Ketua Libat Urus Kerajaan dan Kelestarian Maxis, Abdur Rahman Ansary berkata, perarakan Maxis di Dataran Putrajaya tahun ini menampilkan kontinjen berpakaian serba hijau dan belon besar yang unik memaparkan kesalingahubungan 5G dan fibre Maxis kepada rakyat Malaysia.
Menurutnya, dengan perarakan ini Maxis mahu menyampaikan mesej bahawa rangkaian komunikasi yang stabil memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian.
“Tema perarakan Hari Kebangsaan Maxis tahun ini adalah kontinjen dan float (belon besar) kami yang memaparkan bahawa kesalinghubungan 5G fibre Maxis kepada rakyat Malaysia, boleh mereka nikmati pengalaman bekerja, belajar, bermain dengan pantas dan lancar.
“Kami berharap dapat menghubungkan semua orang kepada dunia yang penuh kemungkinan ini tidak kira besar atau kecil dan tidak kira di mana mereka berada,” katanya.
Jelas Abdur Rahman, Maxis sentiasa berdedikasi untuk memastikan semua pihak dapat dihubungkan melalui internet, selaras dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini, "Jiwa Merdeka," yang menghormati perpaduan pelbagai budaya dan komuniti di Malaysia.
Tambahnya, Maxis percaya bahawa sumbangan kecil boleh membawa kepada perubahan yang besar, memperkukuh perpaduan dan semangat kemerdekaan di kalangan rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, semangat "Jiwa Merdeka" ini turut disemarakkan melalui filem jenama pendek Merdeka keluaran Maxis yang menceritakan kisah seorang pemuda bernama Aiman.
“Tahun ini filem Merdeka Maxis menceritakan tentang seorang pemuda Aiman yang menggambarkan semangat Merdeka melalui perbuatan kecilnya pada setiap hari. Aiman telah stayback selepas sambutan Merdeka dan ia menggambarkan cintanya kepada negara dengan membersihkan kawasan di sekitarnya.
“Yang lebih mengharumkan perbuatannya telah dijadikan contoh kepada orang ramai untuk turut bersamanya dan menyertai beliau bagi membersihkan kawasan tersebut. Oleh itu, kami amat tersentuh dengan cerita tersebut dan ingin berkongsi kepada anda bagi dijadikan inspirasi bahawa sumbangan yang kecil dapat memberi impak yang besar,” ujarnya.
Selain itu, Maxis juga memperkasakan komuniti melalui inisiatif perdana seperti eKelas dan eKelas Usahawan, yang mempromosikan literasi digital untuk komuniti yang kurang berkemampuan.
Sebagai sebuah syarikat telekomunikasi bersepadu, Maxis terus komited untuk menyokong perkembangan dan kemajuan negara menerusi usaha yang gigih dan dedikasi tanpa henti.
Tonton filem jenama pendek Merdeka yang berjudul 'Budi Pekerti' keluaran Maxis di https://youtu.be/hcrl_JicClw?si=1-EfKSIzXKpTtIx7