KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, beliau mengesyaki Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam 'perancangan' berkaitan projek usaha sama antara syarikat pelaburan strategik negara dan PetroSaudi International Ltd (PSI).
Portal Berita Harian melaporkan, Mohd Bakke yang juga saksi pendakwaan ke-13 ketika menjawab soalan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada sesi pemeriksaan balas, berkata disebabkan itu beliau tidak menemui bekas Perdana Menteri itu sebelum meletak jawatan pada 2009.
Mohd Bakke berkata, apa yang menguatkan lagi rasa curiganya terhadap Najib ialah bagaimana kaedah suntikan dana AS$1 bilion oleh 1MDB melalui usaha sama itu dipersetujui.
Menurut Mohd Bakke, rasa curiga itu timbul kerana projek usaha sama berkenaan dilakukan dengan tergesa-gesa yang turut menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan Ahli Lembaga Pengarah (BOD) yang lain ketika mesyuarat BOD pada 18 September 2019 apabila mereka mengetahui kaedah pelaburan itu dilaksanakan.
"Dalam mesyuarat BOD pada 26 September, BOD mengambil keputusan untuk meluluskan projek itu tertakluk kepada beberapa syarat.
"Sekali lagi, BOD mengingatkan pengurusan untuk mematuhi beberapa syarat, tetapi pada masa sama perjanjian usaha sama itu ditandatangani dengan dana bagi projek berkenaan dibahagikan menyebabkan kami berasa terkejut," katanya pada perbicaraan terhadap Najib dalam kes pindaan laporan akhir pengauditan 1MDB.
Mahkamah sebelum ini diberitahu dalam perbicaraan kes penyelewengan dana 1MDB dihadapi Najib, melalui kerjasama 1MDB-PSI itu, 1MDB menyuntik dana berjumlah AS$1 bilion sebagai modal permulaan yang dibayar secara tunai.
Bagaimanapun, daripada jumlah itu AS$700 juta dilencongkan ke dalam syarikat Good Star Ltd yang kemudian didapati merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
Mahkamah juga diberitahu bahawa perjanjian usaha sama 1MDB-PetroSaudi PSI meninggalkan hutang berjumlah AS$700 juta, berpunca daripada pindahan dana 1MDB kepada Good Star.
Muhammad Shafee kemudian mempersoalkan mengapa saksi menyalahkan Najib sedangkan pihak pengurusan yang tidak mengikuti arahan BOD dan beliau (Mohd Bakke) juga tidak memberikan taklimat kepada Najib berhubung ketidakpatuhan itu.
Mohd Bakke berkata, beliau boleh merumuskan bahawa jika tidak kerana panggilan telefon yang dibuat Najib (melalui telefon Jho Low), BOD tidak akan mempercepatkan projek usaha sama itu yang boleh dibuat mengikut proses normal.
Pada peringkat itu, Muhammad Shafee menyatakan bahawa saksi tidak menjawab soalan dan asyik mengulang perkara sama setiap kali ditanyakan mengapa beliau mengesyaki Najib.
"Saya bersama kamu dan mahu 'hentam' pengurusan. Kenapa kamu hendak hentam Perdana Menteri sedangkan BOD diperdayakan? Saya tidak mempersoalkan integriti kamu, saya cuma hendak memahami apa yang berlaku sehingga menyebabkan anak guam saya berada di sini (didakwa)?
"Tetapi pengurusan di bawah kamu, kenapa kamu hendak menyalahkan Perdana Menteri?" katanya.
Mohd Bakke bagaimanapun berkata, peguam itu perlu melihat kepada keseluruhan proses dan tidak wajar bertanyakan soalan secara spesifik.
Pada perbicaraan sebelum ini, Mohd Bakke dalam keterangannya berkata, BOD 1MDB diminta oleh Najib untuk tidak menghabiskan masa dengan meneliti transaksi lepas syarikat, sebaliknya menumpukan kepada cadangan usaha sama dengan PSI.
Mohd Bakke berkata, perkara itu disampaikan Najib melalui panggilan telefon selepas beliau (Najib) selesai bercakap dengan Jho Low ketika Mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB pada September 2009.
Saksi itu merujuk kepada mesyuarat BOD yang dihadirinya yang turut disertai Jho Low yang mana ahli perniagaan itu mendakwa menerima panggilan telefon daripada Najib.
Najib, 68, didakwa menggunakan kedudukan beliau ketika itu untuk mengarahkan pindaan dilakukan terhadap laporan akhir pengauditan 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya.
Arul Kanda, 44, pula didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan bagi melindungi Ahli Parlimen Pekan itu daripada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.
Astro Awani
Tue Apr 12 2022
Mohd Bakke Salleh mengesyaki Najib Razak (gambar) terbabit dalam 'perancangan' berkaitan projek usaha sama antara syarikat pelaburan strategik negara dan PetroSaudi International Ltd (PSI). - Gambar fail
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai Januari
Belarus, Bolivia, Indonesia, Kazakhstan, Thailand, Cuba, Uganda, Malaysia dan Uzbekistan secara rasmi akan menjadi rakan kongsi BRICS mulai 1 Januari 2025.
Rusia pertimbang penerbangan terus ke Malaysia
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Menterinya Roman Starovoyt dalam satu temu bual dengan Agensi Berita Rusia (TASS) berkata pihaknya menganalisis situasi di sana dan terlibat dalam dialog berterusan.
Kremlin nafi laporan media, isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Pada Ahad, beberapa laporan media mengatakan bahawa Asma al-Assad, yang dilahirkan di United Kingdom, mahu memfailkan permohonan cerai di Rusia.
Tentera Israel letak kotak sarat bahan letupan berhampiran hospital utara Gaza
Rakaman menunjukkan kenderaan tentera Israel meletakkan kotak kayu yang mengandungi simbol berbahaya di luar satu daripada pintu pagar hospital.
MCMC ambil tindakan segera terhadap penipuan MyPR - Teo Nie Ching
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) sedang mengambil tindakan segera dalam menangani penipuan melibatkan halaman permohonan MyPR (kad pengenalan merah) di Facebook.
Konsul Kehormat Malaysia terima exequatur
Menteri Luar Maldives Abdulla Khaleel memberi kebenaran kepada Ragheb Ahmed Khalaf sebagai Konsul Kehormat Malaysia di negara itu.
Bagaimana Donald Trump dapat bentuk semula dasar dan politik AS pada 2025
Ekonomi merupakan isu utama yang dihadapi rakyat AS semasa kempen presiden Trump, khususnya inflasi dan harga tinggi barangan runcit.
2024, tahun transformatif untuk sektor automotif di Asia Tenggara - Carsome
Perkembangan itu menyerlahkan peranan rantau ini yang semakin meningkat dalam landskap automotif global.
Sabah FC sahkan slot ke separuh akhir bertemu Sri Pahang FC
Pada perlawanan kedua suku akhir malam tadi, Sabah FC hanya mampu seri 0-0 menentang pasukan jiran Borneo itu di Stadium Likas.
9 negara jadi rakan kongsi BRICS secara rasmi mulai 1 Jan 2025
Menjelang sidang kemuncak di Kazan, pihaknya menerima 35 permohonan untuk menyertai BRICS dengan pelbagai syarat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.