PUTRAJAYA:Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan pihaknya mengeluarkan sebuah poster berbentuk amaran yang meminta agar orang ramai tidak menggunakan tanda pagar #SiBodohKauDengarSini menerusi laman Twitter.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC berkata poster berkenaan yang tular di media sosial mengandungi kesalahan fakta yang direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta yang digunakan ke atas individu yang melanggar amaran berkenaan.

"Pihak MCMC akan terus mengambil langkah-langkah yang wajar bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih," katanya.

-- BERNAMA