MANCHESTER: Majlis Amanah Rakyat, MARA, merancang untuk memperluaskan kerjasama strategik bidang baharu bagi pengajian pelajar tajaannya ke luar negara.
Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, MARA menetapkan kerjasama strategik itu membabitkan universiti di luar negara yang berada di ranking terbaik dunia.
"Universiti ini (University of Manchester) adalah ranking yang ke-35 di seluruh dunia dan di United Kingdom ini adalah ranking yang kelima, di Eropah mereka ranking yang kelapan.
"Jumlah keseluruhan pelajar di universiti ini adalah 40,000 lebih pelajar di sini dan lebih 25 peratus adalah pelajar dari luar negara termasuk dari Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media sempena lawatan kerja ke University of Manchester (UoM), United Kingdom di sini semalam.
Dalam lawatan itu, Mahdzir mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi UoM yang diketuai oleh Naib Presiden Pembelajaran, Pengajaran dan Hal Ehwal Pelajar, Profesor April McMohan.
Delegasi lawatan itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, KPLB, Datuk Ramlan Harun dan Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf.
Dalam lawatan itu, Mahdzir dan delegasi turut mengadakan perbincangan dan bertukar pandangan berkaitan aspek pengajian bidang baharu yang boleh diteroka oleh pelajar tajaan MARA ke UoM.
Mahdzir juga dibawa meninjau bangunan baharu Fakulti Kejuruteraan UoM yang mempunyai kelengkapan dan peralatan pengajian moden dan terkini.
MARA ketika ini jelas Mahdzir, menghantar sebahagian besar pelajar tajaannya mengikuti pengajian bidang kejuruteraan di United Kingdom dan juga di 21 buah negara lain.
Setakat ini MARA mempunyai sejumlah 3,391 pelajar tajaannya di luar negara dengan jumlah paling ramai adalah di United Kingdom iaitu 1,422 pelajar.
"Kita dapat melihatlah bagaimana mereka telah memberi penerangan mengenai keupayaan pelajar-pelajar kita dari segi kualiti pelajar bukan sahaja dalam pelajaran tetapi juga dalam ko-kurikulum, mereka memuji pelajar-pelajar Malaysia dalam penyertaan NGO, ko-kurikulum dan juga pengajian akademik," katanya lagi.
Tambah Mahdzir, MARA membuat keputusan tepat memilih UoM sebagai destinasi pelajar tajaannya yang paling ramai di UK atas faktor ranking universiti, tenaga pengajar dan persekitaran kampus yang terbaik.
Antara kemudahan terbaik UoM adalah infrastruktur pembelajarannya iaitu perpustakaan yang memiliki koleksi 4 juta buah buku dan manuskrip bercetak, 800 ribu buku elektronik dan 500 ribu jurnal elektronik.
"MARA mempunyai pelajar yang ramai di universiti ini di kalangan universiti yang ada di United Kingdom. Kita ada lebih kurang 229 pelajar di kampus University of Manchester dan ini di bawah tajaan MARA," kata Mahdzir.
Astro Awani
Sat Jun 11 2022
Dalam lawatan itu, Mahdzir mengadakan pertemuan dengan pengurusan tertinggi UoM yang diketuai oleh Naib Presiden Pembelajaran, Pengajaran dan Hal Ehwal Pelajar, Profesor April McMohan. - Facebook Mahdzir Khalid
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Lagi kes pelajar keracunan makanan, Asyraf Wajdi terjah MRSM Terendak
Kes keracunan makanan di MRSM Terendak melibatkan 48 orang pelajar, dengan enam daripadanya terpaksa masuk ke wad kecemasan.
Pengerusi MARA terjah dewan makan MRSM Mersing
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki melakukan terjahan bagi memeriksa keadaan di dewan makan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Mersing, Johor.
MATEC 2024: Platform terbaik usahawan automotif perkenal produk tempatan
Pemain industri yang ditemui berpendapat program ini membuka peluang menonjolkan produk tempatan selain menarik minat anak muda untuk menceburi bidang automotif.
MARA komited wujudkan ekosistem bersepadu, perkasa industri automotif tempatan
MARA komited mewujudkan ekosistem sokongan holistik meliputi pembangunan modal insan bagi usahawan tempatan dalam industri automotif.
MATEC 2024: Inisiatif mempromosi ekosistem industri automotif Bumiputera
MATEC 2024 menyasarkan kehadiran seramai 30,000 pengunjung sepanjang tiga hari berlangsung dengan lebih 100 pempamer yang terdiri daripada pemain industri automotif.
Bekas eksekutif kanan MARA didakwa terima rasuah RM45,000
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad Cawangan Kampung Baru antara 11 Sept 2015 dan 15 Feb 2016.
Lebih 150 usahawan meriahkan Mini KUD@ D' Bendang Sungai Rambai
Lebih 150 usahawan tempatan dan luar Melaka akan memeriahkan Mini Karnival Usahawan Desa (KUD)@D'Bendang bersempena dengan penganjuran Festival D'Bendang 2024 pada 9 hingga 11 Ogos depan.
Usahawan penyewa premis MARA catat prestasi jualan berjumlah RM1.8 bilion pada 2023
Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjaya melahirkan usahawan di kalangan penyewa premis MARA dengan prestasi jualan berjumlah RM1.8 bilion bagi tahun 2023.
MARA diminta terus teroka potensi industri halal global - Ahmad Zahid
MARA diminta untuk terus meneroka potensi antarabangsa dalam industri halal yang mempunyai prospek besar menerusi program Gate to Global (GTG).
Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, individu terbabit sudah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan perbicaraan kes berkenaan ketika ini sedang berjalan.