Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap isu konsesi air di negeri ini dimuktamadkan berikutan sambutan menggalakkan daripada kerajaan berhubung perkara itu.
Abdul Khalid mengulangi bahawa kerajaan negeri bercadang menyusun semula industri perkhidmatan air secara holistik bagi memastikan empat syarikat konsesi air di Selangor disatukan menjadi sebuah entiti.
"Saya bertemu Menteri Wilayah Persekutuan (Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor) hari ini dan beliau menyebut keperluan untuk mempercepatkan penyelesaian konsesi air di negeri ini dan kami sedang menunggu untuk memuktamadkannya, " katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di sini.
Kerajaan negeri Selangor telah membuat tawaran RM9.65 bilion untuk mengambil alih kesemua empat syarikat konsesi air di negeri ini terdiri daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abass Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holding (SPLASH).
Mengenai kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili hari ini bahawa kerajaan menyasarkan untuk mencapai penyelesaian dengan kerajaan Selangor berhubung projek loji rawatan air Langat 2 dalam tempoh tiga bulan, Abdul Khalid berkata beliau sentiasa bersedia untuk mengadakan perbincangan mengenai perkara itu.
Bernama
Tue Aug 20 2013


Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan
Cadangan penubuhan badan itu dibawa pada mesyuarat Kabinet semalam dan kajian mengenainya kini dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.

Guna Akta 655 jika isu ambil alih air gagal dimuktamadkan
Kerajaan persekutuan sedia menggunakan Seksyen 114 Akta Industri Air 2006 (Akta 655) sekiranya perjanjian utama pengambilalihan konsesi air antara kerajaan Selangor dan Syarikat Pengeluaran Air Selang

Azmin arah peguam batalkan saman Puncak Niaga
Mohamed Azmin berkata beliau telah mengarahkan peguam yang mewakilinya dan kerajaan negeri untuk mengambil tindakan itu atas alasan dakwaan Puncak Niaga dalam saman berkenaan tidak berasas.

Azmin mahu teliti perjanjian konsesi air Selangor
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memohon masa untuk beliau meneliti semula perjanjian yang telah diputuskan semasa di bawah pentadbiran bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

MB Selangor harap isu air dimuktamadkan
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berharap isu konsesi air di negeri ini dimuktamadkan berikutan sambutan menggalakkan daripada kerajaan berhubung perkara itu.