KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Cradle Fund telah mengenal pasti beberapa syarikat yang berpotensi menjadi syarikat 'soonicorn' dengan setakat ini 22 peratus daripadanya adalah syarikat bumiputera.
Menurut MOSTI syarikat bumiputera yang berpotensi itu terlibat dalam pelbagai bidang seperti perkhidmatan dron dan pasaran digital.
Syarikat 'soonicorn adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan syarikat pemula niaga yang mungkin menjadi syarikat 'unicorn' dalam masa terdekat dengan nilai syarikat masih di bawah US$1 bilion.
Sementara itu MOSTI berkata VentureTECH yang diberi mandat pelaburan pelbagai peringkat dalam syarikat bumiputera telah melabur sebanyak 21 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburannya dalam syarikat pemula niaga yang berpotensi antaranya Aerodyne, Cell Tissue, Bayo Pay, Bateriku, TXMR dan juga SS Rover.
"79 peratus daripadanya adalah dalam kategori mezzanine," kata MOSTI menerusi jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen, semalam.
Kementerian itu berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) yang ingin mengetahui mengenai syarikat 'soonicorn' bumiputera dan langkah untuk merancakkan ekosistem syarikat pemula tempatan serta hala tuju bagi menjadikan Malaysia sebagai hab pemula dan digital serantau.
MOSTI berkata bagi 2024 terdapat beberapa lagi syarikat pemula niaga bumiputera yang berpotensi dalam perancangan pelaburan VentureTECH yang kini sedang menjalani proses penilaian pelaburan.
Bagi melonjakkan ekosistem pemula niaga negara dan mewujudkan syarikat pemula niaga yang berdaya saing di peringkat antarabangsa, MOSTI telah melancarkan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup Malaysia (SUPER) 2021-2030 pada November 2021 serta Strategi Tindakan MYStartup.
"MOSTI akan terus menyokong pembangunan ekosistem pemula niaga Malaysia secara menyeluruh melalui program pembiayaan, pelaburan dan pembangunan kapasiti kepada syarikat pemula niaga negara," katanya.
Mengenai hala tuju untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pemula dan digital serantau, MOSTI berkata negara akan memperkukuhkan ekosistem pemula niaga serantau melalui Inisiatif ASEAN Technology Startup.
"Malaysia akan memainkan peranan yang lebih penting sebagai pemacu hab pemula niaga dan digital serantau yang inovatif dan berdaya saing, sambil mempertingkat kerjasama serantau, menjelang kepengerusian ASEAN 2025.
"Selain itu, sebuah platform serantau akan dibangunkan yang bakal menghubungkan syarikat pemula niaga dengan pelabur, sokongan program pembangunan kapasiti dan rakan kongsi strategik dari seluruh ASEAN dan menyokong program yang memupuk inovasi dan pembangunan teknologi di negara-negara ASEAN," kata kementerian tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2024

MOSTI berkata bagi 2024 terdapat beberapa lagi syarikat pemula niaga bumiputera yang berpotensi dalam perancangan pelaburan VentureTECH yang kini sedang menjalani proses penilaian pelaburan.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Gabungan sains, seni galak pengunjung ke Planetarium Negara - Pengarah
Planetarium Negara berhasrat menggabungkan elemen sains dan seni dalam produk pamerannya bagi menyemai minat orang ramai, terutama generasi muda, dalam bidang sains astronomi.

Pelancaran UZMA SAT-1 bukti kejayaan Dasar Angkasa Negara 2030 - MOSTI
Kejayaan Uzma Berhad melancarkan satelit penderiaan jauh pertama miliknya UZMA SAT-1 awal pagi tadi, menjadi bukti pencapaian dalam pelaksanaan Dasar Angkasa Negara 2030 (DAN2030).

MOSTI, MITI bincang langkah atasi kemungkinan sekatan eksport ke atas cip AI
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata impak yang mungkin timbul daripada hal itu boleh menjadi signifikan bagi Malaysia namun, laporan tersebut masih belum dapat disahkan.

INNOVATHON 2: '4 Mix' ditabal pemenang minggu ke-3, pamer inovasi tampal jalan berlubang
Inovasi ini mampu menurap jalan berlubang dalam masa lima minit menggunakan campuran bahan batu kelikir yang dibuang.

NASA, MOSTI perkukuh kerjasama angkasa
Malaysia dan NASA memperkukuh kerjasama dalam teknologi angkasa, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebagai pemain utama di arena angkasa global.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Nuklear dipertimbangkan sebagai sumber tenaga negara
Kerajaan sedang mempertimbangkan penggunaan tenaga nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

MyGenom: Kos perubatan boleh dikurangkan dengan memahami genetik populasi - MOSTI
Kejayaan Projek MyGenom bakal diterjemahkan dalam pembentuk penjimatan kos perkhidmatan perubatan melalui pemberian rawatan yang lebih sesuai mengikut genetik populasi Malaysia.

MOSTI terus perkasa program Malaysia Techlympics, STEM
MOSTI akan terus memperkasa pelaksanaan program Malaysia Techlympics dan inisiatif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.