KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih ramai penyelidik negara memberanikan diri untuk menyumbang kepada industri serta menerajui inovasi berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI).
Beliau juga menyeru pihak industri supaya membuka lebih banyak peluang kerjaya untuk pekerja berilmu dan berkemahiran tinggi ke arah mempertingkat prestasi masing-masing.
"Saya gusar bahawa data menunjukkan 87.5 peratus penyelidik di Malaysia berkhidmat di institusi pengajian tinggi dan pusat penyelidikan awam berbanding negara lain di rantau Asia Tenggara seperti Thailand dan Singapura di mana 50 peratus dan ke atas penyelidik berada di sektor industri.
"Saya lontarkan cabaran kepada hadirin dan hadirat sekalian sebagai pakar dan ilmuan untuk menjadi pemacu perubahan, bergerak supaya lebih berdaya saing dan mampan, memperkukuh ekosistem STI negara, membangunkan bakat yang sejajar dan memanfaatkan rakyat melalui STI harus menjadi keutamaan," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Penganugerahan Felo Akademi Sains Malaysia dan Pengiktirafan Top Research Scientists Malaysia 2023 di sini malam ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Anwar juga berkata beliau menyokong syor di dalam Pelan Hala Tuju Penyelidikan, Pembangunan, Pengkomersilan dan Inovasi (RDCI) iaitu mewujudkan satu Platform Inovasi Nasional untuk membawa pihak yang mencari penyelesaian serta yang memberikan penyelesaian ke arah mempertingkat prestasi inovasi negara.
Beliau berkata ia penting bagi menghidupkan semula kepercayaan rakyat terhadap STI dalam merealisasikan kemajuan sosioekonomi.
"Komuniti saintifik negara juga harus mengubah cara kerja supaya berorientasikan misi dan menjurus kepada pemberian penyelesaian serta merungkaikan cara untuk laksanakan sesuatu inisiatif secara menyeluruh dan efektif.
"Penterjemahan ilmu, penemuan baharu dan hasil penyelidikan kepada penyelesaian bagi cabaran yang dihadapi negara serta masyarakat patut menjadi fokus utama ke arah menjana impak positif," katanya.
Perdana Menteri berkata untuk merealisasikan aspirasi STI negara, komuniti saintifik Malaysia perlu berkolaborasi dengan efektif bersama-sama kerajaan, industri dan masyarakat sivil bagi membolehkan negara mencapai sasaran berada di kedudukan antara 30 negara teratas dalam Indeks Inovasi Global (GII) menjelang 2025.
"Saya juga ingin menyarankan supaya semua badan pemikir yang ada di negara ini bersatu di bawah satu perikatan badan pemikir negara dalam memberikan input holistik berpaksikan pemikiran masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih ramai penyelidik negara memberanikan diri untuk menyumbang kepada industri serta menerajui inovasi berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI). - Gambar fail/BERNAMA

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

PM mahu lebih ramai penyelidik negara sumbang kepada industri
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu lebih ramai penyelidik negara memberanikan diri untuk menyumbang kepada industri serta menerajui inovasi berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI).