TAWAU: Mangsa kebakaran rumah dilihat wajar menerima bantuan sama seperti mangsa bencana banjir yang diumumkan kerajaan kerana mereka juga kehilangan rumah dan harta benda sepenuhnya dalam kejadian tersebut.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata sehubungan itu, pihaknya akan membawa cadangan untuk memberikan bantuan yang sama rata untuk mangsa banjir dan kebakaran ke pihak atasan untuk dipertimbangkan.
"Kita cuba sampaikan misalnya kalau mangsa banjir ada bantuan wang ihsan dan mereka yang 'total lost' (kerugian sepenuhnya) ada bantuan rumah, jadi mangsa kebakaran rumah ini juga berdepan masalah sama, sebaiknya mereka juga dipertimbangkan mendapat bantuan sama.
"Saya melawat 40 keluarga di Kampung Sungai Buaya, Tawau Lama, mereka ini mangsa kebakaran Ahad lepas dan hari ini kita menyalurkan sumbangan Tabung Bencana Jabatan Kebajikan, selain itu kementerian akan melihat keperluan lain dan kita bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk membantu mereka," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran Kampung Sungai Buaya yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara berhampiran Masjid Habib Abdul Rahman, Batu 2 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Siti Zailah berkata mangsa kebakaran berkenaan turut mendapat bantuan daripada kerajaan negeri termasuk badan bukan kerajaan yang turun padang memberikan sumbangan antaranya kit makanan dan pakaian.
Sementara itu, mangsa kebakaran Ghani Sabturani, 70, bingung memikirkan nasib keluarga yang tidak mempunyai rumah untuk didiami jika pusat pemindahan sementara yang diduduki ketika ini ditutup kelak.
"Saya harap kerajaan bantu untuk dapatkan rumah seperti program perumahan rakyat (PPR), saya tidak ada rumah lain, terpaksa menyewa selepas ini dengan anak dan cucu-cucu lagi, kerana rumah sendiri sudah terbakar, barang semua musnah," katanya.
Bagi Jocelyn Abdullah, 23, berharap kerajaan dapat menyediakan bantuan rumah sekurang-kurang rumah PPR untuk disewakan kepada mangsa kebakaran dengan harga murah.
"Ketika ini saya dan dua anak serta suami menumpang di rumah ibu saya di Batu 4, tapi malu mahu susahkan ibu bapa," katanya sambil berkongsi ketika kejadian, dia berlari keluar rumah berkaki ayam dengan mengendong dua anaknya, selepas tersedar daripada tidur dan melihat dinding bilik terbakar.
Pada Ahad lepas, 40 rumah musnah terbakar di Kampung Sungai Buaya, Tawau Lama di sini membabitkan 312 mangsa dengan sepasang suami isteri rentung dan tujuh melecur dalam kejadian 12.20 tengah malam itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022

Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata sehubungan itu, pihaknya akan membawa cadangan untuk memberikan bantuan yang sama rata untuk mangsa banjir dan kebakaran ke pihak atasan untuk dipertimbangkan. - Gambar fail/BERNAMA

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Kebakaran Los Angeles: 11 kematian disahkan pihak berkuasa
Lima kematian berlaku dalam kebakaran di kejiranan Palisades, manakala enam lagi disebabkan oleh kebakaran Eaton.

PM sampai sumbangan kepada mangsa kebakaran di Tambun
Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Muhammad Kamil Abdul Munim.

RM200,000 bina semula tiga jambatan di Tawau yang terbakar
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan mengeluarkan peruntukan RM200,000 bagi membina semula tiga jambatan kayu yang musnah dalam kebakaran, Rabu lepas.

Jiran nampak percikan api pada kotak fius di rumah saya - Mangsa
Law yang tinggal di flat tersebut bersama ibunya berkata dia terkejut dengan kejadian itu setelah menghuni di rumah berkenaan sejak lahir.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Januari 2024.

Lelaki selamatkan jiran dalam kebakaran meninggal dunia
Lelaki yang sanggup bergadai nyawa meredah api menyelamatkan keluarga jirannya dalam kebakaran rumah di Taman Merinding, di sini pada Khamis, disahkan meninggal dunia.

Wira APM melecur lalui pemulihan memeritkan
Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanaffiah kini terlantar kesakitan dan melalui fasa pemulihan yang memeritkan.

Rumah terbakar, suami isteri batal tempahan pelanggan
Mangsa kebakaran, Raja Norhanani Norabidin Shah berkata, akibat kejadian itu, mereka terpaksa membatalkan menu yang ditempah pelanggan untuk jamuan rumah terbuka.

PM, Menteri Pertahanan salur bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran di Rembau
Sebuah keluarga di Kampung Tanjung, Gadong menerima bantuan kewangan daripada Anwar dan Mohamad Hasan susulan kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah pusaka berusia lebih 80 tahun malam tadi.

Enam keluarga mangsa kebakaran dapat rumah PPRT bernilai RM66,000
Ahmad Zahid berharap semoga bantuan yang diberikan dapat segera membantu keluarga yang terkesan.