KUALA LUMPUR: Kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bahawa kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk mengarah bank-bank untuk moratorium secara automatik sukar diterima Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Menurut Asyraf Wadji, alasan 'simplistic' itu tidak boleh diguna pakai kerana kerajaan memiliki tiga punca kuasa utama yang memberi peruntukan kuasa besar untuk mengarahkan bank-bank menawarkan moratorium secara automatik.
Dalam kenyataan yang dikongsi pada Rabu, Asraf Wajdi menggariskan tiga punca kuasa utama yang memberi peruntukan kuasa besar untuk kerajaan melalui Menteri Kewangan mengarahkan bank-bank menawarkan moratorium secara automatik:
1) Seksyen 72 dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Akta 701)
- Ia secara jelas memberikan peruntukan kuasa kepada Jemaah Menteri (kerajaan) untuk ‘overrule’ atau membatalkan sebarang keputusan yang dibuat Bank Negara Malaysia (BNM), manakala BNM sebagai pelaksana dasar perlu patuh kepada sebarang arahan menteri bertanggungjawab.
2) Seksyen 6 dan 7 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758)
- Ini juga memberikan peruntukan kuasa yang jelas untuk Menteri Kewangan mengarahkan BNM berkenaan dasar-dasar yang berkaitan dalam kewangan dan perbankan.
3) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021
- Ia memberikan kerajaan kuasa penuh untuk mengadakan sebarang peraturan baharu mahupun mengatasi (overule) sebarang undang-undang bertulis sedia ada demi mencapai matlamat Proklamasi Darurat.
Malah, jelas Asyraf Wajdi, tanpa Ordinan Darurat sekalipun, dua undang-undang sedia ada memperuntukkan kuasa Menteri Kewangan yang amat besar.
“Ia sehingga boleh mengarahkan mahupun mengatasi (overule) sebarang keputusan BNM apatah lagi bank-bank komersil.
“Selain kuasa yang diperuntukan oleh undang-undang bertulis, kerajaan juga boleh menggunakan kuasa melalui pegangan saham yang dimiliki dalam bank-bank utama melalui GLC/ GLIC.
“Contohnya ialah Tabung Haji, KWSP, PNB dan KWAP memiliki 82% pegangan saham dalam Bank Islam. Khazanah Nasional pula memiliki 30% dalam Bank Muamalat. PNB, KWSP dan KWAP memiliki 62% dalam Maybank dan 62.1% CIMB Bank,” ujarnya lagi.
Lantaran itu, Asyraf menyarankan kerajaan memanfaatkan sepenuhnya kuasa yang ada sebagaimana yang dinyatakan untuk mengarahkan bank-Bank yang ternyata mencatat keuntungan mencecah berbilion ringgit hanya pada suku tahun pertama 2021 sahaja, untuk menawarkan moratorium secara automatik.
Terdahulu, Tengku Zafrul memaklumkan, kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada boleh memberikan moratorium atau tidak kerana ia adalah keputusan di antara BNM dan bank-bank.
Faris Danial Razi
Wed Jun 02 2021
Jelas Asyraf Wajdi, tanpa Ordinan Darurat sekalipun, dua undang-undang sedia ada memperuntukkan kuasa Menteri Kewangan yang amat besar. - Gambar fail BERNAMA
Jalan berlubang bukan benam atau mendapan tanah tambak
Kejadian jalan berlubang yang berlaku di Jalan Syed Abdul Aziz, Melaka Raya, disahkan bukan akibat mendapan tanah tambak.
Perkasa tatakelola institusi infaq, jangan khianati amanah - Mohd Na'im
Sebarang bentuk ketidaktelusan dan penyelewengan akan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap institusi yang terlibat, sekali gus menyebabkan mereka tidak lagi berminat untuk bersedekah.
Tidak perlu guna MyDigital ID untuk MyJPJ bermula 10 Okt - Loke
Orang ramai tidak perlu menggunakan MyDigital ID untuk mendaftar masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Oktober ini, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Pasukan petugas khas KKM siasat kematian pakar patologi
Kementerian Kesihatan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat insiden kematian seorang pakar perubatan patologi di Lahad Datu, baru-baru ini.
PM Anwar tiba di Islamabad untuk Lawatan Negara, disambut Shehbaz Sharif
Pesawat khas yang membawa Anwar mendarat di Pangkalan Udara Nur Khan, Rawalpindi di sini, jam 7.55 malam waktu tempatan.
Pelajar tingkatan satu maut jatuh bangunan
Polis mengesahkan seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu maut selepas terjatuh dari bangunan di sebuah sekolah di Jalan Syed Putra pada Selasa.
Sepanyol evakuasi 350 warganya dari Lubnan susulan ketegangan
350 individu itu menyatakan hasrat untuk kembali ke Sepanyol berikutan situasi tegang di Asia Barat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 2 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (02 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'MRSM Terendak paling daif, uzur' - Asyraf Wajdi lulus peruntukan RM400,000 untuk baik pulih
MRSM Terendak yang mempunyai 663 pelajar itu adalah yang paling teruk pernah dilawatinya, sehingga terdapat najis tikus di dapur masak Dewan Selera sekolah berkenaan.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
'Ini ikan tenggiri?'- Asyraf Wajdi terjah dewan makan MRSM
Menu makan malam yang ditetapkan dalam piawaian Majlis Amanah Rakyat (Mara) didakwa tidak diikuti oleh pengusaha dewan selera Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Taiping, Perak.
Keracunan makanan: Dewan makan MRSM Taiping sudah diarah tutup - Exco Perak
Jabatan Kesihatan Perak telah mengarahkan dewan makan MRSM Taiping ditutup susulan kejadian keracunan makanan yang melibatkan pelajar maktab berkenaan pada 30 dan 31 Ogos lalu.
PRK Mahkota: Seluruh jentera Kerajaan Perpaduan digerak sepenuhnya - Asyraf Wajdi
Seluruh jentera parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan akan digerakkan sepenuhnya pada PRK DUN Mahkota, Johor bagi memenangi hati serta sokongan pengundi.
PAU 2024: 72 bahagian bawa usul minta UMNO terus perjuang keadilan, pengampunan penuh buat Najib
Daripada 171 usul diterima, 72 daripadanya menuntut keadilan dan pengampunan penuh buat bekas Perdana Menteri, Najib Razak.
[TIDAK RASMI] BN menang PRK DUN Nenggiri - Asyraf Wajdi
Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri menyaksikan Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerus itu.
PAU 2024: Isu kerjasama politik GRS dan UMNO tidak akan dibincangkan - Asyraf Wajdi
Isu melibatkan kerjasama politik di antara Gerakan Rakyat Sabah (GRS) dengan UMNO menuju ke PRN Sabah tidak akan dibincangkan dalam PAU 2024.
Kemenangan BN di Nenggiri bolehkan suara pembangkang lebih didengari
Kemenangan itu menjadikan mekanisme semak dan imbang di negeri Kelantan lebih efektif.