REMBAU: Sebuah keluarga di Kampung Tanjung, Gadong dekat sini menerima bantuan kewangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan susulan kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah pusaka berusia lebih 80 tahun malam tadi.
Bantuan diserahkan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dan Setiausaha Politik Menteri Pertahanan Datuk Ton Zalani Mat Darus kepada keluarga Abd Rahaman Che Teh, 73, yang diwakili anaknya Muhammmad Al-Hafis, 35.
Shamsul Iskandar berkata perdana menteri bersimpati dengan ujian yang menimpa keluarga Abd Rahaman apabila rumah pusaka yang didiami terbakar ketika warga emas itu bersama-sama 12 orang terdiri daripada anak, menantu serta cucu berada dalam suasana Aidilfitri.
"Saya hadir mewakili Perdana Menteri merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan turut bersama saya Datuk Ton Zalani (Setiausaha Politik Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Rembau) serta ahli majlis pimpinan pusat PKR.
"Hari ini saya dan Datuk Ton Zalani menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan mewakili Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan untuk meringankan keluarga ini," katanya kepada pemberita.
Shamsul Iskandar berkata beliau turut meminta Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun untuk membantu keluarga tersebut serta menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati terutamanya dalam situasi cuaca panas ketika ini.
Sementara itu, Abd Rahaman yang juga bekas imam berkata kebakaran berlaku begitu pantas ketika dia sedang berbuka puasa kira-kira 7.35 malam.
"Saya baru makan tiga biji kurma dan dua suap nasi. Anak saya, Muhammad Anwar beritahu ada bau asap di belakang rumah dan apabila kami ke belakang rumah, kami dapati api sudah marak.
"Kami anak-beranak termasuk cucu keluar dari rumah serta mengarahkan anak-anak mengalihkan kereta," katanya yang mengucapkan terima kasih atas pemberian bantuan itu.
Media melaporkan sebuah keluarga berdepan detik cemas selepas rumah mereka terbakar dan musnah sekelip mata dalam kejadian di Kampung Tanjung, Gadong di sini malam tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota, Penolong Bomba Kanan I (TBK) Mokhtar Ahmad dilaporkan berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.28 malam dan sebaik tiba di lokasi, api sedang marak.
Beliau berkata anggota bomba mengambil masa 20 minit untuk mengawal kebakaran yang dipercayai berpunca dari bilik stor dan dianggarkan kediaman itu musnah 90 peratus.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023

Bantuan diserahkan oleh Shamsul Iskandar dan Ton Zalani kepada keluarga Abd Rahaman, yang diwakili anaknya Muhammmad Al-Hafis. - Bernama
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Kebakaran Los Angeles: 11 kematian disahkan pihak berkuasa
Lima kematian berlaku dalam kebakaran di kejiranan Palisades, manakala enam lagi disebabkan oleh kebakaran Eaton.

PM sampai sumbangan kepada mangsa kebakaran di Tambun
Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Muhammad Kamil Abdul Munim.

RM200,000 bina semula tiga jambatan di Tawau yang terbakar
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan mengeluarkan peruntukan RM200,000 bagi membina semula tiga jambatan kayu yang musnah dalam kebakaran, Rabu lepas.

Jiran nampak percikan api pada kotak fius di rumah saya - Mangsa
Law yang tinggal di flat tersebut bersama ibunya berkata dia terkejut dengan kejadian itu setelah menghuni di rumah berkenaan sejak lahir.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Januari 2024.

Lelaki selamatkan jiran dalam kebakaran meninggal dunia
Lelaki yang sanggup bergadai nyawa meredah api menyelamatkan keluarga jirannya dalam kebakaran rumah di Taman Merinding, di sini pada Khamis, disahkan meninggal dunia.

Wira APM melecur lalui pemulihan memeritkan
Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanaffiah kini terlantar kesakitan dan melalui fasa pemulihan yang memeritkan.

Rumah terbakar, suami isteri batal tempahan pelanggan
Mangsa kebakaran, Raja Norhanani Norabidin Shah berkata, akibat kejadian itu, mereka terpaksa membatalkan menu yang ditempah pelanggan untuk jamuan rumah terbuka.

PM, Menteri Pertahanan salur bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran di Rembau
Sebuah keluarga di Kampung Tanjung, Gadong menerima bantuan kewangan daripada Anwar dan Mohamad Hasan susulan kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah pusaka berusia lebih 80 tahun malam tadi.

Enam keluarga mangsa kebakaran dapat rumah PPRT bernilai RM66,000
Ahmad Zahid berharap semoga bantuan yang diberikan dapat segera membantu keluarga yang terkesan.