Kurang publisiti menjadikan aplikasi laporan kehilangan kanak-kanak, National Urgent Response Alert (NUR Alert) tidak begitu dikenali terutama kepada masyarakat desa.
Penganalisis jenayah Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, ia juga dilihat tidak mesra pengguna selain hanya diberikan liputan apabila berlakunya kes kehilangan kanak-kanak.
"Aplikasi NUR Alert itu memang antara aplikasi yang terbaik untuk mengesan kanak-kanak hilang ataupun lari dari rumah, cuma ia perlu dikemas kini lagi.
"Ini untuk memastikan kesannya dapat berlaku secepat mungkin dan diharapkan juga ibu bapa yang kehilangan anak ini supaya membuat aduan dengan kadar segera agar kes dapat dikesan dengan cepat. Kalau ambil masa yang lama, jadi kanak-kanak ini pun mungkin hilang dan tidak dapat dikesan ke mana dia pergi.
"Peratusan kehilangan anak yang berlaku, saya tengok dari akhbar semalam, jumlahnya adalah sangat serius. Kemungkinan juga peratusan kanak-kanak yang hilang ini sudah kembali ke rumah semula cuma ibu bapa tidak mengemas kini laporan dengan pihak polis semula," katanya semasa dihubungi di sini, pada Selasa.
NUR Alert merupakan sistem amaran awal untuk kanak-kanak yang hilang.
Sistem itu merupakan inisiatif kerajaan yang dikelolakan oleh Polis Diraja Malaysia untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah demi melindungi mereka daripada eksploitasi, keganasan dan pengabaian.
BACA: Jangan keliru, NUR Alert bukan nama orang!
BACA: Keberkesanan NUR Alert: Polis alu-alukan kolaborasi media dalam sebar maklumat
Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan, seramai 831 orang kanak-kanak dan remaja hilang di seluruh negara sejak tahun 2010 hingga akhir bulan lalu, serta masih belum ditemukan.
Sementara, Johor mencatat jumlah tertinggi iaitu seramai 143 orang, diikuti Selangor (140 orang), Kuala Lumpur (114 orang) dan Sabah (99 orang).
Program kekeluargaan
Menurut Shahul Hamid, melibatkan diri dalam program kekeluargaan dikenal pasti antara faktor yang boleh mengurangkan kadar kehilangan kanak-kanak.
Jelasnya, ia sekali gus memastikan keharmonian dan mengeratkan institusi keluarga yang mungkin renggang sebelum ini.
Dalam pada itu Shahul Hamid berkata, aktiviti pemerdagangan kanak-kanak yang dikaitkan dengan kes kehilangan itu tidak berlaku seperti yang ditularkan, dan ia hanyalah berita-berita palsu.
"Apa yang saya nampak daripada kajian pihak polis juga mendapati apabila dilihat semula tiada kaitan dengan pemerdagangan manusia dan sebagainya ia berlaku hanya disebabkan kecuaian ataupun masalah keluarga sebenarnya," tegasnya.
Peningkatan statistik
Statistik yang dikeluarkan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Bukit Aman sebelum ini menunjukkan jumlah kes jenayah seks kanak-kanak meningkat sebanyak 20.3 peratus bagi tempoh enam bulan terakhir 2018 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Statistik itu mendapati sebanyak 326 kes dicatatkan pada Julai hingga Disember 2018 berbanding 271 kes dalam tempoh sama pada 2017 membabitkan peningkatan sebanyak 55 kes.
Statistik berkenaan adalah berdasarkan kes-kes yang disiasat di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang baru dikuatkuasakan pada Julai 2017.
Statistik 2018 mendedahkan daripada 639 kes jenayah seksual kanak-kanak, 73.4 peratus atau 469 kes didalangi oleh individu yang dikenali mangsa.
Malah, selain rakan-rakan kenalan, apa yang mengejutkan kelompok kedua pedofilia itu terdiri daripada guru, jiran sekampung dan bapa saudara.
Wan Syamsul Amly, Siti Hajar Jamaludin
Tue Jun 11 2019

Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan, seramai 831 orang kanak-kanak dan remaja hilang di seluruh negara sejak tahun 2010 hingga akhir bulan lalu, serta masih belum ditemukan. - Gambar hiasan/Reuters

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.

KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.

Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.

Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.

'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.

Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.

Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.

7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?