Polisi kerajaan untuk meneliti semula semua projek mega, termasuk projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), tidak akan menakutkan pelabur China untuk terus melabur di Malaysia.
Pengerusi Dewan Perdagangan Malaysia-China (MCCC), Tan Yiew Sing, berkata keyakinan pelabur akan kekal dengan Malaysia ekoran kualiti pentadbiran baharu.
"Bila saya bercakap dengan rakan niaga saya di China, mereka kata mereka masih memantau (keadaan di Malaysia).
"Tetapi saya yakin mereka akan kembali, apabila mereka lihat kerajaan kini lebih efisien, polisi kita lebih telus dan kerajaan tidak bertoleransi terhadap rasuah dan penyelewengan," katanya.
Tan bagaimanapun menyokong penuh keputusan kerajaan Pakatan Harapan untuk meneliti semula semua projek mega yang ditandatangani kerajaan lalu.
"Pelaburan dari China sangat penting, sama seperti pelaburan daripada negara lain.
"Tetapi sudah tentu kita perlukan bezakan semua pelaburan ini. Ada yang bermanfaat kepada Malaysia, tetapi jika ada yang tidak membawa manfaat kepada negara, memang kita perlu teliti semula," katanya.
BACA: ECRL bukan pelaburan, ia pinjaman bank dari China - Prof Jomo
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata kerajaan akan meneliti semua projek mega yang ditandatangani kerajaan lalu, dan mungkin akan merunding semula atau menarik diri dari projek yang tidak menguntungkan negara.
Tan berkata, kesemua pelaburan dan projek perlu memastikan ia mengguna pakai tenaga kerja dan teknologi tempatan, di samping menggalakkan perpindahan teknologi asing ke Malaysia dan tidak menjejaskan alam sekitar.
Beliau menambah, MCCC juga kini diminta menulis laporan kepada kerajaan untuk mencadangkan sama ada projek ECRL perlu dihentikan.
BACA: Wujudkan pusat kajian Malaysia-China - Awang Sariyan
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan pendirian MCCC terhadap projek tersebut dan apa yang akan disyorkan kepada kerajaan.
Tan bercakap kepada media selepas selesai bermesyuarat dengan Majlis Penasihat Kerajaan.
MCCC merupakan salah satu organisasi yang dipanggil majlis itu hari ini, di samping Dewan Perdagangan Amerika Syarikat, Dewan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi/Limosin dan Kereta Sewa Malaysia, Telekom Malaysia Berhad dan Bank Rakyat.
Luqman Hariz
Thu May 24 2018
![Pelabur China pandang kualiti kerajaan baharu, bukan penelitian semula projek - MCCC Pelabur China pandang kualiti kerajaan baharu, bukan penelitian semula projek - MCCC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71527144883_TanYiewSing.jpg)
Tan yakin pelabur akan kekal dengan Malaysia ekoran kualiti pentadbiran baharu. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Pelabur China pandang kualiti kerajaan baharu, bukan penelitian semula projek - MCCC Pelabur China pandang kualiti kerajaan baharu, bukan penelitian semula projek - MCCC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71527144883_TanYiewSing.jpg)
Pelabur China pandang kualiti kerajaan baharu, bukan penelitian semula projek - MCCC
Pengerusi Dewan Perdagangan Malaysia-China, Tan Yiew Sing, berkata keyakinan pelabur akan kekal dengan Malaysia ekoran kualiti pentadbiran baharu.