KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sentiasa komited dalam usahanya meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi (STI).
Menterinya Chang Lih Kang berkata ini kerana STI berupaya menambah baik kualiti kehidupan seharian dan usaha itu akan diterjemahkan menerusi slogan 'Merakyatkan Sains, Menginsankan Teknologi'.
Beliau berkata berdasarkan data Kementerian Pendidikan tahun lepas, peratusan murid menengah atas yang menyertai aliran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dari tahun 2017 hingga 2022 mencatatkan penurunan daripada 45.20 peratus kepada 40.94 peratus.
"Hasil dapatan Kajian Kesedaran Awam Mengenai STI Malaysia 2022 yang dilakukan Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC) MOSTI mendapati antara empat sebab utama enrolmen rendah dalam aliran sains adalah kerana minat pelajar lebih cenderung terhadap bidang bukan berteraskan sains.
"Selain itu sains adalah mata pelajaran sukar untuk difahami, sukar untuk dikuasai dan tidak berminat dengan bidang sains di sekolah," katanya dalam ucapan ketika melancarkan Perkhidmatan Pembelian Tiket Dalam Talian (e-tiket) Pusat Sains Negara, di sini hari ini.
Beliau berkata kajian sama turut menunjukkan penurunan minat dalam sains bagi kalangan pelajar kepada 40 peratus pada 2022 berbanding 66.7 peratus pada 2019.
"Oleh itu, 81.1 peratus responden kajian kesedaran memberi cadangan untuk menggabungkan aktiviti praktikal di dalam kelas sebagai salah satu cara terbaik untuk meningkatkan minat pelajar dalam sains, selain mewujudkan kesedaran tentang sains bermula di sekolah rendah serta memberi lebih banyak pendedahan berkaitan sains dan kehidupan seharian," katanya.
Chang berkata bagi menyokong usaha pembudayaan dan mempromosikan STI di Malaysia secara holistik, satu rangkaian kerjasama berpusat melibatkan institusi pembelajaran sains bukan formal iaitu Rangkaian Kolaborasi Pusat Sains Malaysia (MySCENT) telah ditubuhkan.
Beliau berkata selaras dengan penubuhan MySCENT, pelbagai aktiviti pembudayaan STI yang lebih strategik, dinamik dan seiring dengan trend global semasa dapat dilaksanakan dengan lebih meluas dan berkesan.
"Diharap usaha memperkasakan pembelajaran sains bukan formal dengan kerjasama bersepadu daripada pelbagai rakan strategik dapat memberi manfaat dan impak yang besar dalam menarik kembali minat generasi terhadap bidang STEM," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Perkhidmatan Pembelian Tiket Dalam Talian Melalui Sistem e-Ticketing Pusat Sains Negara hari ini. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah
Planetarium Negara berhasrat menggabungkan elemen sains dan seni dalam produk pamerannya bagi menyemai minat orang ramai, terutama generasi muda, dalam bidang sains astronomi.

Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI
Kejayaan Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).

MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.

INNOVATHON 2: '4 Mix' ditabal pemenang minggu ke-3, pamer inovasi tampal jalan berlubang
Inovasi ini mampu menurap jalan berlubang dalam masa lima minit menggunakan campuran bahan batu kelikir yang dibuang.

NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.

MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.