Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong berkata, kebakaran berlaku di geladak tengah ‘KM Stapa’.
“Panggilan kecemasan diterima oleh Bilik Kawalan Gerakan (PKO) BBP Lutong sekitar jam 11.35 malam dan sepasukan lima anggota segera dihantar ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, kita dapati kebakaran yang bermula dari bahagian dek kedua itu sudah memusnahkan 40 peratus kapal.
"Tiada sesiapa yang cedera kerana kapal itu sedang dalam penyelenggaraan dan pembaikan ketika itu,” kata Ketua BBP Lutong Henry Jugah dalam satu kenyataan.
Anggota bomba menggunakan kaedah RECEO (menyelamat, mendedah, mengurung, memadam, dan baik pulih) menggunakan dua talian hos sepanjang 400 kaki dengan empat muncung, dan menggunakan sumber air terbuka untuk memadamkan api.
Api berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 1 pagi.
Selepas memastikan kawasan selamat dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya, bomba menamatkan operasi pada jam 5.10 pagi. Punca kejadian dan nilai ganti rugi masih dalam siasatan. - DagangNews