SEPERTI yang kita tahu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 26 September 2020 sebagai tarikh bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Dan setiap kali kita bercakap mengenai pilihan raya, perkara yang sering menjadi persoalan adalah apa yang rakyat mahukan.

Malah, di setiap kawasan juga semestinya ada isu dan permasalahan yang berbeza mengikut setiap kawasan.

Bersempena PRN Sabah kali ini, Astro AWANI menerusi platform media sosial cuba untuk mendapatkan suara rakyat Sabah berkenaan perkara yang mereka mahukan daripada bakal Kerajaan Negeri kelak.

Berdasarkan tinjauan di ruangan komen, ada dalam kalangan rakyat Sabah yang masih menyatakan kebimbangan mengenai isu pembangunan dan kemudahan di negeri itu.

“Ini adalah kenyataannya. Bumi Sabah yang kaya dengan minyak, sawit dan pelbagai sumber tapi masih banyak kawasan..bukan sesetengah, tapi masih banyak seperti Malaysia di tahun 70-an. Pergilah ke Sabah, ziarahilah bumi yang kaya dengan pelbagai khazanah alam ini.

“Selepas 63 tahun merdeka anak-anak Sabah ini merayu kepada kita semua, masih tiada letrik (elektrik), masih tiada air bersih mahupun jalanraya yang baik,” tulis Anne Zakariah di laman Facebook.

Malah, pengguna @rickayder di laman twitter juga mahukan pembangunan infrastruktur kawasan di luar bandar Sabah setanding dengan pembangunan di Semenanjung.

“Sabah diberi autonomi, kembalikan MA63, pembangunan infrastruktur yang setanding di semenanjung terutama di kawasan luar bandar Sabah dan pembangunan sosioekonomi. #manifestokuBahIni ,” tulis @rickayder di laman Twitter.

Malah, ada beberapa pihak yang menekankan isu kemudahan perhubungan darat serta jalan raya di Sabah, terutamanya di kawasan pedalaman.

“Jalan raya perlu diturap terutama di kawasan Ulu Sugut Ranau.. sila ambil perhatian kerana inilah yang dinanti sejak 60 tahun.. Mohon naik tarafkan..,” tulis Adie Adinah di laman Facebook.

Komen Adie Adinah di Facebook

“Banyak lagi yang rakyat mahukan.. jalan utama perlu diturap.. jalan kebun untuk keluarkan hasil pertanian, bantuan-bantuan kebajikan diagihkan secara adil dan saksama serta jangan pilih kawasan..,” luah Japinin Halim di laman Facebook.

Malah, ada yang berpendapat bahawa capaian kemudahan elektrik dan jaringan internet juga perlu dipertingkatkan terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman

“Penjanaan tenaga elektrik patut dipertingkatkan hingga ke pelosok luar bandar walaupun hanya ada beberapa buah rumah.

“Sudah pastilah liputan internet diperluaskan dan diupgradekan..jangann biar orang Sabah naik atas pokok nak dapatkan servis yang baik,” tulis Owen Ab di Facebook.

Kata Owen lagi, harga barangan keperluan dan komoditi lain juga perlu diseragamkan di seluruh negara.

“Harga barang keperluan dan komoditi lain diseragamkan seluruh negara...jika kos pengangkutan menjadi alasan, kenapa tidak bina saja kilang-kilang yangg berkenaan di Sabah dan Sarawak? Selain kos dapat dikurangkan, rakyat Sabah dan Sarawak juga akan mendapat peluang pekerjaan,” tulisnya.

Komen Owen Ab di Facebook

Malah, ada juga pengundi yang bimbang dengan pelaksanaan proses pilihan raya kali ini susulan penularan COVID-19.

“Virus pon makin meningkat lagi nak mengundi...,” tulis pengguna Facebook Naz Cloud.

Berikut antara luahan lain yang turut menjadi perhatian rakyat sabah..

Komen Suhaimi Aning di Facebook


Komen Leaze Lzjoe di Facebook

Komen Ahmad Aizat di Facebook