LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menemui mayat lelaki tanpa identiti di kedudukan 6.5 batu nautika barat laut Pulau Rumbia, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali Ya’akup berkata, pasukannya terdahulu menerima laporan daripada nelayan tempatan di perairan tersebut.
"Mayat itu ditemui kira-kira jam 7.55 pagi semalam. Mayat dipercayai lelaki itu berseluar pendek serta berbaju singlet kuning namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan.
"Mayat tersebut dibawa ke Jeti Perikanan Kampung Acheh sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkenaan orang hilang di laut.
Beliau juga memohon mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga atau saudara segera tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.
Dalam pada itu, katanya Maritim Malaysia mengingatkan komuniti maritim agar tidak ke laut sekiranya cuaca buruk dan sentiasa memakai jaket keselamatan apabila melakukan aktiviti di perairan negara.
Katanya, orang ramai boleh menyalurkan aduan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 jika berhadapan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut.
Aida Aziz
Wed Sep 07 2022
Mayat dipercayai lelaki itu berseluar pendek serta berbaju singlet kuning namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan. - Gambar/ Maritim Malaysia
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Kapal Maritim Malaysia terbakar ketika berlabuh di Kuala Baram
Sebuah kapal peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang berlabuh di Kuala Baram, Miri di Sarawak terbakar lewat malam tadi.
Lebih 1,000 pegawai, anggota polis Terengganu siap siaga hadapi banjir
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu siap siaga dalam pelbagai aspek termasuk keanggotaan dan aset, bagi menghadapi banjir pada musim Monsun Timur Laut (MTL) yang akan melanda negara kali ini.
Maritim Malaysia Perak tahan bot nelayan tempatan, tiga nelayan warga asing
Bot berkenaan dikesan sepasukan bot ronda Maritim Malaysia, ketika nelayan terbabit sedang melakukan aktiviti perikanan.
Maritim Malaysia Perak tahan bot nelayan tempatan, dua nelayan warga asing
Maritim Malaysia Negeri Perak menahan sebuah bot nelayan tempatan kelas B kerana melakukan pelbagai kesalahan, bersama dua nelayan warga asing, di kedudukan 1.2 batu nautika barat laut Pulau Talang.
Op Naga: 598 vesel nelayan asing ditahan
Sebanyak 598 tangkapan Vesel Nelayan Asing (VNA) dilaksanakan sepanjang lima tahun pelaksanaan OP NAGA bermula Mei 2019 hingga September 2024.
Komuniti Maritim dinasihat tingkat keselamatan di laut, waspada cuaca tidak menentu
Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim agar meningkatkan aspek keselamatan ketika di laut serta berwaspada terhadap sebarang perubahan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.
Mohd Rosli dilantik KP Maritim Malaysia baharu
Laksamana Muda Maritim, Datuk Mohd Rosli Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
Maritim Selangor gagalkan cubaan seludup keluar pendatang
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar pendatang di sekitar perairan Pantai Tanjung Rhu, Kuala Langat awal pagi tadi.
Kapal peninjau tentera, pengawal pantai China dilapor berlegar di perairan Sarawak
Powell mendakwa kapal frigat ringan 053H3 Jiangwei Kelas Dua itu kali terakhir dikesan berada di Terumbu Ubi.
Tak sempat rai hari jadi, pemuda 24 tahun maut lori terjunam dalam laut
Tiga hari lagi untuk menyambut hari lahir yang ke-24, seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terjunam ke dalam laut berhampiran Pelabuhan Barat di sini pada Ahad.