HARI ini genap 63 tahun negara mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) pertama. PRU yang berlangsung pada 19 Ogos 1959 merupakan PRU pertama di Persekutuan Tanah Melayu, dua tahun selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Lebih sejuta orang keluar mengundi untuk menentukan mandat membabitkan sebanyak 104 kerusi Dewan Rakyat. PRU seterusnya, kedua, berlangsung pada tahun 1964, iaitu yang pertama selepas Persekutuan Malaysia dibentuk, tetapi masih kekal dengan 104 dan belum ada pilihan raya bagi Sabah dan Sarawak ketika.
Sejak itu kita telah melalui 14 PRU. Hari ini kita mempunyai lebih 22 juta pengundi. Sistem pilihan raya berkembang, terus memperlihatkan kedinamikan. Yang jelas sudah tentu peningkatan bilangan pengundi dan pertambahan bahagian pilihan raya (kerusi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri). Paling signifikan umur kelayakan untuk mengundi telah diturunkan daripada 21 tahun kepada 18 tahun – pembaharuan yang bakal mewarnai landskap PRU peringkat nasional buat julung kali.
Selepas PRU ke-14 (PRU14), pembaharuan-pembaharuan yang dibawa dalam urusan berkaitan dengan pilihan raya lebih menonjol. Pelaksanaan pindaan-pindaan signifikan mula disaksikan. Kesignifikanan lebih ketara berbanding pindaan-pindaan sebelum tahun 2018.
Lipatan sejarah menunjukkan negara telah melalui beberapa pindaan dan penggubalan undang-undang bagi memantapkan sistem dan undang-undang pilihan raya, terutama yang dibawa pada awal 1990-an dan 2002-2003, dan kemudiannya pada tahun 2013, iaitu dakwat kekal. Senarai pembaharuan itu terkandung dalam buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir.
Meskipun terdapat sejumlah undang-undang yang diperkenalkan, tetapi undang-undang berkaitan antilompat parti dilihat sebagai ibu kepada segala pindaan kerangka perundangan berkaitan pilihan raya yang diharapkan. Ia membawa satu perubahan amat mendalam ke atas landskap pilihan raya.
Undang-undang mengekang lompat parti merupakan sebahagian daripada pakej kestabilan politik yang dijanjikan oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila dilantik sebagai perdana menteri kesembilan. Pada awal September 2021, beliau mengemukakan tujuh tawaran untuk mewujudkan landskap politik baharu bagi melaksanakan transformasi dan pembaharuan dalam tatakelola pentadbiran kerajaan khususnya, memperkasakan peranan institusi Parlimen. Ia disusuli dengan memorandum persefahaman bersama Pakatan Harapan (PH).
Tiga minggu selepas dilantik sebagai perdana menteri, beliau mengumumkan tawaran itu meliputi Rang Undang-undang (RUU) Antilompat Parti dan pelaksanaan Undi18 serta pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun. Dua yang pertama telah dilaksanakan. Perkara ketiga dalam senarai tindakan beliau dan senarai itu telah ditambah dengan RUU pembiayaan politik. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, memorandum Jemaah Menteri akan dibentangkan di mesyuarat Kabinet bulan depan bagi membolehkan RUU Sumbangan Politik dibentangkan di Parlimen Oktober ini.
Sementara usaha Ismail Sabri itu dihargai bagi memperkasakan sistem dan undang-undang pilihan raya, negara memerlukan satu penambahbaikan menyeluruh. Kita berada dalam persekitaran yang sesuai dan kondusif untuk membawa pembaharuan menyeluruh. Dua tahun lalu, pada 27 Ogos 2020, Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) telah menyerahkan laporan akhir yang terdiri daripada 49 syor kepada Perdana Menteri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Laporan itu dilihat sebagai set syor pembaharuan yang menyeluruh dalam memenuhi prinsip universal pilihan raya. Peruntukan berkaitan dana politik turut disebutkan dalam laporan tersebut.
Ketika Ismail Sabri genap setahun menjadi perdana menteri, diiharap tempoh kepimpinan beliau akan meneruskan kesinambungan membawa pembaharuan dalam soal pengurusan pilihan raya yang diharapkan, sekali gus memberi wajahr baharu kepada sistem dan undang-undang pilihan raya.
Meskipun tidak kesemua syor boleh dan dapat dilaksanakan sekarang, sekurang-kurangnya komponen utama yang boleh dilaksanakan dengan segera atau ‘quick win’ boleh diperkenalkan. Langkah itu penting bagi menyediakan ruang, peluang dan kemudahan yang lebih membina kepada kesemua pemegang taruh terutama parti politik dan pengundi sertai pilihan raya dengan lebih menyeluruh dan aktif.
Sebelum 2018 gesaan pembaharuan dalam sistem dan undang-undang pilihan raya banyak dikemukakan oleh pembangkang, badan pemikir dan pertubuhan bukan kerajaan. Bagaimanapun kini pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) yang menerajui kerajaan persekutuan secara bersendirian sehingga Mei 2018, kini turut mendesak keperluan itu. Mereka juga mahukan perundangan berkaitan sumbangan politik. Terbaharu, Pengerusi Wanita BN, Datuk Seri Noraini Ahmad, ketika berucap pada kongres sayap wanita itu, menggesa peruntukan 30% kerusi untuk wanita dijadikan sebagai syarat undang-undang bagi mana-mana parti politik yang ingin bertanding dalam PRU.
Perkara tersebut turut terkandung dalam laporan ERC. Oleh itu, mengambil kira pendirian dan kehendak kesemua parti, Ismail Sabri yang berada dalam kedudukan atau persekitaran yang kondusif, dengan sokongan parti-parti lain terutama Pakatan Harapan yang memeterai memorandum persefahaman pada tahun lalu, boleh menggunakan kelebihan sedia ada untuk meneruskan legasi pembaharuan sistem dan undang-undang pilihan raya sebelum PRU15.
Kita perlu dan wajar melakukan perkara-perkara yang akan membawa kebaikan kepada negara dan rakyat. Saya rasa ini antara masanya.
* Penulis ialah penulis bersama buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
G Manimaran
Fri Aug 19 2022
![Memperkasa sistem pilihan raya, perkukuh legasi pembaharuan Memperkasa sistem pilihan raya, perkukuh legasi pembaharuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81660877728_DrGManimaran.jpg)
Pada PRU pertama di Persekutuan Tanah Melayu 19 Ogos 1959, lebih 1 juta orang keluar mengundi untuk menentukan mandat membabitkan sebanyak 104 kerusi Dewan Rakyat. - Sumber Foto: Buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia: Tanding, Pilih, Menang, Tadbir
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
![Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720789446_Wanitadihempapkay.jpg)
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit
Suspek kes pembunuhan bekas penuntut UPSI Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
![Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit susut berbanding dolar US pada penutup
Pada 6 petang, ringgit susut lagi kepada 4.6745/6790 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6745 semasa ditutup semalam.
![Kerajaan UK hasrat ambil alih perkhidmatan kereta api 'secepat mungkin' - Laporan Kerajaan UK hasrat ambil alih perkhidmatan kereta api 'secepat mungkin' - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41672959690_BritainStrikes.jpg)
Kerajaan UK hasrat ambil alih perkhidmatan kereta api 'secepat mungkin' - Laporan
Parti Buruh United Kingdom yang baru-baru ini memenangi pilihan raya umum berhasrat untuk mengambil alih semula perkhidmatan kereta api British "secepat mungkin".
![Ahli UMNO diingatkan tidak bergaduh pilih calon pilihan raya - Johari Ahli UMNO diingatkan tidak bergaduh pilih calon pilihan raya - Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720255482_JohariAbdGhani.jpg)
Ahli UMNO diingatkan tidak bergaduh pilih calon pilihan raya - Johari
Ahli akar umbi UMNO diingatkan agar tidak bertelagah memilih calon untuk bertanding pada setiap pilihan raya terutamanya pilihan raya umum.
![Parti Buruh menang, raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024 Parti Buruh menang, raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720154151_tbKeirStarmerlead.jpg)
Parti Buruh menang, raih majoriti mudah Pilihan Raya Britain 2024
Menepati ramalan, parti pembangkang, Parti Buruh Berjaya meraih majoriti mudah dalam Pilihan Raya Britain pada Jumaat.
![Kerajaan baharu Belanda angkat sumpah, lebih 220 hari selepas pilihan raya Kerajaan baharu Belanda angkat sumpah, lebih 220 hari selepas pilihan raya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719985995_TBDickSchoof.jpg)
Kerajaan baharu Belanda angkat sumpah, lebih 220 hari selepas pilihan raya
Kerajaan baharu Belanda secara rasmi mengangkat sumpah pada Selasa, lebih 220 hari selepas pilihan raya umum pada November lepas.
![PM Anwar ucap tahniah kepada Modi menang pilihan raya India PM Anwar ucap tahniah kepada Modi menang pilihan raya India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717580309_IndiaMalaysia.jpg)
PM Anwar ucap tahniah kepada Modi menang pilihan raya India
Anwar memuji kejayaan pelaksanaan demokrasi di India itu, yang mencatatkan lebih 642 juta pengundi sejak 19 April lepas.
![Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716977896_Africaelections.jpg)
Presiden Afrika Selatan seru parti bertanding cari titik persamaan atasi kebuntuan
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menyeru parti politik yang memenangi undi dalam pilihan raya minggu lepas supaya mencari titik persamaan.
![Rakyat Afrika Selatan mula mengundi dalam pilihan raya umum Rakyat Afrika Selatan mula mengundi dalam pilihan raya umum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716983131_SouthAfricanelect.jpg)
Rakyat Afrika Selatan mula mengundi dalam pilihan raya umum
Rakyat Afrika Selatan mula mengundi pada pagi Rabu untuk pilihan raya umum 2024 negara itu.
![Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715424764_FaizalAzumu.jpg)
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
![Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713674202_RafiziRamli.jpg)
Persediaan dua tahun lebih awal, PKR pastikan Anwar kekal sebagai PM
Bagi tujuan itu, dua kerangka baharu dilancarkan iaitu kerangka pemerkasaan organisasi parti (POP25) dan kerangka kerja kemas 16 (KEMAS16).
![Afrika Selatan bakal adakan pilihan raya umum pada 29 Mei Afrika Selatan bakal adakan pilihan raya umum pada 29 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700643528_CyrilRamaphosa.jpg)
Afrika Selatan bakal adakan pilihan raya umum pada 29 Mei
Presiden Cyril Ramaphosa telah pun mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri yang berkaitan dan Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas untuk membincangkan mengenai perkara itu.