KUALA LUMPUR: Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas sains, teknologi dan inovasi (MEXCO-STI) mengadakan mesyuarat pertamanya pada tahun ini di sini hari ini.
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat itu dipengerusikan Menteri berkenaan Chang Lih Kang dan turut dihadiri Timbalan Menterinya Datuk Arthur Joseph Kurup, Ketua Setiausaha MOSTI Datuk Aminuddin Hassim serta Ahli Majlis Kerajaan Negeri yang terlibat secara langsung dengan STI.
MEXCO-STI bermatlamat menyelaras pelaksanaan dasar berkaitan STI, pelaksanaan program serta mewujudkan perkongsian pintar bagi memperkukuhkan kerjasama antara kerajaan pusat dan negeri.
"Pada mesyuarat MEXCO-STI hari ini, ahli-ahli telah membincangkan berkenaan pembentukan kerjasama dalam memacu bioteknologi negara di bawah BIOALLIANCE dan pembudayaan STI di peringkat akar umbi melalui Ruang Daya Cipta (RDC).
"Turut dibincangkan peluasan pelaksanaan bandar pintar dan komitmen kerajaan negeri Melaka melalui penubuhan pusat RICE iaitu Research, Innovation, Commercialisation and Entrepreneurship@UTEM Melaka," menurut kenyataan itu.
Selain itu, turut dimaklumkan dalam mesyuarat berkenaan adalah program pembangunan teknologi yang memerlukan kerjasama kerajaan negeri, antaranya Program Pembangunan Satelit Penderiaan Jauh Negara yang bertujuan meningkatkan keupayaan industri tempatan dalam pembuatan satelit dan Program Nano Kebangsaan 2023 yang merupakan platform untuk mengiktiraf pelaksanaan kajian serta pembangunan dalam teknologi nano tempatan.
Chang dalam kenyataan sama berkata beliau yakin kesemua strategi tumpuan akan berjaya dicapai menerusi kerjasama erat antara MOSTI dan kerajaan negeri melalui Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 serta Rangka Kerja 10-10 Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (10-10 MySTIE).
Beliau berkata kesemua inisiatif itu bergerak seiring untuk meluaskan pemerkasaan dan pengaplikasian sains dan teknologi bagi menyokong transformasi negara daripada pengguna teknologi kepada pencipta teknologi.
"STI memainkan peranan penting sebagai pemboleh daya bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara dan menjadi asas penggerak ke arah negara berteknologi tinggi menjelang 2030. Maka, adalah penting STI diperkukuh serta diarusperdanakan merentasi sektor dan peringkat dalam agenda pembangunan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2023
![Kerajaan Persekutuan, negeri perkukuh kerjasama STI negara Kerajaan Persekutuan, negeri perkukuh kerjasama STI negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697634797_ChangLihKang.jpg)
Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas sains, teknologi dan inovasi (MEXCO-STI) mengadakan mesyuarat pertamanya pada tahun ini hari ini. - Foto Facebook Chang Lih Kang
![Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080824_chargingdocument.jpg)
Mahkamah AS tolak pertuduhan tambahan dalam kes dokumen sulit Trump
Permohonan Trump untuk menolak pertuduhan berdasarkan pelantikan dan pembiayaan tidak sah 'Special Counsel' Jack Smith diluluskan.
![Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721079540_KEBAWAHDYMM.jpg)
Istiadat Barisan Kehormatan mulai sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Brunei
Istiadat berlangsung di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, sebuah taman terkenal di Bandar Seri Begawan.
![Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080146_VolodymyrZelenskiy.jpg)
Zelensky ingin lihat Rusia hadir ke persidangan keamanan Ukraine seterusnya
Zelensky berkata beliau telah menugaskan Kerajaan Ukraine untuk menganjurkan acara itu menjelang November tahun ini.
![Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721080159_ImranKhan.jpg)
Kerajaan Pakistan akan haramkan parti bekas PM Imran Khan yang dipenjara
Menteri Penerangan Attaullah Tarar berkata kerajaan akan memfailkan permohonan di Mahkamah Agung selepas mendapat kelulusan Kabinet.
![Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721077402_Perbendaharaan.jpg)
Tawaran pengambilalihan MAHB dijangka muktamad suku ketiga tahun ini - Kementerian Kewangan
Memandangkan tawaran itu merupakan satu urusan transaksi komersial, maka ia tidak mendatangkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan.
![PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721077062_MegatD.jpg)
PREPMA jelas tiga kriteria utama pemilihan perenang ke Paralimpik Paris
Megat Shahriman berkata, walaupun tiga atlet berjaya melepasi masa kelayakan minimum, Malaysia hanya memperoleh dua slot automatik.
![Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692702721_Rambutan.jpg)
Tercekik biji rambutan, warga emas maut sesak nafas
Kira-kira jam 8.30 malam, pihak polis dimaklumkan berkaitan kematian seorang wanita berusia 72 tahun di Klinik Kesihatan Lawin.
![Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721029437_KualaLumpur.jpg)
Sektor pembuatan Malaysia dijangka kekal berkembang
Terdapat jangkaan pemulihan dalam eksport, dengan subsektor berkaitan teknologi mungkin dapat manfaat daripada kitaran mengembang teknologi.
Olimpik: Misi tersendiri atlet Palestin
Vallerie Tarazi menegaskan matlamat utamanya adalah mewakili jutaan rakyat Palestin yang tidak dapat bersuara.
Ikan paus jarang ditemui terdampar di New Zealand
Ia dipercayai ikan paus yang dikenali dengan nama spade-toothed whale.
![Kerajaan Persekutuan, negeri perkukuh kerjasama STI negara Kerajaan Persekutuan, negeri perkukuh kerjasama STI negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697634797_ChangLihKang.jpg)
Kerajaan Persekutuan, negeri perkukuh kerjasama STI negara
Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab ke atas sains, teknologi dan inovasi (MEXCO-STI) mengadakan mesyuarat pertamanya pada tahun ini hari ini.
![PM mahu lebih ramai penyelidik negara sumbang kepada industri PM mahu lebih ramai penyelidik negara sumbang kepada industri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61693281537_KemudahanPeralihan.jpg)
PM mahu lebih ramai penyelidik negara sumbang kepada industri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih ramai penyelidik negara memberanikan diri untuk menyumbang kepada industri serta menerajui inovasi berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI).
![MOSTI tubuh jawatankuasa khas tingkat kesedaran terhadap STI MOSTI tubuh jawatankuasa khas tingkat kesedaran terhadap STI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41686242457_TBChangLihKang.jpg)
MOSTI tubuh jawatankuasa khas tingkat kesedaran terhadap STI
MOSTI akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi meningkatkan kesedaran masyarakat khususnya golongan muda terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI).
![MOSTI komited tingkat kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STI MOSTI komited tingkat kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689837496_ChangLihKang.jpg)
MOSTI komited tingkat kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STI
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sentiasa komited dalam usahanya meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI).
![MOSTI gariskan tujuh landasan utama berteraskan STI MOSTI gariskan tujuh landasan utama berteraskan STI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81665279487_ChangLihKang.jpg)
MOSTI gariskan tujuh landasan utama berteraskan STI
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menetapkan tujuh fokus utama pada tahun 2023 melalui pendekatan berteraskan komuniti dan kerjasama dalam Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).
![Peluang lihat Gerhana Matahari Anulus selepas 1998 Peluang lihat Gerhana Matahari Anulus selepas 1998](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/41572850418_AnitaBahari.jpg)
Peluang lihat Gerhana Matahari Anulus selepas 1998
Gerhana Matahari Anulus yang pernah terjadi 21 tahun yang lalu iaitu pada 22 Ogos 1998, di Mersing, Johor akan berlaku lagi pada 26 Disember depan.
![Pembudayaan inovasi, kreativiti berteraskan STI perlu dipertingkatkan Pembudayaan inovasi, kreativiti berteraskan STI perlu dipertingkatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/71564697342_RajaMudaPerlis.jpg)
Pembudayaan inovasi, kreativiti berteraskan STI perlu dipertingkatkan
Semua pihak khususnya guru, pelajar, ibu bapa, badan bukan kerajaan dan industri perlu memberi sokongan menyeluruh bagi meningkatkan kesedaran dan minat masyarakat terhadap kepentingan STI.
![Capai kedudukan 20 terbaik dunia dalam GII menjelang 2050 - TPM Capai kedudukan 20 terbaik dunia dalam GII menjelang 2050 - TPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-09/81506240047_AhmadZahidHamidi.jpg)
Capai kedudukan 20 terbaik dunia dalam GII menjelang 2050 - TPM
Kerajaan dan swasta harus bekerjasama untuk negara mencapat kedudukan ke 20 terbaik dunia dalam Laporan Indeks Inovasi Global (GII) menjelang tahun 2050.
![Kerajaan timbang cadangan tubuh pusat data berkaitan sains, teknologi dan inovasi Kerajaan timbang cadangan tubuh pusat data berkaitan sains, teknologi dan inovasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-09/61442373515_WilfredMadiusTanga.jpg)
Kerajaan timbang cadangan tubuh pusat data berkaitan sains, teknologi dan inovasi
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata pangkalan data menyeluruh dan bersepadu di bawah kementeriannya itu merupakan antara syor dalam laporan Akademi Sains Malaysia.
![Jangkitan HIV, STI meningkat dalam kalangan anak muda di Thailand Jangkitan HIV, STI meningkat dalam kalangan anak muda di Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61408979669_295x200.jpg)
Jangkitan HIV, STI meningkat dalam kalangan anak muda di Thailand
Menurut hasil kajian UNICEF, kira-kira 70 peratus kes baharu STI melibatkan mereka berusia antara 15 dan 24 tahun.