KOTA BHARU:Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil maklum dakwaan seorang bekas pelajar Kolej Profesional Mara, KPM yang tidak dapat menunaikan hasrat menyambung pengajian di luar negara seperti yang ditawarkan sebelum ini, kerana masalah kewangan.
MARA dalam satu kenyataan memaklumkan, pelajar berkenaan, Nurul Asma Alya Mohamad Zainal Abidin, telah ditawarkan pinjaman pelajaran MARA secara bersyarat, bagi mengikuti Program Lepasan Diploma Cemerlang di bawah Skim IPMA Excellent Students’ Programme (IESP) Ambilan Kedua Tahun 2020.
"Ia merupakan syarat yang ditetapkan kepada semua para pelajar yang ditawarkan iaitu menduduki peperiksaan International English Language Testing System (IELTS).
"Alya telah menduduki peperiksaan itu bagaimanapun, tidak perolehi syarat keputusan IELTS yang telah ditetapkan," jelas kenyataan itu,
BACA: Berdepan kekangan kewangan, pelajar cemerlang mohon bantuan untuk teruskan pengajian
Susulan itu, MARA telah menawarkan sekali lagi kepada pelajar berkenaan untuk menyambung pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dalam negara dengan memberi pinjaman boleh ubah.
Bagaimanapun jelas kenyataan itu, pelajar berkenaan lebih berminat untuk mendapatkan biasiswa dari agensi lain bagi menyambung pengajiannya berbanding pinjaman boleh ubah yang MARA tawarkan.
Alya merupakan bekas pelajar Diploma in Accounting, KPM Indera Mahkota, Kuantan, Pahang yang mana sepanjang mengikuti pengajian itu, dibiayai sepenuhnya oleh MARA, dengan kerajaan menanggung sepenuhnya termasuk elaun bulanan sebanyak RM300.
Kenyataan itu menjelaskan, MARA sememangnya sentiasa prihatin terhadap para pelajar, terutamanya dalam kalangan keluarga B40 dan telah berusaha memberikan tawaran pengajian terbaik untuk pelajar ini, tertakluk kepada bidang kuasa dan program sedia ada yang boleh ditawarkan.
Astro AWANI pada Selasa memaparkan kisah Alya yang menerima tawaran untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah di luar negara dalam bidang perakaunan, namun terpaksa dilupakan kerana kekangan kewangan.
Kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) kali ini, turut menyebabkan mereka sekeluarga hilang punca pendapatan bahkan ada kala terpaksa mengikat perut kerana terputus bekalan makanan.
Penutupan kantin sekolah pada waktu PKP menyebabkan ibunya tidak dapat bekerja.
Pelajar berkenaan meraih 3.95 CGPA pada peperiksaan akhir Mei tahun lepas.
Vivi Sumanti
Wed Feb 10 2021

MARA menawarkan sekali lagi kepada pelajar berkenaan untuk menyambung pengajian di IPT dalam negara dengan memberi pinjaman boleh ubah. - Astro AWANI

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Syarat ujian asas fardu ain akan diperluas ke institusi MARA yang lain - TPM Zahid
Ujian asas fardu ain sebagai syarat wajib memasuki institusi TVET GiatMARA, akan diperluas ke institusi pendidikan MARA yang lain.

Peminjam, penyewa premis MARA terjejas banjir boleh mohon penjadualan semula bayaran
KKDW melalui agensinya, Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memberi bantuan sokongan kepada peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir termasuk penjadualan semula bayaran pinjaman.

Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.

MARA berjaya turunkan peratusan pinjaman tidak berbayar - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata antara langkah diambil termasuk tindakan undang-undang dan penyitaan aset peminjam.

Boleh peraga kemewahan di media sosial tapi hutang wajib bayar - Asyraf Wajdi
Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan mana-mana pihak yang berhutang wajib membayar pinjaman tersebut.

Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.

MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di UK, Australia - PAC
Pembelian berkenaan melibatkan Dudley International House di 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street di Melbourne pada 2013 diikuti Beaumont House di London pada 2014.

Malaysia berpotensi jadi peneraju penyelidikan ubat botani
Malaysia, yang memiliki lebih 15,000 spesies tumbuhan ubatan, mempunyai potensi besar untuk menerajui penyelidikan ubat botani, menurut Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Seleweng dana latihan penerbangan: MARA sudah ambil tindakan undang-undang
MARA memaklumkan pihaknya memfailkan writ saman pada 7 Jun 2022 terhadap syarikat yang disyaki menyeleweng dana latihan penerbangan itu.