PUTRAJAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperoleh kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa persatuan penduduk dalam majlis bandaraya itu boleh mengenakan syarat kepada ahli yang tidak membayar yuran penyelenggaraan perlu mengangkat sendiri palang di laluan masuk tanpa bantuan pengawal keselamatan.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil membenarkan kebenaran itu kepada MBSJ semalam.
Hakim Mohamad Zabidin, yang mengetuai panel itu, berkata MBPJ memenuhi keperluan di bawah Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan perkara itu memerlukan hujah lanjut mengenai tiga persoalan undang-undang.
Abraham Au, antara peguam yang mewakili MBPJ, mengesahkan keputusan Mahkamah Persekutuan itu kepada Bernama ketika dihubungi.
Mengenai tiga persoalan undang-undang, beliau berkata yang pertama ialah sama ada pihak berkuasa tempatan boleh menggubal garis panduan, peraturan dan/atau mengenakan syarat apabila mengawal selia skim komuniti berkawal di kawasan kediaman untuk memastikan tiada halangan kepada hak penduduk.
Persoalan lain ialah sama ada persatuan penduduk dibenarkan menyekat hak ahli persatuan penduduk yang tidak membayar yuran dan bukan ahli persatuan penduduk untuk menggunakan jalan awam di kawasan kediamannya dengan mewajibkan mereka ini mengendalikan pagar berpalang yang mengarah ke kawasan perumahannya sendiri.
Satu lagi persoalan ialah sama ada pihak berkuasa tempatan seperti MBPJ boleh mengimbangi hak penduduk yang tinggal di dalam kawasan perumahan yang mahukan skim komuniti berkawal dan mereka yang tidak mahu skim sebegitu dengan melarang mereka yang memihak kepada skim itu menyekat hak mereka yang tidak bersetuju kepada skim itu untuk menggunakan jalan awam di kawasan itu.
Bekas Pengerusi Persatuan Penduduk Parkville Chow Hau Mun, yang kini digantikan oleh Lim Keng Jit, telah memfailkan semakan kehakiman bagi pihak persatuan penduduk Parkville antara lain memohon pengisytiharan bahawa persatuan itu berhak mengenakan peraturan bahawa pemilik dan penduduk yang tidak membayar yuran atau bukan ahli persatuan di kawasan perumahan perlu mengendalikan sendiri pintu pagar tanpa bantuan pengawal keselamatan.
Ini selepas MBPJ, pada 30 Mac 2021, menolak permohonan persatuan itu untuk kebenaran mengenakan syarat itu.
Pada Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak permohonan semakan kehakiman MBPJ dan memutuskan bahawa keputusan majlis itu untuk tidak membenarkan persatuan mengenakan syarat itu tidak menyalahi undang-undang, tidak rasional atau tidak munasabah.
Pada 17 April lepas, persatuan itu berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Mahkamah Rayuan telah membenarkan semakan kehakiman persatuan itu untuk membatalkan keputusan MBPJ yang telah menolak permohonan persatuan untuk mengenakan syarat bahawa pemilik dan penduduk yang tidak membayar yuran atau bukan ahli persatuan itu perlu mengendalikan sendiri palang pagar.
Dalam prosiding mahkamah semalam, peguam terdiri daripada Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, Au, Yatiswara Ramachandran dan Kenny Ng mewakili MBPJ manakala Persatuan Penduduk Parkville diwakili peguam Datuk Malik Imtiaz Sarwar.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023

Pada 17 April lepas, persatuan itu berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

MBPJ terus taja Wai Ching, promosi Petaling Jaya di pentas dunia
Tajaan RM75,000 membolehkan Wai Ching teruskan penyertaan di peringkat antarabangsa dan capai misi merampas semula ranking nombor satu dunia.

Selangor tewaskan KDA FC 1-0, bergema 'siu' di MBPJ
Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menyaksikan Selangor FC memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang, apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan KDA FC 1-0.

MBPJ dapat kebenaran rayu keputusan mahkamah benarkan persatuan penduduk kenakan syarat kepada ahli
Pada 17 April lepas, persatuan itu berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

MBPJ diiktiraf Bandar Mesra Kanak-Kanak UNICEF
MBPJ mendapat pengiktirafan Bandar Mesra Kanak-Kanak oleh Tabung Kanak-Kanak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

Operasi tangkap anjing liar: Warga emas didakwa halang tugas penjawat awam
Seorang lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang penjawat awam dalam operasi penangkapan anjing liar.

Tular: Warga emas 'dikasari' anggota MBPJ didakwa Jumaat ini
Seorang lelaki warga emas yang didakwa 'diserang' anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ketika operasi menangkap anjing liar akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, di sini pada J

Pihak berkuasa di Lembah Klang siap siaga hadapi banjir kilat
Agensi dan pihak berkuasa tempatan juga sedang menaik taraf dan membersihkan saliran untuk menampung air larian permukaan dan mengelakkan banjir.

Liga Super: Perak FC temui semula rentak
Pasukan Perak FC akhirnya menamatkan badi empat perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Super, apabila mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Petaling Jaya (PJ) City FC.

Ketua Srikandi PKR umum keluar parti, hilang keyakinan pada idealisme parti
Nurainie turut memaklumkan peletakan sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Seri Setia: Dua kali hujan lebat tidak lunturkan semangat penyokong parti bertanding
Tinjauan Bernama mendapati penyokong kedua-dua parti tiba di hadapan perkarangan Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, kira-kira pukul 8.30 pagi ini.