KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa tempatan di Lembah Klang kini siap siaga dengan logistik dan tenaga kerja untuk digerakkan sekiranya berlaku banjir kilat.
Pelbagai usaha tebatan banjir juga telah dimulakan dengan harapan dapat mengurangkan berlakunya banjir yang boleh mengakibatkan kemusnahan kediaman dan premis perniagaan.
Pihak berkuasa di Shah Alam dan Klang - salah satu kawasan paling teruk terjejas dalam banjir 18 Dis tahun lepas - menggunakan data masa nyata (real-time data) untuk memantau banjir.
Majlis Bandaraya Shah Alam sedang memantau takungan dan pamnya bagi memastikan kemudahan tersebut berfungsi.
Antara kawasan yang dipantau ialah Taman Sri Muda, Taman Mesra, Kampung Kebun Bunga, Padang Jawa dan Seksyen 13.
Majlis Perbandaran Klang (MPK) menggunakan kamera televisyen litar tertutupnya untuk menjalankan pemantauan banjir dalam talian sepanjang masa.
“Unit Respons Pantas sedang bersiap sedia dan kami telah meningkatkan pemeriksaan ke atas rangkaian perparitan,” kata Yang Dipertua MPK Noraini Roslan seperti dilaporkan The Star Online.
TRAGEDI BANJIR 2021 - SEMUA LAPORAN DAN VIDEO ADA DI SINI
Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mengenal pasti 34 titik panas banjir kilat dan memperuntukkan kira-kira RM28 juta untuk melaksanakan projek tebatan banjir.
Datuk Bandar Mohamad Azhan Md Amir berkata, pengurusan banjir akan meliputi sebelum banjir, semasa banjir dan kejadian selepas banjir.
Mereka yang berada di Subang Jaya boleh melihat amaran berkaitan banjir di platform media sosial Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
Bilik gerakan bencana di pusat arahannya telah diaktifkan dan telah bersiap sedia sejak permulaan musim tengkujuh.
Di ibu negara, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menggunakan papan iklan elektroniknya untuk menghantar sebarang amaran sekiranya amaran banjir dicetuskan.
Bilik gerakan DBKL di Menara DBKL 1 di Jalan Raja Laut akan diaktifkan untuk menyelaraskan respons terhadap mangsa banjir, jika ada.
Agensi dan pihak berkuasa tempatan juga sedang menaik taraf dan membersihkan saliran untuk menampung air larian permukaan dan mengelakkan banjir.
Astro Awani
Fri Mar 04 2022

Pelbagai usaha tebatan banjir juga telah dimulakan dengan harapan dapat mengurangkan berlakunya banjir yang boleh mengakibatkan kemusnahan kediaman dan premis perniagaan. - Gambar fail
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Thaipusam: Penumpang komuter Lembah Klang nikmati tambang percuma dua hari
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.

Polis rampas ganja dan syabu bernilai RM6.4 juta, tahan tiga lelaki
Polis menumpaskan dua sindiket pengedaran ganja dan syabu di Lembah Klang serta Sabah berikutan penahanan tiga lelaki membabitkan rampasan dadah bernilai lebih RM6.4 juta pada 6 dan 7 Nov lepas.

Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.

Hentian bas, laluan pejalan kaki di Lembah Klang akan dinaik taraf - Rafizi
Kerajaan menyasarkan penambahbaikan tiga aspek utama dalam pengangkutan awam iaitu perkhidmatan bas, rangkaian rel, dan ketersambungan first and last mile.

Penduduk Lembah Klang lega masalah air beransur pulih
Penduduk Kampung Segambut Bahagia lega apabila masalah gangguan bekalan air telah selesai pagi ini apabila bekalan air mula disalurkan sejak jam 8 pagi tadi.

Gangguan bekalan air, lebih 1,000 kawasan di Lembah Klang terjejas
Lebih 1,000 kawasan di tujuh wilayah di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini.

7 wilayah di Lembah Klang alami gangguan bekalan air tidak berjadual
Tujuh wilayah di Lembah Klang iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mula mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Sindiket pelacuran warga asing tumpas, 75 individu ditahan
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pelacuran warga asing menerusi operasi khas di lapan lokasi sekitar Lembah Klang dengan penahanan 75 individu semalam.

Kesesakan: Jangan sekadar rawat gejala tapi tangani punca - Pakar
Pakar melihat tidak ada langkah signifikan yang diputuskan oleh jawatankuasa itu, terutama bagi menyelesaikan isu pokok, setakat ini.

Penduduk kawasan terjejas mula simpan air hadapi gangguan bermula esok
Penduduk di kawasan sekitar Lembah Klang yang dijangka menghadapi gangguan bekalan air bermula esok hingga Khamis ini mula menyimpan air.