KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berpandangan isu penangguhan bayaran balik pinjaman perumahan penjawat awam perlu dilihat dalam konteks isi rumah, bukannya sebagai individu yang tidak mempunyai tanggungan.
Presidennya, Adnan Mat berkata Cuepacs mengakui sekiranya dilihat daripada sudut individu penjawat awam sememangnya mereka tidak terkesan dari segi pendapatan.
Bagaimanapun dari sudut isi rumah, hampir 50 peratus pasangan mereka tidak bekerja di sektor kerajaan serta turut terkesan dengan pandemik yang melanda negara ketika ini.
"Tidak salah jika Cuepacs membawa suara mereka ini kerana mereka turut terjejas apabila pasangan masing-masing tidak lagi boleh berniaga, dipotong gaji malah ada yang diberhentikan kerja. Selain itu, kebanyakan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan melihat daripada kesan langsung kepada isi rumah dan bukannya individu semata-mata," katanya.
BACA: Moratorium pinjaman: Ketahui bagaimana anda boleh memohon
BACA: Cuepacs syor LPPSA beri moratorium 6 bulan
BACA: PEMULIH: Pengeluaran i-Citra KWSP sehingga RM5,000, moratorium enam bulan - PM Muhyiddin
Beliau berkata demikian semasa mengulas kenyataan seorang bekas menteri yang mempersoalkan alasan di sebalik permohonan Cuepacs menggesa kerajaan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) melakukan penangguhan bayaran balik pinjaman perumahan penjawat awam sepertimana yang ditawarkan pelbagai bank swasta.
Adnan berkata kebanyakan penjawat awam memohon pinjaman LPPSA dengan mengemukakan pendapatan bersama pasangan masing-masing bagi membolehkan pembiayaan diluluskan.
"Sekiranya LPPSA membenarkan penangguhan bayaran pinjaman dilakukan, mereka yang terbabit akan mempunyai lebihan pendapatan yang boleh digunakan untuk merancang kembali kewangan serta membantu keluarga yang dalam kesusahan," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sun Jul 04 2021

Menurut Adnan, dari sudut isi rumah, hampir 50 peratus pasangan mereka tidak bekerja di sektor kerajaan serta turut terkesan dengan pandemik yang melanda negara ketika ini. - Gambar fail/BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital
Jabatan itu memaklumkan usaha pemodenan perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan kelangsungan tenaga kerja dalam jangka masa panjang.

Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kejayaan luar biasa Kastam kutip hasil RM65.57 bilion bukti reformasi kerajaan - Cuepacs
Kejayaan JKDM dalam meningkatkan hasil negara membuktikan bahawa reformasi sistem percukaian dalam menutup ketirisan telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji
Penjawat awam perlu kurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudah proses untuk memastikan sesuatu perkara dapat diselesaikan.

Lelaki mengamuk ketika operasi di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang didapati positif dadah
Lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata kesat ketika operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang malam tadi didapati berada di bawah pengaruh dadah.

Op Sky: 18 individu lagi akan dipanggil - Azam Baki
Seramai 18 individu akan dipanggil SPRM dalam masa terdekat untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan sindiket tawar pinjaman.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tiga penjawat awam antara lima individu ditahan rasuah balak libatkan RM1 juta
Lima individu termasuk tiga penjawat awam yang disyaki memberi dan menerima rasuah melibatkan nilai RM1 juta bagi mendapatkan kawasan pembalakan.

445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.

Penggiliran kerja petugas kaunter dilaksanakan secara berfasa - KSN
Pelaksanaan sistem penggiliran kerja bagi penjawat awam yang telah berkhidmat lebih lima tahun di kaunter perkhidmatan telah dilaksanakan bermula Januari lepas secara berfasa.