PUTRAJAYA: Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan ditempatkan di bawah Kementerian Digital yang baru dibentuk, kata Menterinya Gobind Singh Deo.
MAMPU sebelum ini berada di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).
"MAMPU pastinya di bawah kementerian saya," kata Gobind yang baru dilantik menerajui kementerian itu kepada Bernama, selepas mengadakan lawatan ke pejabat MAMPU di Kompleks Setia Perdana di sini hari ini.
Gobind diiringi Timbalan Menterinya Datuk Ugak Anak Kumbong dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali. Mereka juga diberi taklimat mengenai struktur dan operasi MAMPU oleh Ketua Pengarahnya Datuk Rodzi Md Saad.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengumumkan penstrukturan semula Kementerian Komunikasi dan Digital yang dipecahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.
Gobind berkata masih ada aspek tertentu yang perlu dijelaskan dan diperhalusi dari segi skop kerja yang berada di bawah Kementerian Digital.
"Memandangkan kementerian ini baharu, bidang yang ditugaskan dan agensi mana yang berada di bawah kita perlu diperhalusi," katanya dan menambah beliau mungkin akan mengadakan sidang akhbar tidak lama lagi.
Semalam, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MYNIC Bhd dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi juga akan dipindahkan ke Kementerian Digital.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 14 2023

Menteri Digital Gobind Singh Deo bersama pengurusan tertinggi Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), yang diketuai Ketua Pengarahnya, Datuk Rodzi Md Saad (kiri). - Foto Bernama

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Pendaftaran PADU: Proses e-KYC kurang lima minit - Rafizi
Rafizi nafi dakwaan kononnya proses e-KYC iaitu memuat naik swafoto dan kad pengenalan untuk pendaftaran PADU akan mengambil masa tiga hari.

MAMPU akan ditempatkan di bawah Kementerian Digital - Gobind
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan ditempatkan di bawah Kementerian Digital yang baru dibentuk.

Rodzi Md Saad dilantik Ketua Pengarah MAMPU
Datuk Rodzi Md Saad dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.

MAMPU tangani kesesakan di premis kerajaan, rakyat mula beralih ke perkhidmatan E2E
Program NBPPA akan diteruskan pada masa hadapan dengan meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

MAMPU jadi medium melancarkan khidmat kerajaan digital
MyGCC memainkan peranan penting sebagai 'kerajaan digital' dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat berkaitan perkhidmatan awam.

Perjanjian Kerajaan dan CSP buka potensi pelaburan sehingga RM15 bilion - PM Ismail Sabri
Penglibatan empat CSP melalui anak syarikat masing-masing, membuka potensi pelaburan dalam negara bernilai RM12 bilion hingga RM15 bilion menjelang 2025.

MyGovCloud@PDSA tingkat kecekapan sektor awam dengan pengkomputeran awan
MyGovCloud@PDSA merupakan perkhidmatan cloud hosting yang menyediakan sejumlah sumber, iaitu rangkaian, server, storan dan sistem operasi secara maya.

Produk CHIPTA 2021 akan diketengahkan untuk manfaat masyarakat
MAMPU akan bekerjasama rapat dengan agensi-agensi berkaitan untuk membuat padanan perkhidmatan dan fungsi bisnes bagi memastikan produk inovasi tersebut dapat direalisasikan.

MAMPU komited usaha digitalisasi sektor awam melalui data raya
Projek itu melibatkan 22 produk data raya daripada 17 agensi dan kesemua produk data berkenaan telah pun siap dibangunkan.

Rasuah Busters: Kerjasama rentas agensi perlu lebih strategik, sistematik tingkat integriti
Menurut Global Financial Integrity Report 2017, antara tahun 2005 hingga 2014 Malaysia telah kehilangan RM1.8 trillion menerusi aliran kewangan tidak sah dan sebahagian daripadanya berpunca dari