JOHOR BAHRU: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan muda terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI).
Menterinya Chang Lih Kang berkata jawatankuasa itu akan melibatkan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia.
Beliau berkata langkah itu diambil berikutan statistik menunjukkan terdapat penurunan minat dalam kalangan pelajar lepasan sekolah yang mengikuti bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), trend yang membimbangkan kerana Malaysia dalam usaha menuju ke arah negara maju menjelang 2030.
"Jawatankuasa khas ini berperanan mencari kaedah terbaik dalam mempromosikan STEM. Kerja-kerja awal telah dilaksanakan, namun jawatankuasa ini akan bermula secara rasmi dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi," katanya selepas merasmikan Karnival Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Johor di Stadium Tertutup Arena Larkin di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi negeri Norlizah Noh dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof Dr Rosli Md Illias.
Chang berkata antara faktor menyebabkan STEM kurang diminati golongan muda ialah kesukaran menguasai aliran tersebut, proses pengajaran yang kurang menarik serta prospek pekerjaan dalam bidang itu yang masih rendah.
Menurutnya menjadi tanggungjawab kerajaan dalam mempromosikan STEM dari peringkat awal persekolahan, sama ada melalui pendidikan formal mahupun kurang formal termasuk mempelbagaikan kaedah pengajaran seperti mengadakan program Minggu Sains Negara.
"Selain itu, kita juga menyeru pemain industri khususnya syarikat besar dan perindustrian untuk sama-sama mengaplikasikan sains dan teknologi dalam perusahaan mereka, kesemua ini sedang diusahakan MOSTI," katanya.
Pada 20 Julai lepas, Chang dilapor berkata berdasarkan data KPM tahun lepas, peratusan murid menengah atas yang menyertai aliran STEM dari 2017 hingga 2022 menurun daripada 45.20 peratus kepada 40.94 peratus.
Beliau dipetik berkata kajian sama turut menunjukkan penurunan minat terhadap sains dalam kalangan pelajar kepada 40 peratus pada 2022 berbanding 66.7 peratus pada 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
![MOSTI tubuh jawatankuasa khas tingkat kesedaran terhadap STI MOSTI tubuh jawatankuasa khas tingkat kesedaran terhadap STI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686242457_TBChangLihKang.jpg)
Chang berkata jawatankuasa itu akan melibatkan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia. - Gambar fail/Bernama
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perkukuh kerjasama STI negara Kerajaan Persekutuan, negeri perkukuh kerjasama STI negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697634797_ChangLihKang.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perkukuh kerjasama STI negara
Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas sains, teknologi dan inovasi (MEXCO-STI) mengadakan mesyuarat pertamanya pada tahun ini hari ini.
![PM mahu lebih ramai penyelidik negara sumbang kepada industri PM mahu lebih ramai penyelidik negara sumbang kepada industri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693281537_KemudahanPeralihan.jpg)
PM mahu lebih ramai penyelidik negara sumbang kepada industri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih ramai penyelidik negara memberanikan diri untuk menyumbang kepada industri serta menerajui inovasi berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI).
![MOSTI tubuh jawatankuasa khas tingkat kesedaran terhadap STI MOSTI tubuh jawatankuasa khas tingkat kesedaran terhadap STI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686242457_TBChangLihKang.jpg)
MOSTI tubuh jawatankuasa khas tingkat kesedaran terhadap STI
MOSTI akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan muda terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI).
![MOSTI komited tingkat kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STI MOSTI komited tingkat kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689837496_ChangLihKang.jpg)
MOSTI komited tingkat kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STI
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sentiasa komited dalam usahanya meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI).
![MOSTI gariskan tujuh landasan utama berteraskan STI MOSTI gariskan tujuh landasan utama berteraskan STI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665279487_ChangLihKang.jpg)
MOSTI gariskan tujuh landasan utama berteraskan STI
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menetapkan tujuh fokus utama pada tahun 2023 melalui pendekatan berteraskan komuniti dan kerjasama dalam Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).
![Peluang lihat Gerhana Matahari Anulus selepas 1998 Peluang lihat Gerhana Matahari Anulus selepas 1998](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41572850418_AnitaBahari.jpg)
Peluang lihat Gerhana Matahari Anulus selepas 1998
Gerhana Matahari Anulus yang pernah terjadi 21 tahun yang lalu iaitu pada 22 Ogos 1998, di Mersing, Johor akan berlaku lagi pada 26 Disember depan.
![Pembudayaan inovasi, kreativiti berteraskan STI perlu dipertingkatkan Pembudayaan inovasi, kreativiti berteraskan STI perlu dipertingkatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71564697342_RajaMudaPerlis.jpg)
Pembudayaan inovasi, kreativiti berteraskan STI perlu dipertingkatkan
Semua pihak khususnya guru, pelajar, ibu bapa, badan bukan kerajaan dan industri perlu memberi sokongan menyeluruh bagi meningkatkan kesedaran dan minat masyarakat terhadap kepentingan STI.
![Capai kedudukan 20 terbaik dunia dalam GII menjelang 2050 - TPM Capai kedudukan 20 terbaik dunia dalam GII menjelang 2050 - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81506240047_AhmadZahidHamidi.jpg)
Capai kedudukan 20 terbaik dunia dalam GII menjelang 2050 - TPM
Kerajaan dan swasta harus bekerjasama untuk negara mencapat kedudukan ke 20 terbaik dunia dalam Laporan Indeks Inovasi Global (GII) menjelang tahun 2050.
![Kerajaan timbang cadangan tubuh pusat data berkaitan sains, teknologi dan inovasi Kerajaan timbang cadangan tubuh pusat data berkaitan sains, teknologi dan inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61442373515_WilfredMadiusTanga.jpg)
Kerajaan timbang cadangan tubuh pusat data berkaitan sains, teknologi dan inovasi
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata pangkalan data menyeluruh dan bersepadu di bawah kementeriannya itu merupakan antara syor dalam laporan Akademi Sains Malaysia.
![Jangkitan HIV, STI meningkat dalam kalangan anak muda di Thailand Jangkitan HIV, STI meningkat dalam kalangan anak muda di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61408979669_295x200.jpg)
Jangkitan HIV, STI meningkat dalam kalangan anak muda di Thailand
Menurut hasil kajian UNICEF, kira-kira 70 peratus kes baharu STI melibatkan mereka berusia antara 15 dan 24 tahun.