PUTRAJAYA: Penjawat awam diseru menambah baik sistem dan cara kerja lama supaya proses menjadi lebih cepat sekali gus dapat menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pengertian kemerdekaan harus dihayati setiap rakyat khususnya penjawat awam bukan sahaja dalam konteks membebaskan diri dari penjajah tetapi membebaskan masalah yang dihadapi rakyat.
"Insya-Allah kalau dulu banyak sistem dan cara kerja yang lama, proses itu lambat kita (penjawat awam) percepatkan dan akhirnya yang mendapat faedah adalah rakyat. Itu yang dimaksudkan erti kemerdekaan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Hari Kebangsaan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.
Mohd Zuki berkata penjawat awam mengalu-alukan hasrat Perdana Menteri supaya membentuk masa hadapan negara yang lebih cemerlang.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berkata Cuepacs dan penjawat awam sentiasa menyokong hasrat Perdana Menteri dalam mengubah negara ini dengan potensi sedia ada dan memastikan kemajuan serta sistem penyampaian kerajaan sentiasa ditambah baik.
"Pada masa yang sama Perdana Menteri melihat ruang dan potensi bagaimana negara ini mampu berubah dan beralih ke satu tahap yang lebih maju pada masa akan datang," katanya.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul juga menyeru rakyat Malaysia memerdekakan jiwa dan minda dalam menghayati sambutan Hari Kebangsaan ke-66.
"Ucapan perdana menteri tadi (semalam) yang pentingnya ialah Busana sekadar kemerdekaan Faizi Kak therapist kemerdekaan minda. Tiada guna anda memiliki segala kemajuan tetapi minda terancam," katanya dan menambah ilmu dan perpaduan penting dalam memastikan kemerdekaan negara ini dikekalkan.
Turut sependapat dengan Johari, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata rakyat perlu memerdekakan minda dan menghayati dengan penuh semangat patriotisme sempena Hari Kebangsaan ke-66 hari ini.
Anwar ketika menyampaikan amanat Hari Kebangsaan 2023 pada Rabu antara lain menekankan pentingnya perpaduan dalam mempertahankan kemerdekaan negara bagi menggilap Malaysia sebagai sebuah negara hebat.
Perdana Menteri berkata antara syarat untuk mencapai aspirasi itu adalah dengan memastikan "merdeka rakyat" iaitu sebuah masyarakat yang merdeka minda dan jiwanya serta betas daripada pandangan pemikiran penjajah dan pemikiran jumud.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023
Hadirin mengibarkan Jalur Gemilang semasa majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 30 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.
Adakah UMNO lupa jasa Najib? - Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata keputusan kepimpinan UMNO melarang ahlinya menyertai Himpunan Solidariti bersama Datuk Seri Najib Razak menimbulkan tanda tanya.
Pas beri jaminan tiada kejadian luar kawalan
Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan berkata, ia malah jauh lebih aman berbanding penganjuran demonstrasi bersih pada zaman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu menjadi pembangkang dahulu.
Titah Adendum: Rayuan Najib didengar hari ini
Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak hari ini berhubung penolakan permohonannya untuk menjalani baki hukuman penjara enam tahun di bawah tahanan rumah, berdasarkan dakwaannya mengenai kewujudan Titah Adendum menyokong permohonan tersebut.
Amerika dilanda musim sejuk melampau sejak 2011
Pihak berkuasa umumkan darurat di beberapa bahagian di AS iaitu Kentucky, Virginia, Kansas, Arkansas dan Missouri.
Serangan Israel rosakkan hampir 1,000 masjid di Gaza, kata pihak berkuasa
Sebanyak 815 rumah ibadat Islam musnah sepenuhnya manakala 151 lagi mengalami kerosakan separa.
Indonesia rancang kenalkan pertanian efisien air untuk tingkatkan pengeluaran padi
Teknik IPHA adalah kaedah penanaman padi yang menitikberatkan pengurusan tanaman, air dan tanah secara berkesan dan efisien.
Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara
Maritim Malaysia tingkatkan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi hot spot khususnya di sekitar perairan Langkawi.
KADA terima peruntukan RM20 juta baiki infrapertanian terjejas banjir
Khalid berkata antara kerosakan yang dikenal pasti termasuk kerosakan pintu kawalan air di Pasir Mas dan Pasir Puteh.
JPS bina tiga DSK di Melaka libatkan peruntukan RM1.5 juta
Pembinaan DSK itu bertujuan untuk memelihara dan memulihara sungai, selain mengatasi masalah banjir.
Setiap penjawat awam ada khidmat, jasa dalam bawa perubahan negara
Anwar turut mengingatkan setiap penjawat awam mempunyai khidmat dan jasa masing-masing sekali gus memainkan peranan tersendiri.
Rasionalisasi subsidi diesel, petrol bantu negara kurangkan defisit fiskal – Profesor Ulung
Rasionalisasi subsidi diesel yang telah dilaksanakan dan petrol RON95 yang akan dilaksanakan pada tahun 2025 akan membantu negara mencapai sasaran defisit fiskal 3.8 peratus.
KSN ajak 1.3 juta penjawat awam berganding bahu jadikan perkhidmatan unggul, cekap dan tangkas
Shamsul Azri berharap segala perancangan dan agenda reformasi perkhidmatan awam yang telah direncanakan berjalan dengan jayanya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 27 Disember 2024.
Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.
Biden lupuskan hutang pelajar hampir 55,000 rakyat AS bernilai AS$4.28 bilion
Hampir 55,000 rakyat AS yang bekerja dalam sektor awam akan mendapat pelepasan hutang pelajar yang keseluruhannya bernilai AS$4.28 bilion.
Tiada peluang kedua opsyen SSPA
Tiada peluang kedua atau tempoh tambahan akan diberikan kepada penjawat awam yang tidak menandatangani opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Penjawat awam diingatkan jangan tambah hutang baharu - Cuepacs
Cuepacs mengingatkan ahlinya agar tidak menambah hutang baharu sejurus menerima kenaikan gaji pertama Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuatkuasa hari ini.
Mahkamah Tinggi tolak rayuan, kekalkan hukuman bekas pegawai perancang bandar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara dan denda ke atas seorang bekas pegawai Perancang Bandar dan Desa di Majlis Daerah Besut yang didapati bersalah menerima wang rasuah.
JPA nafi keluar arahan wajibkan pejawat awam miliki BMI seimbang
JPA menafikan kenyataan yang dikeluarkan Pengarah Hospital Miri, Kementerian Kesihatan (KKM) Dr Jack Wong Siew Yu pada 7 Dis lepas.