Mayat seorang bayi lelaki yang masih lagi bertali pusat dijumpai di tapak pelupusan sampah di Tanjung Merit, Mersing, hari ini.
Ketua Polis Daerah Mersing DSP Zulkepli Hashim berkata mayat bayi itu dijumpai pada 9.30 pagi tadi oleh seorang lelaki Orang Asli yang sedang mencari barangan lusuh di kawasan itu.
"Mayat bayi itu ditemui dalam keadaan berbungkus dengan surat khabar dan beg plastik," kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.
Zulkepli tidak menolak kemungkinan mayat itu baharu diletakkan di tapak pelupusan itu berdasarkan keadaannya yang masih elok.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada tangkapan dibuat berhubung penemuan itu.
Mayat bayi itu dibawa ke Hospital Mersing untuk bedah siasat dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
Orang ramai diminta menghubungi hotline polis Johor di talian 07-2212999 atau mana-mana balai polis berhampiran sekiranya mempunyai sebarang maklumat.
Bernama
Mon Sep 15 2014
![Mayat bayi lelaki ditemui di tapak pelupusan sampah Mayat bayi lelaki ditemui di tapak pelupusan sampah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/81388013904_295x200.jpg)
Polis tidak menolak kemungkinan mayat itu baharu diletakkan di tapak pelupusan itu berdasarkan keadaannya yang masih elok - Gambar Hiasan
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![Masyarakat Melayu Rawa di Gopeng masih kekalkan adat berjojak Masyarakat Melayu Rawa di Gopeng masih kekalkan adat berjojak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719798449_TukangJojak.jpg)
Masyarakat Melayu Rawa di Gopeng masih kekalkan adat berjojak
Adat berjojak dilakukan sebagai lambang seorang bayi itu bakal memulakan langkah dalam kehidupan.
![Bayi alami pendarahan otak, patah tangan kiri ketika di rumah pengasuh Bayi alami pendarahan otak, patah tangan kiri ketika di rumah pengasuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718349864_GenericBaby.jpg)
Bayi alami pendarahan otak, patah tangan kiri ketika di rumah pengasuh
Polis akan mengambil keterangan seorang pengasuh bagi membantu siasatan berhubung kes bayi perempuan berusia lima bulan yang mengalami pendarahan otak dan patah tangan kiri pada Khamis.
![Belum capai usia setahun, bayi mampu sambung bacaan surah lazim Belum capai usia setahun, bayi mampu sambung bacaan surah lazim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718097901_bayiFahryNedzar.jpg)
Belum capai usia setahun, bayi mampu sambung bacaan surah lazim
Seorang bayi, Fahry Nedzar mampu menyambung bacaan surah lazim yang dialunkan oleh ibunya dengan lancar bermula usianya lapan bulan.
![Perogol ugut bunuh, noda gadis 13 tahun hingga lahir bayi Perogol ugut bunuh, noda gadis 13 tahun hingga lahir bayi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71717632291_rogolugut.jpg)
Perogol ugut bunuh, noda gadis 13 tahun hingga lahir bayi
Lebih menyayat hati apabila bayi itu dibuang kerana remaja terbabit tidak pandai menguruskannya.
![Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41717028873_BatukKokolBayi.jpg)
Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah
Lonjakan kes itu juga dikaitkan dengan penurunan imuniti dalam kalangan penduduk sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada awal 2020.
![Pasangan tular bawa bayi pakai alat pernafasan sudah isi borang nikah Pasangan tular bawa bayi pakai alat pernafasan sudah isi borang nikah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716721074_anwaribrahim.jpg)
Pasangan tular bawa bayi pakai alat pernafasan sudah isi borang nikah
Pasangan tular yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan memakai alat bantuan pernafasan dengan menaiki motosikal baru-baru ini akan dinikahkan dalam masa terdekat.
![987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023 - Dr Dzulkefly 987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023 - Dr Dzulkefly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716029799_DzulkeflyAhmad.jpg)
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023 - Dr Dzulkefly
Sebanyak 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran.
![Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716020097_bayi.jpg)
Bayi lelaki berusia seminggu ditemukan di kedai jual ayam
Seorang bayi lelaki berusia kira-kira seminggu ditemukan di sebuah kedai menjual ayam proses di Jabur Kubur, Jalan Air Putih, dekat sini awal pagi tadi.
![Vaksin: Kes batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan Vaksin: Kes batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715594975_GenericBaby.jpg)
Vaksin: Kes batuk kokol dalam kalangan bayi membimbangkan
Kes batuk kokol atau pertussis dalam kalangan bayi berada di tahap membimbangkan, kata Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Program Immunise4life, Profesor Datuk Dr Zulkifli Ismail.
![Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715204239_LetupanbomNarathiw.jpg)
Letupan bom Narathiwat: Ibu mengandung antara dua rakyat berdepan detik cemas
Dua rakyat Malaysia antara empat individu yang cedera dalam satu letupan bom di Narathiwat, yang berlaku pada 9.35 malam.