Kerajaan persekutuan sedia menggunakan Seksyen 114 Akta Industri Air 2006 (Akta 655) sekiranya perjanjian utama pengambilalihan konsesi air antara kerajaan Selangor dan Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (Splash) gagal dimuktamadkan pada 4 Julai ini.
Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili berkata perkara itu akan ditimbangkan atas dasar kepentingan negara demi memastikan masalah bekalan air di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dapat diselesaikan.
"Perjanjian utama telah dilanjutkan buat kali ketiga kepada 4 Julai 2018. Justeru kerajaan persekutuan berpandangan setakat ini belum timbul keperluan untuk menguatkuasakan Seksyen 114 Akta 655," katanya menjawab soalan Tan Sri Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Menurut Sekysen 114 Akta 655, kerajaan persekutuan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara mempunyai hak untuk mengambil alih kawalan operasi pihak konsesi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 05 2018
MAXIMUS: Perkara itu akan ditimbangkan atas dasar kepentingan negara.
Permohonan sertai program TVET meningkat 3.75 peratus dalam tempoh 6 bulan - Ahmad Zahid
Kini terdapat sejumlah 1,345 institusi TVET awam dan swasta yang beroperasi di seluruh negara.
Bursa Malaysia dijangka meningkat semula minggu depan
Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong menjangka paras 1,600 akan menjadi tumpuan berikutan indeks utama dilihat akan mempertahankan paras tersebut.
Empat rumah di Jelutong Timur musnah terbakar
Kebakaran turut melibatkan beberapa buah motosikal milik penduduk namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
PRK Sungai Bakap: Pengundi muda teruja tunai tanggungjawab kali pertama
Ramai dalam kalangan pengundi muda datang awal kerana enggan melepaskan peluang memangkah calon buat kali pertama.
UN bina penempatan bagi mangsa banjir di Brazil
Kompleks Canoas mempunyai kapasiti untuk sekitar 630 orang, dengan bilik tidur dan ruang untuk dobi, tempat makan dan kebersihan diri.
Surau atas Gunung Keriang beri kemudahan selesa pengunjung tunai ibadah
Surau itu mampu memuatkan 10 individu dalam satu masa dan membolehkan pengunjung menunaikan solat atau melakukan ibadat lain.
AWANI Ringkas: Sungai Bakap Memilih hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
Guna Akta 655 jika isu ambil alih air gagal dimuktamadkan
Kerajaan persekutuan sedia menggunakan Seksyen 114 Akta Industri Air 2006 (Akta 655) sekiranya perjanjian utama pengambilalihan konsesi air antara kerajaan Selangor dan Syarikat Pengeluaran Air Selang