"Kami bersolidariti penuh dengan warga Los Angeles dan amat mengagumi usaha gigih anggota bomba dan pasukan keselamatan," kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach dalam satu kenyataan pada Ahad.
"Kami juga mengetahui bahawa seorang atlet Olimpik yang hebat, Gary Hall Jr, telah kehilangan pingatnya dalam kebakaran itu. IOC akan memberikannya replika."
Warga Amerika berusia 50 tahun itu terpaksa mengosongkan rumahnya dan kediamannya itu kemudiannya terbakar.
Dia tidak mempunyai masa yang cukup untuk mengambil pingatnya. Beliau memenangi emas lima kali, perak tiga kali dan gangsa dua kali antara 1996 dan 2004.
Sekurang-kurangnya 16 orang maut dalam kebakaran di bandar kedua terbesar di AS itu.
-- BERNAMA