Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas lebih 20 ekor ikan yu yang dipercayai ditangkap nelayan asing Vietnam kira-kira 120 batu nautika dari perairan Kuala Kemaman, pada Selasa.
Ketua Zon Maritim Kemaman, Lt Kdr Maritim Mohamad Rezal Kamal Bashah berkata ikan yu tersebut dibawa sebuah bot Vietnam terbabit, yang bergerak bersama-sama tiga lagi bot nelayan asing berkenaan, dan ditahan antara 7 pagi dan 1.20 petang semalam.
"Kita jarang tangkap bot yang membawa ikan hidup seperti ini, dan ini adalah tangkapan pertama dilakukan Maritim Kemaman. Dalam bot tersebut, ikan-ikan yu yang masih hidup diletakkan dalam tong menggunakan oksigen.
"Ikan hidup yang terdiri daripada pelbagai spesis jerung, yu dan yu berbintik ini amat terkenal di negara jiran (Thailand), ditangkap dan dijual hidup-hidup kepada orang tengah negara bersempadan dengan negara kita," katanya kepada pemberita di Pangkalan Maritim Kemaman di sini pada Selasa.
Mohamad Rezal berkata permintaan yang tinggi terhadap ikan yu hidup di pasaran negara jiran boleh mencecah sehingga RM1,300 sekilogram, dan ia antara faktor ikan berkenaan diburu nelayan asing.
Selain itu, beliau berkata 33 awak-awak termasuk empat tekong berumur 18 hingga 59 tahun turut ditahan berikutan gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran menangkap ikan di perairan Malaysia serta dokumen pengenalan diri yang sah.
Mohamad Rezal berkata hasil pemeriksaan ke atas semua bot nelayan Vietnam tersebut, pihaknya menemui kira-kira 2,600 kilogram ikan pelbagai spesis, 2,000 ikan baja dan 3,700 liter minyak diesel yang bernilai keseluruhan RM3.5 juta.
Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 22 2018

Ketua Zon Maritim Kemaman Leftenan Komander Maritim Mohamad Rezal Kamal Bashah menunjukkan ikan yu yang dirampas dalam satu operasi awal pagi tadi pada jarak 120 batu nautika dari Kuala Kemaman. - Foto Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Kerajaan teruskan projek dua OPV APMM, cari kontraktor baharu - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution Ismail berkata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Awang Alik Jeman dipertanggungjawabkan bagi meneliti perkara berkaitan termasuk pencarian kontraktor baharu.

APMM tahan lima warga Myanmar tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan
APMM Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, semalam.

Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis
Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia.

Insiden tembakan: Siasatan menjurus kepada kes lebih serius - Saifuddin
Menurut Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, siasatan awal menunjukkan keadaan corak atau situasi yang serupa berdasarkan kes-kes penyeludupan sebelum ini.

Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, ini berdasarkan siasatan dalaman ke atas anggota yang terlibat.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.

Polis Selangor sahkan kes tembakan libatkan APMM, warga asing
Pengadu terima tiga pesakit lelaki disyaki warga asing dalam keadaan sedar dan mengalami kecederaan kesan tembakan di anggota badan.

Kawasan pencarian tiga nelayan dikhuatiri hilang dekat Pulau Payar diperluas
Operasi mencari dan menyelamat tiga mangsa diteruskan pada 7.30 pagi ini.

Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.

Langkawi diintai PATI Myanmar, APMM gerak aset perketat kawalan perairan negara
Maritim Malaysia tingkatkan rondaan di beberapa kawasan yang telah dikenal pasti sebagai lokasi hot spot khususnya di sekitar perairan Langkawi.