KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan Malaysia-China (MCCC) dan Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) berharap 105 Ahli Parlimen pembangkang akan mengambil pendekatan pragmatik dalam mempertimbang tawaran yang dikemukakan oleh kerajaan baharu.
Dalam kenyataan bersama pada Ahad, MCCC dan DPIM turut menekankan bahawa Malaysia memerlukan kerjasama rentas parti bagi kelangsungan kerajaan untuk tempoh minimum 2-18 bulan dan seterusnya dapat memantapkan lagi kualiti penggubalan serta pelaksanaan dasar.
"Tanpa kestabilan politik dan tadbir urus lebih baik, Malaysia akan ketinggalan berbanding negara-negara jiran dalam tempoh pasca pemulihan COVID-19 yang berkemungkinan besar menjejaskan kekukuhan ekonomi kita untuk sekurang-kurangnya satu generasi," katanya.
Selain itu, MCCC dan DPIM berkata pendekatan kesepakatan 'Keluarga Malaysia' yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dalam ucapan sulung beliau pada petang semalam, hanya dapat direalisasikan menerusi usaha pakatan rentas parti yang dapat menjamin kestabilan politik selain mempertingkat aspek tadbir urus.
Malah, mereka berpendapat ini dapat dicapai menerusi usaha pembaharuan Parlimen dan Majlis Persekutuan-Negeri bagi Pemulihan Ekonomi dan Kesihatan yang disertai kerajaan negeri, pembangkang, pakar dan pihak berkepentingan mewakili perniagaan dan masyarakat.
Pada masa sama, MCCC dan DPIM menggesa Ismail Sabri untuk meneruskan usaha mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencapai persefahaman rentas parti bersama pembangkang dengan mengemukakan tawaran pakej yang lebih berani.
Kedua-dua dewan perniagaan itu juga menggesa penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang melibatkan pemantauan perundangan ke atas setiap kementerian selain membuka pelbagai saluran untuk mendengar pandangan kalangan perniagaan serta masyarakat.
"Tidak kurang pentingnya adalah mewujudkan Jawatankuasa Persekutuan-Negeri bagi Pemulihan Negara yang bertanggungjawab ke atas kesihatan awam dan pemulihan ekonomi yang harus melibatkan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pembangkang, pakar dan pihak berkepentingan dalam sektor swasta dan pelbagai dewan perniagaan negara untuk meningkatkan kualiti serta penyelarasan dasar berkaitan ekonomi dan pandemik.
"Penubuhan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh perdana menteri dan ketua pembangkang Parlimen selaku timbalan selain melibatkan kesemua 13 menteri besar/ketua menteri, akan turut memberi mesej jelas kepada pasaran bahawa kebuntuan politik ini sudah berakhir," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 22 2021
Tanpa kestabilan politik dan tadbir urus lebih baik, Malaysia akan ketinggalan berbanding negara-negara jiran dalam tempoh pasca pemulihan COVID-19, kata MCCC dan DPIM dalam satu kenyataan semalam.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 Januari 2025.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hebat! Luar biasa - PM puji kejayaan Natasha Roslan
Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook berkata, pencapaian atlet berusia 28 tahun itu sangat membanggakan negara.
Polis tahan lima lelaki warga Thailand tanpa dokumen perjalanan sah
Polis menahan lima lelaki warga Thailand yang cuba pulang ke negara asal mereka secara haram di pintu sempadan di sini, Isnin lepas.
Titah Adendum: Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menteri-menteri yang mewakili UMNO sedia memberi kerjasama kepada Mahkamah Tinggi, jika diperlukan untuk memberikan keterangan dalam prosiding semakan berhubung Titah Adendum.
10 Berita Pilihan - (10 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 11 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dialog Anak Muda: Bukan Sekadar Menurut Tetapi Memimpin
Kepimpinan berasaskan idealisme, semangat untuk membawa perubahan dan keinginan menolak penyelewengan. Itu ciri keistimewaan pemimpin belia yang memenuhi keperluan rakyat. Dialog Anak Muda 8.30 malam.
Tiada rakaman kejadian, kamera papan pemuka Ativa ada kesan pernah diakses - Saksi
ASP S. Dasarathan, 46, yang merupakan saksi pendakwaan ke-33 berkata ia berdasarkan laporan analisis forensik oleh ASP Nur Fairuz Idris terhadap barang kes bertanda AC5.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
TH perkenal buku rekod rawatan digital, mudahkan bakal haji
Bakal jemaah musim haji 1446H/2025M tidak perlu lagi hadir ke pejabat cawangan Tabung Haji (TH) terdekat bagi mendapatkan Buku Rekod Rawatan Jemaah Haji (BRRJH).
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.