kerajaan bersedia menjalankan ujian penghasilan bio bahan api daripada minyak kelapa sawit seperti yang telah dilakukan Indonesia.
Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata pelaksanaan penggunaan biodiesel sawit adalah langkah strategik kerajaan menggalakkan penggunaan minyak sawit dalam negara, serta bertujuan mengukuh dan menstabilkan harga minyak sawit dalam jangka masa panjang.
PARLIMEN-FADILLAH (BIODIESEL) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Beliau berkata penggunaan biodiesel sawit turut menyumbang kepada kemampanan dan meningkatkan imej industri sawit negara dalam melaksanakan amalan yang mesra alam, selain mengurangkan penggunaan bahan api berasaskan fosil sekali gus mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
Menjawab soalan tambahan Wee berkenaan kekangan untuk menghasilkan bio bahan api daripada minyak sawit secara besar-besaran, Fadillah berkata antara cabaran yang dihadapi ialah kerajaan memerlukan peruntukan berjumlah RM421 juta untuk menaik taraf fasiliti depoh.
"Satu lagi ialah harga minyak. Bila Indonesia tidak mengeksport sebab menghasilkan untuk dalaman, maka harga minyak sawit naik dan harga diesel murah.
"Kalau diesel lebih murah daripada biodiesel, maka orang nak membeli minyak sawit itu akan lebih kurang berbanding apa yang ada sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 21 2023

Kerjasama tersebut turut melibatkan kajian makmal dan kebolehlaksanaan penghasilan biojet sawit sebagai bahan api penerbangan mampan (SAF). - Gambar hiasan/ Freeimages.com

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Harga minyak sawit mentah dijangka kekal RM4,500-RM4,600 setan pada Mac
Harga semerta minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal disokong paras semasa, diniagakan dalam julat RM4,500-RM4,600 setan bulan ini, menurut CGS International Securities Malaysia Sdn Bhd.

Eksport minyak sawit susut 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan pada Januari 2025 - MPOB
Jumlah eksport minyak sawit Malaysia pada Januari 2025 berkurangan sebanyak 12.94 peratus kepada 1.17 juta tan daripada 1.34 juta tan pada Disember 2024.

Malaysia perlu guna FTA untuk promosi minyak sawit di global -- MPOB
Malaysia perlu menggunakan FTA yang ada dalam kalangan negara ASEAN termasuk RCEP untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat global.

Eksport minyak sawit Malaysia susut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan pada Disember - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia pada Disember 2024 menyusut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan daripada 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

FGV, MPOB jalin kerjasama tingkat kebolehkesanan, perkasa pekebun kecil
FGV Holdings Bhd (FGV) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjalin kerjasama strategik dengan memeterai memorandum kerjasama (MoC) untuk meningkatkan kebolehkesanan dan memperkasa pekebun kecil.

Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan mandat biodiesel B40 - Johari
Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.

Pekebun kecil disaran tingkat hasil sawit hingga 10 tan setahun untuk perkukuh industri - Johari
Golongan pekebun kecil kelapa sawit disaran untuk meningkatkan kadar pengeluaran hasil antara lima hingga 10 tan metrik setahun.

Harga MSM dijangka sekitar RM4,000 satu tan menjelang akhir tahun ini - MPOB
Ketua Pengarah MPOB Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata harga MSM pada tahun lepas adalah antara RM3,800 hingga RM4,200 satu tan.

KPSM digesa lebih proaktif majukan ladang sawit terbiar untuk penanaman semula - Johari
KPSM di bawah MPOB digesa memainkan peranan proaktif memajukan ladang sawit terbiar menerusi projek penanaman semula bagi meningkatkan pengeluaran komoditi utama negara itu.

Eksport minyak Malaysia naik 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia melonjak 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai 2024 daripada 1.21 juta tan pada Jun 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).