Penetapan minda yang jujur demi kepentingan rakyat dan negara perlu ada dalam setiap pegawai dan kakitangan kerajaan dalam memastikan kecemerlangan dalam pentadbiran awam.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Mark Rozario, ia juga mampu membendung sebarang bentuk gejala negatif termasuk salah guna kuasa, rasuah dan ketirisan.
“Pemikiran perlu diinovasi. Mereka perlu berfikir ‘kenapa aku ada di sini? Aku di sini untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Ini budaya yang perlu dipupuk dalam minda dan diri setiap kakitangan awam untuk memacu prestasi perkhidmatan awam,” katanya ketika ditemui dalam Persidangan Dwi Tahunan Pertubuhan Komanwel bagi Pentadbiran Awam dan Pengurusan (CAPAM) di sini hari ini.
Dengan itu katanya, pemikiran akan terarah kepada pembentukan idea untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat termasuk urusan di pejabat-pejabat kerajaan.
Ketika ini, Mark melihat inovasi perkhidmatan awam yang dijalankan kerajaan telah memanfaatkan rakyat secara seluruhnya.
Mengambil contoh Pusat Transformasi Bandar (UTC), pewujudan inisiatif itu mengubah cara lama berurusan dengan kerajaan sekali gus meningkatkan keselesaan rakyat terhadap perkhidmatan awam.
“Semua agensi kerajaan diletakkan di bawah satu bumbung, dibuka tujuh hari seminggu sehingga pukul 10.
“Kalau dahulu mereka yang bekerja terpaksa mengambil cuti untuk berurusan, kini mereka boleh melakukannya selepas waktu bekerja dan hujung minggu,” ujarnya.
Jelas Mark, inovasi tidak semestinya melakukan sesuatu yang baru dan berbeza tetapi boleh dilakukan dengan menerapkan idea berguna yang sedia wujud dalam sesuatu lapangan kepada lapangan baharu dalam meningkatkan kecekapan produktiviti sesebuah organisasi.
Menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) katanya, pelbagai kementerian dan agensi berkaitan dapat bersama berkolaborasi menggunakan kreativiti dan inovasi untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat.
Israr Khalid
Fri Aug 19 2016

ROZARIO: Pemikiran perlu diinovasi. - Foto www.digitalnewsasia.com

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kepimpinan berperanan penting wujudkan budaya inovasi - TPM
Jelas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, budaya inovasi berkenaan melibatkan perubahan pemikiran lama mungkin mengambil masa yang panjang.

Minda harus betul untuk elak ketirisan urus tadbir perkhidmatan awam
Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Inovasi Malaysia (AIM), Mark Rozario, berkata, ia juga mampu membendung sebarang bentuk gejala negatif termasuk salah guna kuasa, rasuah dan ketirisan.

Ali Hamsa dilantik jadi Presiden CAPAM untuk penggal kedua
Pelantikan itu menjadikan Tan Sri Ali Hamsa individu pertama sepanjang sejarah penubuhan pertubuhan itu menduduki kerusi presiden untuk dua penggal berturut-turut.