MELAKA: Kerajaan Melaka bercadang menjadikan Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di Banda Hilir sebagai kawasan persembahan dan latihan dalam menggiatkan aktiviti kebudayaan serta kesenian di negeri ini.
Timbalan Exco Pelancongan, Warisan Seni dan Budaya negeri Datuk Zaidi Attan berkata ia selaras dengan komitmen kerajaan negeri mengangkat warisan budaya yang menjadi sebahagian identiti Melaka.
"Menerusi usaha ini, ia bukan sahaja dapat mengetengahkan bakat sedia ada malah melahirkan bakat baharu di samping menyemarakkan serta merancakkan aktiviti pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
"Usaha ini juga dapat memartabatkan warisan tidak ketara seperti Dondang Sayang yang telah diiktiraf UNESCO selain tarian tradisional," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Dondang Sayang Peringkat Kebangsaan 2023 di sini semalam.
Hadir sama Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Melaka Yeow Chin Chai, Pengarah Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) Melaka Ezlina Alias dan Pengurus Besar Institut Warisan Melaka (INSWA) Abdul Malek Bador.
Mengulas lanjut, Zaidi berkata pihaknya dan akan berkerjasama dengan INSWA untuk mengetengahkan beberapa penggiat Dondang Sayang selain memilih pelapis baharu untuk berlatih dan membuat persembahan kebudayaan di kawasan itu.
Beliau berkata aktiviti kesenian dan kebudayaan itu memberi nilai tambah dalam memeriahkan lagi kunjungan pelancong ke kawasan Zon Bebas Kenderaan yang dilaksanakan di Banda Hilir pada setiap Sabtu bermula 6 petang hingga 12 tengah malam.
Sementara itu, katanya sebanyak 279 peserta daripada 30 kumpulan terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah serta penyertaan terbuka dari seluruh negara seperti Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor menyertai Pertandingan Dondang Sayang yang melibatkan kategori nyanyian dan tarian serta pantun.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 26 2023
Zaidi (berdiri enam, kiri) bergambar bersama pemenang selepas menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah Pertandingan Dondang Sayang Peringkat Kebangsaan di Muzium Rakyat Banda Hilir pada Ahad. --fotoBERNAMA
Syria ingin wujudkan kerajaan inklusif - Menteri Luar
Kerajaan Syria ingin mewujudkan sebuah kerajaan berdasarkan perkongsian dan kecekapan yang merangkumi semua komponen Syria.
Houthi dakwa sistem pertahanan AS, THAAD lemah
Israel perlu menyedari tiada sistem pertahanan yang mampu sepenuhnya melindungi mereka daripada peluru berpandu berkelajuan hipersonik.
Serangan Israel di hospital Gaza, UNSC adakan sidang tergempar
Mesyuarat itu diminta oleh Algeria yang kini memegang jawatan Presiden bergilir-gilir Majlis Keselamatan PBB dari 1 hingga 31 Januari 2025.
Lelaki maut selepas rumah didiami runtuh
Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 4.05 pagi dan disahkan telah meninggal dunia oleh paramedik Hospital Umum Sarawak.
Serangan terhadap hospital di Gaza berpotensi jadi jenayah perang - PBB
Menyerang hospital dan tempat rawatan bagi yang sakit dan cedera secara sengaja selagi ia bukan sasaran ketenteraan adalah jenayah perang.
AWANI Pagi: Malaysia Ultra-Trail UTMB angkat peta Malaysia ke pentas global
Malaysia menjadi tuan rumah pertama UTMB Asia Tenggara. Acara bersejarah ini meraikan kekuatan pelari, keindahan alam Perak, dan budaya unik sambil mempromosikan kelestarian.
#AWANIRingkas 4 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 4 Januari 2025
1️⃣ Tikam ibu saudara akibat pertengkaran
2️⃣ Tindakan cabul undang-undang kemanusiaan antarabangsa
3️⃣ Umum tarik diri akibat kecederaan
#awaniringkas
1️⃣ Tikam ibu saudara akibat pertengkaran
2️⃣ Tindakan cabul undang-undang kemanusiaan antarabangsa
3️⃣ Umum tarik diri akibat kecederaan
#awaniringkas
UMNO Perak akur ketetapan tidak teruskan perhimpunan 6 Januari
Menurut Saarani, ia selaras dengan pendirian parti itu yang tetap teguh mendukung kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Januari 2025]
Fokus Awani Pagi Bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
1. KKM sedia isytihar 'perang' terhadap garam - Dzulkefly
2. Pengampunan banduan: Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif - Istana Negara
3. UTMB angkat peta Malaysia ke pentas global
1. KKM sedia isytihar 'perang' terhadap garam - Dzulkefly
2. Pengampunan banduan: Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif - Istana Negara
3. UTMB angkat peta Malaysia ke pentas global
AWANI Ringkas: Tikam ibu saudara akibat pertengkaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan
Kerajaan Melaka akan terus memantau struktur bangunan merah di sekitar Jalan Laksamana di sini susulan rasuk kayu di satu daripada deretan premis berusia ratusan tahun itu runtuh semalam.
Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.
Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
'Buaya Klebang' seberat 400kg akhirnya ditangkap
Buaya yang menimbulkan kerisauan di Klebang berjaya ditangkap anggota Perhilitan di Sungai Malim, Pulau Gadong, Melaka pada malam Rabu.
SPRM reman wanita di Melaka, kes rasuah gelaran Datuk Seri
Seorang wanita berusia 46 tahun, yang juga pemilik syarikat swasta di Selangor, direman bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan pemberian gelaran Datuk Seri dari sebuah negeri, dua tahun lalu.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.
Banjir: Melaka pulih, Terengganu semakin baik, Johor dan Kelantan tidak banyak perubahan
Situasi banjir di Melaka pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Terengganu semakin berkurang sementara Johor dan Kelantan tidak menunjukkan banyak perubahan setakat malam ini.
Melaka tarik semula gelaran 'Datuk' CEO GISB
Melaka menarik semula penganugerahan Pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk diberikan kepada Pengerusi GISB Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali.
Pembinaan terminal kapal pesiar beri tempias ekonomi kepada Melaka - Anthony
Pembinaan terminal kapal pesiar di Pulau Melaka, Banda Hilir bakal memberi tempias besar dari sudut ekonomi menerusi aktiviti pelancongan kepada Melaka.