KUALA LUMPUR: Zest-i Account merupakan akaun patuh syariah dan akaun pertama dalam Maybank Islamic yang menawarkan hadiah lumayan sepanjang tahun yang diberikan setiap bulan, suku tahun dan juga tahunan.

Tahun ini, buat julung kalinya, hadiah utama berupa wang tunai RM1 juta ditawarkan, dan pemenangnya akan diumumkan pada suku pertama tahun 2025 depan selepas pengiraan penyertaan akhir tahun, di mana pemenang dipilih secara telus mengikut mekanisme kempen yang telah ditetapkan untuk 2024.
    
Selain itu, hadiah-hadiah lumayan lain yang ditawarkan termasuklah kereta Perodua Ativa, Proton X70, 1kg emas digital yang akan dikreditkan ke Maybank Islamic Gold Account-i, iPhone 15 Pro, MacBook Air 13” M2, wang tunai, dan banyak lagi.

Menjelang Ogos 2024, sebanyak lapan Perodua Ativa dan tiga Proton X70 telah dimenangi oleh peserta bertuah, selain 1,503 hadiah lain yang diagihkan kepada pemenang di seluruh negara.



Ini antara kisah inspirasi para pemenang.

Pemenang Zest-i Disember 2023 (Perodua Ativa)

Kalai Vani a/p Sree Ramalu, seorang eksekutif pentadbiran berusia 40 tahun, membuka Zest-i Account pada Disember tahun lalu atas cadangan suaminya, sekadar untuk menambah simpanan.

Namun, kejutan berlaku apabila beliau menerima panggilan daripada cawangan Maybank yang membawa berita menggembirakan iaitu beliau telah memenangi sebuah Perodua Ativa.

Teruja dengan kemenangan itu, suaminya turut mengambil keputusan untuk membuka Zest-i Account, berharap rezeki mungkin akan berpihak kepadanya pula.

Pemenang Zest-i Julai 2024 (Proton x70)

Muhammad Nasaruddin Amir, seorang juruelektrik berusia 25 tahun, telah menggunakan Zest-i Account sejak 2022 untuk pengkreditan gaji.

Beliau tidak menyangka namanya diumumkan sebagai pemenang Proton X70 bagi bulan Julai.

Menurutnya, kemenangan ini memberikan dorongan tambahan untuk terus menyimpan, bukan sahaja melalui potongan gaji, tetapi juga untuk menjadi lebih berdisiplin dalam menguruskan kewangan peribadi.

Beliau turut menyatakan bahawa kejayaan ini menjadikannya untuk lebih bertanggungjawab dalam menguruskan sumber kewangan serta memperkukuhkan komitmen terhadap tabungan untuk masa depan yang lebih stabil dan selamat.



Pemenang Zest-i Julai 2024 (Perodua Ativa)

Muhd Faiz Ahmad, seorang guru dari SK Bandar Penawar, Johor, membuka Zest-i Account sekadar untuk menambah simpanan.

Apabila dihubungi oleh cawangan Maybank Sg. Rengit, beliau sempat meragui berita kemenangannya. Namun, selepas menyemak di laman sesawang Maybank, barulah beliau percaya bahawa beliau adalah  pemenang hadiah bulanan — sebuah Perodua Ativa.

Terinspirasi oleh kejayaan suaminya, isterinya juga telah membuka Zest-i Account, membuktikan bagaimana Zest-i memberi peluang kepada semua untuk meraih kejayaan dan membawa pulang hadiah menarik daripada cabutan Zest-i Account.

Setiap pemenang berkongsi rasa syukur atas hadiah yang diterima dan mengakui bahawa Zest-i telah memberi mereka peluang lebih besar untuk merancang masa depan kewangan yang lebih stabil.

Mungkinkah anda yang akan membawa pulang hadiah utama RM1 juta tunai? Atau mungkin sebuah kereta baharu?

Rezeki tidak pernah salah alamat, tetapi anda perlu mencuba!

Buka Zest-i Account Sekarang!

Mohon secara dalam talian melalui aplikasi MAE atau laman web Maybank2u.

Kekalkan baki serendah RM200 setiap bulan dalam akaun untuk peluang memenangi pelbagai hadiah menarik bernilai RM5 juta.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi jutawan pertama Zest-i Account Maybank Islamic!

Untuk maklumat lanjut, layari maybank.my/zesti