CALIFORNIA: Sebanyak 11 kematian akibat kebakaran kini telah disahkan oleh Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Los Angeles.

Dalam kemas kini pada petang Jumaat, pejabat itu melaporkan, lima kematian berlaku dalam kebakaran di kejiranan Palisades, manakala enam lagi disebabkan oleh kebakaran Eaton.

Kematian tersebut dilaporkan berlaku di Altadena, Malibu, Pacific Palisades dan Topanga.

Hanya tiga daripada kes tersebut telah disahkan melibatkan penemuan sisa manusia, menurut kenyataan tersebut.

Tiada maklumat lanjut mengenai identiti mangsa diberikan, walaupun identiti beberapa mangsa lain telah dikenal pasti melalui sumber lain. - Agensi