KUALA LUMPUR: Sebanyak 15 pusat hiburan di sekitar ibu kota dikesan menjalankan aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah dipercayai didalangi oleh pemilik premis berkenaan dan sindiket dadah.
Perkara itu didedahkan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang juga Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) hasil maklumat daripada orang ramai selain tinjauan terhadap premis-premis tersebut.
"Senarai ini akan diserahkan kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam masa terdekat dan saya sudah berhubung dengan beliau (Ayob Khan) berhubung perkara itu," katanya pada sidang media khas di Sungai Besi dekat sini, hari ini.
Musa berkata nama pemilik premis dan individu yang menjadi orang tengah selain segelintir pegawai atau kakitangan pihak penguat kuasa yang dipercayai melindungi kegiatan itu juga akan diserahkan kepada pihak polis.
Menurutnya pusat hiburan berkenaan kebanyakannya memainkan lagu rancak atau techno yang sesuai untuk pengunjung berseronok dengan mengambil pelbagai jenis dadah termasuk methamphetamine, kokain, syabu selain jus buah yang dicampur dadah.
Bekas Ketua Polis Negara itu juga menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bekerjasama dengan agensi penguat kuasa seperti Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa tempatan bagi membanteras kegiatan pelacuran membabitkan warga Vietnam, Thailand dan Uzbekistan di pusat hiburan tersebut.
Beliau mendakwa kegiatan pelacuran berkenaan turut dilindungi pemilik premis yang disyaki bersekongkol dengan sindiket pengedaran dadah.
Dalam pada itu, Musa berkata dakwaan beliau menerima wang bulanan daripada kartel jenayah adalah tidak berasas dan menegaskan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadapnya juga tidak menemui sebarang salah laku.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

Tan Sri Musa Hassan yang juga presiden MCCC berkata pihaknya akan senaraikan kepada polis 15 pusat hiburan terlibat edar dadah dan aktif kegiatan pelacuran. - Gambar Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Penipuan Pelaburan: 500 mangsa hantar laporan aduan kepada SC
Syarikat-syarikat terbabit turut menggunakan nama tokoh terkenal, kerabat diraja, bekas pegawai kerajaan dan agamawan, sedangkan tokoh-tokoh berkenaan tidak terlibat langsung dengan skim pelaburan itu

Sindiket penipuan kerja: MHO, MCCC akan bawa memorandum kepada PBB
Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata memorandum itu akan diserahkan kepada pejabat PBB di Putrajaya Khamis ini.

MCCC akan serah senarai 15 pusat hiburan edar dadah kepada PDRM
Sebanyak 15 pusat hiburan di sekitar ibu kota dikesan menjalankan aktiviti penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

Ahli Parlimen pembangkang diharap ambil pendekatan pragmatik pertimbang tawaran kerajaan
MCCC dan DPIM turut menekankan, Malaysia memerlukan kerjasama rentas parti bagi kelangsungan kerajaan untuk tempoh minimum 2-18 bulan.

MCCC seru pembentukan jawatankuasa bersama dengan pakar pandemik China
Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) telah mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa khas bersama dengan Republik Rakyat China.

Guan Eng beri jaminan SST tidak tingkatkan inflasi - MCCC
SST merupakan sistem percukaian tunggal yang hanya berfokus kepada pengeluar produk dan perkhidmatan secara spesifik.

Beri pengecualian cukai kepada NGO - MCCC
Menteri Kewangan menjelaskan setiap sumbangan harus disemak satu persatu sebelum keputusan pengecualian cukai dibuat.

Pelabur China pandang kualiti kerajaan baharu, bukan penelitian semula projek - MCCC
Pengerusi Dewan Perdagangan Malaysia-China, Tan Yiew Sing, berkata keyakinan pelabur akan kekal dengan Malaysia ekoran kualiti pentadbiran baharu.